Bismillahirrahmanirrahim
- Baru-baru ni(Jumaat lepas) badan Sofea dedar-dedar..
- Hari Sabtu pun sama. Bila malam badan jadi panas dan suhu meningkat ke 38++͎͒
- Hari Ahad kami bawa ke klinik sebab beberapa kali air liur meleleh. Hari Ahad memang banyak klinik tutup maka kami tiada pilihan selain bawa ke satu klinik di Semabok.
- Saya minta doktor periksa tekak sebab experience kakaknya selalu kalau demam ada tonsil di tekak. Dan kata doktor tekaknya merah sedikit. Doktor bagi ubat antibiotik.
- Hari Isnin saya notice ada bintik merah di dagu. Suhu badan 37 - 38 macam tu. Malam tu pulak meragam tengah malam. Tak mahu tidur atas katil. Saya perlu berdiri dan dukung bagi dia tidur. Bila saya duduk dia boleh sedar nak menangis. Dengan ayahnya pun tak mahu.
- Sampai 2-3 pagi tidur tak nyenyak. Minum susu pun tak mahu. Akhirnya pukul 4.00 pagi, mak saya bawa masuk tidur dalam buaian baru lena tidur.
- Hari Selasa saya terpaksa EL. Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. On the way ke klinik saya perasan ada ulcer di dalam mulutnya. That's why air liur meleleh.
Sempat lagi bermain di klinik - Kata doktor juga sebab tu badan dia rasa kejap-kejap demam sebab ada virus. Dan itu menyebab timbul bintik merah kedua di dagunya. Doktor ingatkan kena pastikan dia cukup air sebab kekurangan air boleh menyebabkan suhu badan meningkat. OMG!!!
- Jadi tanda anak-anak kena ulcer mulut :
- Air liur meleleh
- Tidak mahu minum/makan
- Timbul bintik merah di dagu
- Demam
- Alhamdulillah selepas bagi ubat semburan (Aloclair Spray) dan ubat Nurofen, Sofea dah aktif semula. Dah mula memanjat walaupun tengah main dia boleh meragam menangis dan mahu didukung.
- Tapi masih refuse untuk menyusu. Kalau haus sangat hanya akan menyusu di dalam buaian sahaja.
- Hari rabu saya kerja seperti biasa dan Sofea tiada demam. Cuma masih sama tidak mahu menyusu seperti biasa. Malahan hanya tidur atas badan sahaja.
- Satu perkara yang saya perasan memang dia meragam (kadang saya rasa dia mengada sahaja) tapi yang tak boleh tahan tu dalam dia menangis sebab saya tak dukung tapi saya boleh nampak dia tersenyum bila ayahnya buka pintu bilik air untuk mandi. Ya Sofea sangat suka main air. Sangat excited bila disuruh buka baju. Hai la anak.
- Tengah malam khamis, setiap 2 jam dia bangun. Tapi refuse menyusu dan menangis. Demam dah takde pun. Saya sampai stress sebab tak tahu macam mana lagi nak bagi dia minum air dan menyusu. Dia haus tapi macam takut untuk menyusu. Sakit untuk menelan.
- Sampai masa tu saya pejam mata, saya serah betul-betul pada Allah. Saya berkomunikasi dalam hati. Akhirnya saya baringkan Sofea atas tilam, dia terus menyusu macam biasa. Masa tu hanya Allah yang tahu apa rasa dalam hati ni. Penyerahan secara total dan Allah jawab dengan segera selepas beberapa hari DIA uji saya dengan ragam budak kecil ni.
- Mulai hari Khamis juga Sofea dah mula menghisap susu macam biasa. ALHAMDULILLAH. Cuma masih ada bintik merah di bahagian dagu yang masih belum baik lagi. Ragamnya tetap ada. Kadang-kadang saya biarkan, dan sebenarnya boleh je dia diam sendiri walaupun tak dilayan.
Bintik 3 di dagu - Anak-anak kami memang akan pulih kalau bawa ke klinik pakar sahaja. Cuma bila terdesak kami terpaksa pergi ke klinik biasa yang berdekatan atas faktor masa dan jarak rumah dengan klinik (kebiasaannya anak-anak akan demam malam atau demam hujung minggu - klinik pakar tutup). Sebab itu adalah biasa kos rawatan anak-anak bila demam/batuk/selesema mencecah RM100.00 sebab pergi 2-3 klinik yang akhirnya ubat klinik pakar lebih baik daripada yang lain.
- Kadang-kadang sampai fikir eh apasal klinik ni atau doktor pakar ni bukan berjiran dengan kami. Haish..
- Terima kasih Allah kerana mendengar dan menyembuhkan..
Comments
Post a Comment