Skip to main content

185 - MEMBELI EAMES CHAIR YANG MURAH

Bismillahirrahmanirrahim

  • Hari tu sebelum puasa, saya terbeli (eh) 2 unit kerusi eames. Terpengaruh tengak dalam FB. Pandai no depa dok mendeko rumah masing-masing. Ramai kot yang beli eames chair ni. Maka akak rasa tercabar hehe.
  • Maka dengan gigihnya saya pun dok menggoogle harga eames chair ni.
  • Tengok harga kat lazada. Humang aii..
  • Pi try tengok kat tempat lain.. 
     
  • Akak memang la plan (tadi kata terbeli yek ^_^) nak beli dua unit pasal terpengaruh tengok rumah orang. 
  • Seller #1 : 1 unit eames chair without arm RM90.00. Murah kan. Try tanya harga with arm, pre order RM240/2 unit tapi ETA dalam 4 minggu. 
  • Seller #2 : Harga 2 eames chair without arm RM150.00. Ini lebih murah. Kalau harga with arm pre order RM260/2 unit. Mahal la pulak.
  • Seller #3 : Yang ni pun kena pre order. Semua pre order kot. Harga pre order RM190/2 unit tapi ETA dalam 3 minggu. Eh yang ni macam lagi bagus. Hahaha..
  • Tetiba timbul rasa bersalah bila ko dok tanya harga dengan orang pastu ko tak beli. Kesian la kan kat orang tu kan. Er tapi perasaan itu akhirnya dapat diatasi lepas dok menyembang dalam FB messenger ni dengan sorang buyer. Selepas beberapa kali menyembang, akak rasa confident pula dengan seller #3 yang dia suggest tu. Yelah ada testimoni customer lagi baguskan. Takut tipah tertipu. Maklumlah online shopping ni ada risikonya. Oh ya gambar ada budak tu, tulah rumah buyer yang akak dok mesej tu. Comel sangat.
  • Maka akak pun dengan seriusnya deal la dengan seller #3 tu. Settle la bayar pada 06.04.2017. Lepas tu 28.04.2017, dia WA kata barang on the way dari China. 04.05.2017, parcel selamat sampai dari China ke pejabat. Alhamdulillah.
  • 16.05.2017, seller ni WA maklumkan saya ada customer yang belum receive parcel dari China. Untung nasibkan. Sekali lagi Alhamdulillah.
  • Oleh kerana akak suka dengan service seller#3 ni, akak nak promote la seller#3 ni. Sebabnya :
  1. Barang beliau murah (point penting ni). 
  2. Jujur (sangat penting).
  3. After sales service pun bagus. 
  • Kalau nak deal with her, boleh rujuk FB beliau macam kat bawah ni.
  • Sebelum beli eames chair ni, pertimbangkan faktor warna sebab bila ko sibuk nak ikut orang guna putih, ko kena terima risiko seperti ini. 
    Kena conteng dengan Sofea. Mujur boleh padam
  • Dan inilah sudut penempatan eames chair with arm yang ada di rumah akak. Kejap akak, kejap saya. 
    Sofea yang khusyuk tengok Didi & Friends
  • Ok itu je.. 

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...