Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
Assalamualaikum
- Imaan Maryam sejak tiada adik sangatlah manja dan mengada.
- Kalau semasa Inas Sarah ada dahulu dia boleh berdikari, sekarang tidak lagi. Dia tahu tumpuan hanya padanya seorang.
- Antara Imaan dan Inas banyak bezanya. Imaan dari lahir sehingga sekarang dalam hati ada taman. Mudah menangis.
- Inas dari lahir sangat mudah dijaga dan saya kira anak kecil yang sabar.
- Sekarang, bila melihat Imaan main bersendiri, kami tidak mengelak dari memikirkan 'kalau' Inas masih ada. Pasti sudah berebut mainan. Kami mahu lihat bagaimana sifat ketua sebagai anak sulung dalam diri Imaan.
- Kadang-kadang melihat anak kecil kawan-kawan yang sepatutnya sebaya dengan Inas, kami menggambarkan Inas dalam usia anak-anak kecil itu.
- Gambaran yang sukar diimaginasikan minda sebenarnya.
- Tapi itulah, apa yang kami mahu lihat dan gambarkan bukan dalam kehendak DIA.
- DIA tahu apa yang terbaik.
- Inas Sarah Affendi - hari ini genap umur kamu 2 tahun.
- Ummi ayah dan kakak sayang sangat adik walaupun dunia kita berbeza.
- Ummi dan ayah tidak dapat jaga adik kat bumi ini. Allah jaga adik di sana.
- Selamat hari lahir sayang.
- Kami sentiasa mengingati adik.
- AlFatihah untuk Puteri Syurga.
kita serupa..ada anak syurga.. Al-fatihah..
ReplyDelete