Skip to main content

191 - CARA MENAMPAL LENCANA SEKOLAH DENGAN MUDAH

Bismillahirrahmanirrahim

  • 2 hari sebelum sekolah hari tu, barulah akak terhegeh nak pasang lencana di tudung sekolah Maryam. Masa tu baru beli tudung 5 pasang. Jenuh la juga nak menjahit 5 lencana.
  • Entah macam mana terfikir nak google cara mudah pasang lencana. Terima kasih Allah kerana memberi idea bernas tersebut. Dan mujur juga barang keperluan tu semua ada kat rumah ni.
  • Barangnya mudah je, ada 3 selain tudung dan lencana la.

  1. Gam UHU - The All Purpose Adhesive
  2. Sapu tangan kecil
  3. Kad keras

  • Caranya sangat mudah.

  1. Picit gam dan sapu keliling lencana tu. Pastikan bahagian bucu lencana tu digam sehabis baik. Yang penting jangan gam tangan sendiri.
  2. Alas kad keras di bahagian dalam tudung. Selepas tu baru tampal lencana di atas tudung. Ini bagi mengelakkan gam tadi meresap ke bawah tudung.
  3. Basahkan sapu tangan kecil dan letakkan sapu tangan di atas lencana yang telah siap dilekatkan di atas tudung.
  4. Panaskan iron dan tekap iron di atas sapu tangan kecil supaya lencana yang digam tadi dapat melekat dengan kemas.

  • Lepas tu kan esoknya akak dok scroll newsfeed dekat FB, ada la beberapa kawan dok update kegigihan menjahit lencana anak masing-masing. Akak dengan bangga pun bagi idea hahaha. Tapi keberkesanannya tidak dapat diketahui sebab yelah kita pun baru sehari pasang gam dekat tudung.
  • Dan selepas 2 minggu rumusan yang boleh diberi, kaedah gam ini sangat mujarab kerana mudah dan tahan kental walaupun tudung tu kita masuk mesin. Spesies mak malas nak cuci tudung secara manual. Hehe. 
  • Kesimpulannya: ia mudah, menjimatkan duit, masa dan tenaga. Puas hati beb.

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...