Skip to main content

149 - LUKISAN KALIGRAFI MURAH

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
  • Dari hujung tahun lepas kot saya dok mencari lukisan kaligrafi cantik yang affordable price. Siapa tak nak benda cantik yang murah kan. Unless duit berjuta-juta USD dalam bank. Money is no matter. Tapi kita sedar diri tahap kemampuan, maka berbelanjalah ikut kemampuan. Walaupun, ini adalah kehendak bukan keperluan.
  • Sebelum ni saya memang ada add pembekal lukisan kaligrafi dalam list FB saya. Memang teruja la kan tengok benda cantik. Most of the time kita pm takde jawapan maklumbalas harga. Sehingga awal Februari 2015 saya hantar pm lagi baru berbalas.
  • Masa tu dah terkenan dengan tulisan asma ul husna. Bila tanya harga katanya harga lukisan mengikut saiz seperti berikut :
Saiz 8x3kaki  : RM3,000.00
Saiz 7x3 kaki:  RM2,700.00
Saiz 6.5x2.5 kaki : RM2,500.00
  • Tertelan ailio tengok harganya. Kot berkira-kira tentang nombor ni rasa macam tak berbaloi pula nak keluarkan ribuan ringgit hanya untuk deko dinding.
  • Sehingga selepas tu saya dok google terjumpa satu blog yang ada alamat FB tuan punya blog. Dari situ saya dok mengintai hasil lukisan tangan beliau. Boleh tahan. Cantik hasil dan harganya cuma RM450.00 (termasuk kos postage) untuk lukisan berukuran 6x3 kaki. Harga tersebut hanya untuk lukisan semata-mata tanpa bingkai sebab memang beliau telah maklumkan dia menjual lukisan sahaja kerana risiko bingkai pecah/rosak semasa penghantaran sangat tinggi. Maka dengan confidentnya saya buat tempahan awal pada pertengahan Februari 2015 dengan deposit RM50.00
  • Awal April 2015 lukisan diidamkan siap. 6 April saya bayar baki RM400.00. 9 April 2015 Puan Penjual menghubungi saya bagi mendapatkan status penerimaan barang kerana terdapat customernya terima bungkusan kosong yang mana isinya telah diambil orang.
  • Walaupun pada awalnya saya tak berapa berani beli secara online dari orang perseorangan sebab bukan sikit peniaga online yang tidak jujur tapi syukur Alhamdulillah Puan Penjual sangat jujur orangnya.
  • Biarpun lukisan dah sampai awal April, misi mencari kedai pembuat bingkai pula tergendala. Sehingga bulan bila ntah rasa hujung Mei ke awal Jun saya dapat info dari kawan yang dok Semenyih lokasi pembuat bingkai di Melaka. Jauh betul informer saya.
  • Harga bingkai RM350.00. Siap selepas 2 minggu tempahan. Bingkai siap seminggu sebelum Ramadhan. Lukisan siap digantung di dinding rumah seminggu sebelum Syawal.
  • Secara keseluruhan kos harga lukisan yang diidamkan cuma RM800.00. Ok sangat dan puas hati.
  • Boleh pertimbangan untuk tempahan lukisan yang lain dari Puan Penjual. Nantilah utamakan keperluan yang mana ada dulu.
  • Inilah hasil lukisan tangan Puan Penjual yang dah selamat tergantung di rumah TBE.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...