Skip to main content

155 - BUKU PENGEMBARAAN TANAH JEPUN

Bismillahirahmanirrahim
  • Lama tak menulis pasal buku yang dibaca. Baru selesai baca satu buku. Buku adik saya. Dia bawa balik masa cuti raya Aidilfitri. Lama juga ambil masa nak habiskan. Tak dapat fokus walaupun buku ini dalam kategori buku yang saya mahu dan suka baca. 
  • Sila maafkan kualiti gambar yang sangat tidak memuaskan. Heh.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
  •  Buku ini tentang pengembaraan seorang Azaruddin Paiman yang berasal dari Johor ke bumi Jepun bersama kawan-kawannya. 
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
  • Kalau tengok nama editor, itulah nama sebenar Encik Pipi aka orang Lipis yang banyak disebut dalam buku ini. Sebab Pipi juga salah seorang yang mengikuti pengembaraan ke Jepun. Sedikit sebanyak tentang diri Pipi saya tidak hairan sangat sebab saya memang pernah mengikut blog dan pernah memiliki senaskah buku tulisan Pipi ini. Kamu hanya akan memahami apa kata Encik Editor setelah mengkhatamkan buku ini.
  • Jom tengok apa kata pengantar dari Tok Rimau. Tak silap saya Tok Rimau juga orang Johor dan salah seorang ahli Sindiket Soljah seperti Pipi.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
  • Saya noticed Azarudin banyak mengulang nama Ladynoe dan Habsah Harun. Saya tidak pasti siapa Habsah Harun. Tapi kenal Ladynoe dalam dunia maya kerana saya masih mengikuti blog beliau.  Pada masa buku ini ditulis saya percaya Ladynoe belum disunting orang. Tapi sekarang beliau bahagia bersama suami dan dua puteri. 
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
    Ladynoe
  • Buku ini menceritakan kisah dari permulaan perjalanan, aktiviti sepanjang berada di Negara Matahari Terbit sehingga kembali semua ke Tanah Melayu. Pengembaraan seorang lelaki yang biasa-biasa sahaja bersama kawan-kawan ke negara yang kosnya antara tertinggi di dunia. Jadi kalau kamu jangkakan satu perjalanan yang penuh keindahan dengan hidangan panaroma eksklusif memang takkan jumpa la dalam buku ini. Tapi kalau mahu rasa selesa membaca kisah berjalan ke Jepun, bolehlah baca blog Mia Suraya.
  • Tapi setiap perjalanan diceritakan secara santai dari kaca mata seorang lelaki yang meminati punk. Bahasa yang kita boleh terima tiada yang kasar pada pembacaan saya. Beliau menterjemahkan kisah pengembaraannya dengan baik sekali. Sesuatu yang saya sendiri secara peribadi banyak yang tidak tahu tentang Jepun kecuali kemajuan teknologi yang jauh meninggalkan Malaysia.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
  • Memang costly nak berjalan ke Jepun ni. Sedikit sebanyak memang boleh dijadikan panduan juga jika terniat di hati untuk ke Jepun. Secara keseluruhannya, saya memang suka buku ini. Genre yang berbeza dari pasaran buku sedia ada. Buku-buku macam tidak dijual di MPH,Kinokuniya dan seangkatannya. Saya tak pasti di mana adik saya beli buku ni. Dulu buku Pipi saya beli secara online pada pihak-pihak tertentu. Limited Edition.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...