Skip to main content

157 - SUSUNATUR - KOTAK SIMPAN CLAY

Bismillahirahmanirrahim
  • Lama tidak membuat aktiviti kitar semula. Cuti Hari Malaysia kami suami isteri mengemas bilik serbaguna kami. Ada barang yang perlu disisihkan. Jadi, dengan mood yang ada saya mengitar semula kotak ini.
  • Ini semua berpunca juga dengan rasa serabut tengok mainan Imaan Maryam bersepah setiap hari.
  • Dengan peralatan sedia ada, malam tu saya balut kotak untuk dijadikan tempat simpan clay yang ada. Rasa saya banyak clay ni berkotak-kotak ayahnya bawa balik. Tapi entah mana perginya. Memandangkan ada beberapa stok clay yang baru dibawa balik, ada baiknya saya buatkan 1 kotak khas.
  • Bahan-bahan yang mudah. 
  1. Kotak kosong
  2. Pembalut hadiah
  3. Gunting
  4. Double sided
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
  • Nak balut kotak ni ikut kreativiti. Kalau teliti cantiklah. Saya buat ala kadar. Sakit pinggang duduk lama-lama.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
  • Saya buat 1 kotak je malam tu. Satu kotak lagi ni memang dah lama ada saya simpan peralatan untuk aktiviti membalut saya. So setiap kali nak buat aktiviti, saya keluarkan kotak ni je. Tak payah nak cari laci simpan gunting, sellotape, gam, stapler dan lain-lain tu. 
  • Kotak ni siap je, Imaan terus ambil letak clay. Lepas ni kalau bersepah je memang lah kena ceramah. Nak praktikal, boleh alaskan plastik di bahagian base kotak sebab claykan macam oily sikit.Tapi takde stok plastik di rumah guna je lah peralatan yang ada.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...