Skip to main content

164 - IKIMfm

Bismillahirahmanirrahim
  • Saya bukan pendengar radio yang setia untuk mana-mana channel.
  • Ada slot-slot tertentu dalam radio tempatan yang saya suka.
  • Awal 2010 saya rajin mendengar celoteh Datuk Aznil dan Din Beramboi (arwah) dalam segmen mengarut yang saya lupa apa tajuknya. DB - pelawak yang ada kelas tersendiri. Biarpun saya melayan juga Maharaja Lawak Mega atau Super Spontan, tapi pada saya belum ada pelawak yang mampu menandingi lawak selamba dengan mimik muka tiada perasaan arwah. Ramai pelawak masa kini, melawak tetapi ketawa sendiri.
  • Normally, saya hanya mendengar radio ketika di dalam kenderaan. Sekiranya saya menjadi pemandu, saya akan memilih radio IKIMfm. Balik kerja memang IKIMfm menjadi pilihan sejak 2011. Pergi kerja adakala melayan sketsa Johara atau kembali ke IKIMfm. Itu je kot yang menarik hati.
  • Antara yang saya suka tentang DJ IKIMfm, tentang kelunakan dan kepetahan mereka berbicara. Saya paling suka suara Norhayati Paradi. Cuba bandingkan dengan radio lain, pengacara wanitanya hilang rasa malu dengan hilai ketawa entah apa-apa.
  • Satu slot petang yang saya sangat suka sebelum ni Usrati oleh Ustazah Norhafizah Musa tetapi telah tamat program beberapa bulan yang lalu dan diganti dengan program Mau' Izzati bersama Ustaz Ahmad Dusuki. Mendengar suara ustaz ni, saya meneka ustaz ini seorang lelaki yang berusia tetapi telahan saya silap. 

  • Perkongsian bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menerusi slot Mau’izati di IKIMfm pada hari Khamis jam 5.15 petang, memberi penekanan kepada perjalanan hidup sebagai seorang insan. Kehidupan sebagai manusia memerlukan kita melalui proses-proses yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Menurut para ulama, setiap manusia akan mengharungi kehidupan di lima alam yang membolehkan kita memahami bagaimana kita perlu menjaga batasan-batasan dan hukum-hakam di dalam kehidupan .
  • Teringat kata-kata ustaz, manusia ini kena selalu diperingatkan tentang mati kerana dengan itu kita akan sedar supaya tidak terlalu menongkat dunia.
  • Dan baru-baru ini, satu daripada kata-katanya, manusia ini kalau amal dengan Allah pun mereka culas dan sanggup khianati (contoh tidak solat) apatah lagi hubungan sesama manusia.
    Google
  • Kan..

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...