Skip to main content

143 - BILA LELAKI BERBICARA

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
  • Saya ada seorang kawan lelaki yang saya kenal semasa bekerja di Kuala Lumpur 8 tahun yang lalu.
  • Kami bekerja dalam satu jabatan tetapi berlainan unit.
  • Tidak rapat tetapi sebab dia jenis kelakar dan ramah dengan semua orang termasuk dengan makcik-makcik jadi senang untuk bercerita. 
  • Sebenarnya lama saya tidak mengetahui cerita kawan-kawan di pejabat lama walaupun mereka berada dalam senarai kawan di laman Facebook.
  • Dan bila dia menyatakan satu pendapat yang cukup terbuka, sebagai perempuan saya rasa saya kamu dan sesiapa sahaja perlu mengambil peduli pendapat ini.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Memang mengaibkan bagi seorang wanita jika seorang lelaki mula berfantasi tentang tubuh badan kita.
  • Tapi kita selalu lupa tentang aurat. Tentang kenapa Islam menggariskan cara pemakaian seorang muslimah yang sewajarnya.
  • Bila melihat orang di depan mata berkain nipis hingga menampakkan tiang dua batang saya rasa malu. Kadang yang berpakaian begitu seorang wanita yang jauh sangat matang.
  • Kadang-kadang ternampak di depan mata ada orang berbaju kurung tetapi jelas nampak dua tali di sebalik tudung yang singkat saya jadi malu. Entah bagaimana pandangan lelaki ajnabi yang melihat.
  • Dan baru-baru ini bila ada rakan lelaki memberi pendapat di FB seperti di atas, saya rasa ia bukan sahaja memalukan tetapi menakutkan.
  • Pernah dahulu saya terbaca dalam satu blog, pendapat seorang lelaki tentang mengapa lelaki boleh melepaskan nafsu pada kanak-kanak yang tidak berdosa. Mereka bukan sahaja pedofilia seperti genius matematik yang menggemparkan negara baru-baru ini tetapi kerana nafsu melihat wanita yang tidak menjaga aurat menyebabkan mereka melepaskan rasa pada kanak-kanak yang tidak tahu melawan.
  • Fikir-fikirkanlah aurat kita kewajipan kita. Kesilapan kita menjaga aurat menyebabkan ada manusia lain yang menjadi mangsa.
  • Teringat kata Datuk Ustaz Kazim Elias, tidak mustahil di mahkamah Allah nanti kita turut diseret oleh Nurin Jazlin kerana beliau menjadi mangsa manusia bernafsukan syaitan dek kesilapan kita di dunia ini.
  • Wallahualam.
  • Semoga Allah memperbaiki aurat saya dan semua wanita di luar sana.

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...