Skip to main content

165 - RESEPI MUDAH - KEK COKLAT

Bismillahirahmanirrahim
  • Kata kawan saya nak buat kek sedap kena try and error. Saya pernah cuba beberapa resepi. Resepi yang menjadi dan kena pada tekak saya ialah resepi kek coklat yang saya cilok dari blog Namee Roslan dan tidaklah saya ikut 100%. Saya ubah ikut kesesuaian.
  • Resepinya mudah. Bagi amatur macam saya, memang saya cari resepi yang mudah sahaja.
  • Bahan-bahannya ada 11. Asingkan kepada 3 bahagian.

Bahan A :
  1. 1 1/4 cawan tepung gandum
  2. 1 sudu teh baking powder
  3. 1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan B :
  1. 1 cawan serbuk koko (suka hati nak guna jenama apa)
  2. 1 cawan minyak masak (alternate dengan butter pun boleh - kalau butter cairkan dahulu anggaran dalam setengah @ 125g butter)
  3. 1 cawan gula perang (alternate gula pasir)
  4. 1 cawan susu kotak
  5. 1/2 cawan susu pekat manis
Bahan C : 
  1. 3 biji telur
  2. 1 sudu teh esen vanila
Topping - Bahan D : 
  1. 1 sudu butter
  2. 1/2 coklat bar
  3. 1/2 cawan susu pekat 
CARA - CARA MASAK :
  1. Ayak semua bahan A serentak.
  2. Masukkan semua bahan B di dalam periuk dan masak di atas dapur menggunakan api perlahan. Kacau sehingga sebati.
  3. Pukul bahan C sehingga sebati.
  4. Campurkan bahan C seperti langkah 3 ke dalam bahan B yang telah selesai di langkah 2.
  5. Dah selesai langkah 4, masukkan bahan A yang telah diayak ke dalam periuk campuran bahan B dan C tadi. Kacau lagi sehingga sebati.
  6. Tuang bahan ABC ke dalam loyang dan kukus di atas dapur selama 1 jam 15 minit dengan api sederhana. 
  7. Untuk topping, masakkan semua bahan D guna kaedah double boiling.
  8. Selepas kek masak, keluarkan dan sejukkan sebelum tuangkan topping ke atas kek dan deko ikut suka. 
TIP
  1. Sediakan loyang yang telah dilumurkan butter. Lepas lumur butter, saya masukkan kertas kek dan lumurkan sekali butter dan taburkan sedikit tepung gandum bagi mengelakkan kek melekat pada loyang.
  2. Penutup kukus ikat dengan kain atau tuala kecil bagi mengelakkan air kukus menitik jatuh di atas kek.
  3. Selepas sejam, jenguk kek dengan mencucuk lidi ke dalam kek. Kalau lidi masih melekit dengan coklat maknanya kek belum masak lagi. 
  4. Ukuran cawan, saya guna saiz cawan warna-warni ikea. Rasanya tiada masalah guna cawan apa asalkan jangan guna cawan pelbagai saiz untuk satu resepi yang sama.
     
  • Ini kek yang saya buat petang ahad minggu lepas. Proses nak sediakan bahan seperti langkah 1 - 5 takdan sejam dah siap.  
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my
  • Next time (entah bila), nak cuba buat kek lobak merah. Kawan saya buat sedap. Tapi itulah, nak buat kena pastikan citarasa teman sebilik sama juga

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...