Skip to main content

186 - PENGALAMAN MENGINAP HOTEL DI LANGKAWI

Bismillahirrahmanirrahim

  • Sebenarnya nak cerita pasal penginapan hotel di Langkawi masa outstation baru-baru ni.
  • Penganjur memilih hotel Bella Vista. 
    Sumber : Google
  • Cantikkan..
  • Tapi masa sampai indah khabar dari rupa. Kat entrance je nampak tak proper maintain. Beberapa ekor anjing berkeliaran di kawasan hotel. Mujur bukan di lobi. 
  • Penganjur bagi bilik single dengan katil king. Tapi bilik sempit. Space kiri kanan katil muat untuk satu sejadah dan di situ ruang untuk solat. TV yang ada kabur siarannya. Akak ni dah la pegi bawa family, memang tak selesa la jadinya. Haish..

  • Lif dekat wing kami tu pulak hanya satu je yang function tapi slow amat. 
  • Cafe di blok berbeza. View mengadap laut memang lawa. Cuma tiada bumbung antara blok penginapan dan cafe. Kiranya kalau hujan, memang tak boleh la kita pegi ke cafe berkenaan sebab confirm basah walaupun kau berlari selaju Khairul Hafiz Jantan.
  • Overall, akak bagi rate 4/10. Hotel yang tak akan dipilih pada next visit.
  • Lepas settle program, kami ke Pantai Cenang. 
  • 10 jam sebelum fly ke Langkawi baru dok hegeh survey hotel. So kami decide nak stay dekat Green Village Langkawi. Ala resort dan nampak classic. First time la booking melalui booking.com. Biasa via agoda.
  • Selepas bershopping di Kompleks HIG, kami sampai kat Pantai Cenang dalam pukul 4.00 petang. 
  • Sampai di resort ni, jalan ke tempat parkir berlopak air. Sampai kat receptionist, bau colok yang amat kuat. Macam masuk ke kawasan tokong lama ke macam masuk hotel murah macam dalam TV tu. Entah tak tau nak describe.
     
    Gambar ni dari google tapi realiti tak sebersih dan sekemas ni pun
  • Pekerja resort bawa kami ke bilik. Memang sunyi la. Masuk hotel bilik dah sejuk sangat. Nak reduce temperature, x function pulak dah. 
  • Bilik sempit. TV gedabak zaman dahulu kala. Ada katil queen + katil 2 tingkat. Cari arah kiblat mengadap toilet. Toilet yang indah khabar dari rupa. Main criteria dalam pemilihan hotel mesti tengok toilet. Tapi toilet bilik kami tak sama dalam website. Membongak betul. Paling tak tahan banyak nyamuk. Tak berbaloi betul bayar RM195.00. Masuk bilik ni terus kami google hotel lain. Nekad keluar.
    Bilik kami dapat tak seluas ni pun
    Kawasan luar bilik macam gambar ni tapi kotor
  • Rupa-rupanya kami salah pilih penginapan. Entah macam mane tak nampak patung buddha dalam web booking.com tu. Banyak gila kot. 
  • Kami check out kurang 2 jam selepas check in. Tu pun lepas bayar RM205 kat agoda untuk bilik kat Fave Hotel.
  • Staf Fave Hotel ni semua melayu. Owner hotel, orang Indonesia. Hotel baru 2 bintang kata stafnya. 
  • Depan hotel ada kedai dobi, tempat makan pun dekat. Kalau nak pergi Underwater World pun dekat.
  • Tempat parkir kat hotel ni banyak, staf friendly, cafe cosy, bilik + toilet selesa, wifi laju, breakfast sedap. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Akak bagi 7/10.

    View depan pool kawasan kampung yang ada kerbau
    Bilik hotel ada curtain.
  • Last 2 year, kami stay kat Kuah, HIG Hotel. Hotel ni pun selesa. Sebelah hotel kompleks HIG. Senang. Depan hotel kawasan food court milik HIG juga. Strategik betul. Cuma.. misterinya dulu, telefon bilik kami berbunyi 2x dalam pukul 3.00 pagi. Rate 7.5/10.
  • 2010, stay dekat Hotel Bayview. Jalan kaki je kalau nak shopping. Hotel memang selesa la. Rate 8/10.
Disclaimer : Semua gambar diambil dari google. 

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...