Skip to main content

177 - SURAH AL-MULK, AYAH DAN HUSNUL KHATIMAH

Bismillahirrahmanirrahim 

  • Surah Al-Mulk surah ke 67 daripada 114 surah dalam Al Quran dan mengandungi 30 ayat.
  • Surah ini antara surah pilihan yang elok diamalkan setiap malam. Sebab apa? Inilah surah yang akan menjadi pendinding ketika di alam kubur nanti.
  • Pendinding daripada siksaan kubur.
  • Bak kata ustaz semasa Seminar Al-Quran Dihatiku yang saya hadiri bulan Ogos yang lalu, kita ini banyak sangat dosanya maka buatlah persiapan sebelum dipanggil balik menghadap Allah.
  • Ustaz ini sendiri menyatakan setiap malam beliau menyedekahkan pahala surah ini kepada Almarhum bapanya yang tidak sempat beliau lihat kali terakhir kerana berada jauh di negara orang menemani isterinya menyambung PhD.
  • Ketika beliau menceritakan tentang Almarhum ayahnya dan surah Al Mulk, menitik airmata saya. Pemergian ayah masih baru dan kehilangan sangat terasa untuk dihubung kaitkan dengan kisah ustaz ini. 
  • Seperkara yang masih saya ingat kata-kata daripada kata ustaz ini, satu hari nanti apabila dibangkitkan semula di Alam Akhirat dan jika direzekikan untuk ke Syurga jumpalah Nabi Muhammad kerana agamanya kita berpeluang ke Syurga. Jumpalah para sahabat atau siapa sahaja tokoh Islam yang hebat yang kita tak sempat temui kerana berbeza zon masa. Tetapi jangan sesekali kita lupa mencari ayah ibu di Syurga nanti.
  • Allahu Akbar. Merah lagi kubur arwah ayah. Rindu sentiasa di dalam hati dan doa untuknya sentiasa dipanjatkan kepada Illahi. 
  • Saya ini bukan baik. Walaupun orang kata saya dah terpilih memiliki saham akhirat dengan kehilangan Inas Sarah tapi saya takut markah saya tidak cukup untuk melayakkan saya mendapat tempat di Syurga Allah.
  • Semoga dengan rahmat Allah, shafaat Rasulullah mengizinkan kita semua menjadi sebahagian penduduk Syurga. 
  • Saya tahu, kita semua tahu siapa kita untuk memiliki mahligai dalam Syurga. Kalau diumpamakan perlu menjadi gelandangan di antara penduduk Syurga pun saya sanggup asalkan tidak disentuh api neraka yang sangat azab. 
  • Hidup ini singkat semoga Allah beri peluang dan rezeki untuk saya dan seluruh umat manusia yang masih bernafas untuk mencari ilmu, mencari bekalan dan membuat sebaik-baik persiapan sebelum dipanggil pulang. 
  • Kata Ustazah Norhafizah, sentiasalah bermohon kepada Allah supaya menghantar Malaikat Izrail dalam keadaan DIA (Allah) telah redha dengan amalan hidup kita supaya kita tidak perlu bersoal jawab dengan Malaikat Munkar dan Nakir di alam barzakh nanti.
  • Semoga pengakhiran kita pengakhiran yang baik-baik. Husnul Khatimah.

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...