Skip to main content

192 - CARA MUDAH SUSUN BUKU SEKOLAH ANAK

Bismillahirrahmanirrahim

  • Dah lebih dua bulan budak sekolah bari nak cerita pasal nak susun buku anak. Sibuk ok sibuk aka bizi.
  • Sebelum start sekolah hari tu, ada la akak menggoogle nak mudahkan susun buku sekolah anak. 
  • Dan akhirnya ini sistem yang diguna pakai.
  • Memula kena la dapatkan jadual pembelajaran dari guru kelas. Dah tau berapa subjek, akak beli fail ikut bilangan subjek.
  • Tampal nama anak, nama subjek dan kekerapan subjek tu sepanjang minggu.
  • Jadilah macam ni.
  • Akak beli fail ni dekat Tong Hup Melaka. Ni je fail yang rasanya bersesuaian pada masa tu. Harga pun dah tak ingat. Rasanya kurang RM10 setiap fail. Ya, memang kurang cuma tak ingat langsung berapa banyak kurangnya. Ke harganya RM6 ke bawah.. Hmm serius tak ingat.
  • Setiap hari, akak cuma tengok pada fail nama subjek dan hari penggunaan tanpa perlu rujuk jadual waktu yang cikgu bagi.
  • Sistem ini memang memudahkan akak dan penting juga untuk memastikan buku-buku anak terpelihara dengan baik tanpa terlipat atau bercampur aduk. Lagi satu sebenarnya memudahkan anak untuk keluar 1 fail setiap kali subjek bertukar.
  • Itu kata kita...
  • Lepas 2 bulan Imaan Maryam dah mula complaint dia m.a.l.a.s nak keluar masuk fail dalam beg. Haish budak ni. Dan kemalasannya terbukti bila jumpa bukti ada buku tak masuk dalam fail masing-masing. Geram betul sebab buku yang tak masuk fail tu memang akan terlipat-lipat dalam beg.
  • Namun demikian, sebagai seorang ibu mithali, akak akan pastikan budak tembam ni simpan balik buku-buku dalam fail secara tertib.
  • Sabar jelah..

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...