Skip to main content

158 - RESEPI MUDAH - MURTABAK MAGGI BERKEJU

Bismillahirahmanirrahim
  • Ini resepi murtabak maggi berkeju versi saya. Mungkin ada lagi yang lebih mudah saya tak pasti. Tapi ini salah satu menu sarapan pagi yang saya akan bawa ke pejabat.
  • Bahan-bahannya tak banyak.
  1. 1 bungkus maggi kari
  2. Mentega
  3. 2 biji telur
  4. Cheese 
  5. Ayam kisar
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
  • Langkah-langkah nak masak pun senang je. Langkah 1 : Rendam maggi dalam air panas. Biasanya lepas bangun tidur saya terus rendam. Lepas solat subuh baru saya masuk semula ke dapur.
  • Langkah 2 : Lepas dah kembang maggi tu/sementara nak kembang, goreng ayam kisar dengan mentega. Yang ni main agak-agak je. Kalau sebungkus maggi tu saya guna 1/4 je ayam kisar.
  • Langkah 3 : Campurkan ayam kisar yang dah digoreng mentega dengan maggi + 2 biji telur yang telah dipecahkan + serbuk kari maggi. Kalau nak lebih cheesy, letakkan cheese di dalam adunan ni.Gaul rata semua bahan.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
  • Langkah 4 : Panaskan kuali leper dengan sedikit mentega dan masukkan maggi tadi ke dalam kuali. Api tak perlu besar. 
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
  • Langkah 5 : Agak-agak bahagian bawah dah masak terbalikkan murtabak maggi dan sagat cheese di atas murtabak. Cheese ni ikut apa yang ada. Kalau kat rumah ada cheesedale, saya siat kecil-kecil dan tabur atas murtabak.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
  • Dengan bahan-bahan yang sebut di atas, dapatlah saya buat dua keping murtabak. Kalau buat hujung minggu saya guna dua bungkus maggi dan gandakan bahan-bahan yang lain juga. Kalau takde maggi kari, saya alternate kepada stok maggi tanpa perencah, guna serbuk kari ayam/daging dan tambah sedikit garam. Kalau guna maggi kari ni, perencahnya dah sedia salty so tak payah tambah garam.
  • Itu sahaja. Sedap dimakan panas-panas.

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...