Skip to main content

183 - SURVEY DULU SEBELUM NAK BER'ONLINE SHOPPING'

Bismillahirrahmanirrahim

  • Pernah dulu ada azam nak letak had dalam berbelanja. Yelah kan sekarang tiada apa yang murah. One of the list, nak kurangkan window online shopping kononnya. Konon sangat. Ternyata gagal.
  • Tapi untungnya saya masih bukan kategory shopaholic. Er bila ada lebihan saya rajin sikit nak melayari kedai-kedai yang ada nama di laman sesawang ni. 
  • Lazada. Glamour kot. Tapi sampai la ni belum ada hati nak beli kat web ni. Sebab certain things yang saya survey, banyak barang yang lazada offer, harganya masih mahal walaupun kat situ dah tertera harga asal.. kononnya.
  • Antara website saya suka tengok, www.theonemall.com. Banyak barang dan harga jubahnya lebih murah dari yang ditawarkan lazada. Contohnya macam comparison item di bawah.
  • Cuma satu yang saya kureng sikit pada theonemall ni satu je, tempoh penghantaran hampir 2 minggu. Lambat. Spesies jenis tak sabar memang macam tu.
  • Sebenarnya dalam membeli kita kena rajin survey, duit anda pilihan anda. Tapi bagi saya, saya tak nak ralat beli barang yang sama pada harga yang tinggi kalau sebenarnya barang itu boleh didapati dengan harga yang lebih rendah. Moto hidup : sayangi wang sendiri. Heh.
  • Kalau beli buku, saya suka menjenguk laman sesawang, MPHonline, ujana ilmu atau bookcafe. Biasanya saya suka beli yang ada offer banyak discounts. Hehe. Pastu beli banyak, banyak juga tak baca. Kiki. Beli untuk dapat tax exemption cukai jelah.
  • Kalau beli baju, saya suka juga menjenguk laman sesawang Aqeela. Baju-baju atas jenama Aqeela ni kalau kat laman lain, lagi mahal. 
  • Tapi beza pulak dengan barang baby Autumnz. Beli secara atas talian di laman sesawang Autumnz lebih mahal daripada beli pada agen. Ni berdasarkan pengalaman dulu.
  • In a nutshell, jangan haloba sangat dalam membeli. Renungi poket sendiri. Hindari sifat 'biar papa asal bergaya'. Sebab saya dah jumpa orang yang bergaya kemain, tapi hutang keliling pinggang.
  • Beringatlah, kalau sesuatu pakaian itu tujuannya untuk menutup aurat, jangan terlalu banggakan jenama sebab saya perhatikan ada jenama mahal gila tapi tujuannya nak tutup kepala je. Ownernya dah kaya dan semakin kaya raya, peminatnya kemain fanatik. Bangga menunjuk di FB. Tapi bila tenguk tudungnya, nipis je kot. Eh lantak pi la duit depa..
  • Bersederhanalah dalam semua perkara. Ya, ini peringatan untuk diri saya.

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...