Skip to main content

152 - LUPA

Bismillahirahmanirrahim
  • Lately, saya ni asyiklah lupa. Semalam 25.08.2015 baru saya TERINGAT road tax kereta merah saya belum ditampal dengan yang baru. Padahal awal bulan lepas saya dah pergi renew insurance dan road tax di Takaful Malaysia dan JPJ UTC. Road tax tu mati 12.08.2015. Dah dekat dua (2) minggu baru saya perasan dengan tiba-tiba. Ya tiba-tiba je teringat. Sedangkan dengan kereta merah ini lah hari-hari saya berulang alik Alor Gajah-Ayer Keroh dengan dua minggu berturut-turut saya masuk Bandar Melaka memberi ceramah kewangan. Haish nasib baik tak kena saman. Itu satu cerita.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Cerita kedua, petang Isnin 24.08.2015 balik memberi ceramah di Hotel Ramada Plaza saya terus ke klinik. Saya tahu saya belum solat tapi saya nak kejarkan sangat klinik yang akan tutup pukul 6.00 petang. Balik dari klinik saya letak barang dan buat kerja rutin selepas kembali daripada kerja seperti biasa. Semasa mandi petang hampir pukul 7.00 baru saya TERINGAT saya belum solat asar. Haish.. Baru je hari tu dengar ceramah Allah suka hambaNYA yang menyegerakan panggilanNYA. Baru juga tertengok di FB satu gambar yang membawa makna, ‘Antara Allah panggil solat dan kerja di pejabat mana satu yang lebih penting'.

    Cerita ketiga, sudah menjadi rutin bayaran taska/tadika anak saya yang uruskan perlu dibayar sebelum 5hb setiap awal bulan. Memandangkan gaji bulan Julai terlalu awal, memang saya dah siap ketepikan duit tadika Maryam dalam sampul awal-awal. Boleh pula saya lupa hampir 10hb baru saya teringat nak bayar yuran tadika bulan Ogos. Haish..  

    Itulah, kadang-kadang pun (er kerap juga) saya pesan staf untuk ingatkan saya tentang banyak perkara sekiranya ia tak diselesaikan pada hari yang sama. Dan banyak juga nota peringatan kerja saya tulis di dalam buku dengan tarikh tindakan diambil. Macam sekarang pun, hari-hari juga Encik Suami akan ingatkan saya makan pil.

    Saya harap kelupaan saya ini tidak menghiris hati orang lain. Seperti seseorang itu yang tak perlu dinamakan. Kerap ‘dia’ kata saya buat keputusan tanpa berbincang dengannya. Hmmmm…….. Di sini bukan medan saya buka aib. Ada tempat lain untuk mengadu keluh kesah. Kepada Yang Maha Mendengar.

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...