Skip to main content

140 - INAS SARAH AFFENDI BINTI MOHD AZRUL AFFENDI

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

  • Inas Sarah Affendi Binti Mohd Azrul Affendi
  • 39 minggu kamu dalam rahim ummi.
  • 27.05.2013 - Isnin, kamu selamat lahir ke dunia ini.
  • 45 minggu Allah pinjamkan kamu untuk menghirup udara bumi.
  • Setelah 84 minggu kamu bersama dengan ummi dan pada 08.04.2014 - Selasa kamu dijemput kembali menemui Allah.
  • Setahun telah berlalu. 
  • Setahun yang sangat sukar.
  • Airmata tidak pernah kering setiap kali mengenangkan kecomelan kamu.
  • Rindunya pada bau kamu, senyuman kamu dan keletah kamu.
  • Senangnya ummi mengandungkan kamu selama 39 minggu.
  • Senang juga membesarkan kamu dalam  masa 45 minggu.
  • Sesenang itu Allah jemput kamu kembali selepas 84 minggu.
  • Kehilangan kamu satu kejutan sangat hebat.
  • Bermula dengan asbab demam sahaja.
  • Kurang 24 jam kamu disyaki diserang meningitis.
  • Kamu buka mata kali pertama dan tutup mata selamanya di hospital yang sama.
  • Tak terpikul jiwa ummi menahan emosi.
  • Kamu hanya pinjaman Allah. 
  • Selamanya kamu tetap hak Allah. 
  • Ummi dan ayah cuma pemegang amanah.
  • Bersangka baik kepada Allah.
  • Apa yang Allah bagi dan ambil itu yang terbaik untuk hambaNya.
  • Kamu pasti sedang bahagia di sana di sisi Rabbul Alamin.
  • Bergembiralah wahai Puteri Syurga...
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Puteri Syurga
  • Biarpun masih berbaki rasa sedih kehilangan kamu sayang..
  • Tapi ummi bersyukur kerana kamu insan terpilih.
  • Dipilih Allah untuk mendapat tempat istimewa di sisiNya.
  • Syurga sudah pasti untuk kamu dik.
  • Sedangkan nasib kami yang masih di muka bumi Tuhan belum tahu untung nasibnya.
  • Bertuah ummi dan ayah ada anak yang menanti di Syurga.
  • Nikmat Allah yang mana mahu didustakan.
  • Alhamdulillah.

Comments

  1. Semoga puan tabah dan sentiasa bersangka baik dgn ketentuan allah..stuju sgt dgn ayt puan yg kita ni sbg pmgang amanah..segalanya milik allah

    ReplyDelete
  2. Semoga puan tabah dan sentiasa bersangka baik dgn ketentuan allah..stuju sgt dgn ayt puan yg kita ni sbg pmgang amanah..segalanya milik allah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...