Skip to main content

193 - KEMATIAN YANG SANGAT DEKAT

Bismillahirrahmanirrahim

  • Tahun ini pada 08.04.2018, genap empat tahun Inas Sarah Affendi kembali ke Rahmatullah. Bulan depan genap umurnya 5 tahun.
  • Kejap masa berlalu. Masih lagi mengenangkan betapa hebat perancangan Allah untuk memilih kami menjadi ibu bapa yang kehilangan seorang anak.
  • Setiap kali terbaca kisah ibu-ibu yang kehilangan anak kecil di media sosial, saya cuma mengangguk faham tentang rasa sakit rasa pedih kehilangan anak. Ramai antara kita mampu bersedih membaca kisah orang tetapi tidak ramai yang benar-benar faham tentang rasa perit tersebut.
  • Malam 08.04.2018, saya menulis sedikit kata-kata doktor dan jururawat pada tarikh 08.4.2014 di dalam Facebook. Saya menulis bukan untuk menagih simpati tetapi berkongsi apa yang telah dialami empat tahun lalu.
  • Rupa-rupanya pada malam yang sama, ayah Anak Syurga ini menahan sebak ketika membacakan Yaasin untuk anak kecilnya. Malam itu, airmata seorang ayah gugur di depan keluarga kecilnya hanya kerana teguran si sulung melihat perubahan raut muka ayahnya.
  • Dua hari lalu, saya dikejutkan dengan berita yang kematian seseorang yang amat saya kagumi.
  • Beliau seorang wanita yang saya kenali melalui media sosial sejak tahun 2006. Dan saya adalah follower beliau sejak dulu. Sejak kahwin saya jarang mengikut perkembangannya secara rapat dan kerap.
  • Beliau penyebab saya jatuh hati kepada tulisan Andrea Hirata. Beliau menyebabkan saya sukakan buku.
  • Dua hari lalu saya terfikirkan beliau kerana blognya sudah lama terbiar. Sehinggalah saya terjumpa ucapan takziah atas kematiannya pada hujung tahun lalu.
  • Memang saya mengikuti perkembangan beberapa blogger tapi beliau blogger paling lama saya kenali dan pernah berkomunikasi dengannya. 
    Sumber : Google
  • Jujurnya, saya sedih dan terasa kehilangan seorang wanita yang sangat berkeperibadian mulia. Sehinggalah semalam saya dapat tahu beliau meninggal kerana dihempap pokok semasa kembara di Madagascar pada usia 36 tahun. Dan jenazah beliau selamat dikebumikan di Kedah pada 30.01.2018. Walau pun beliau orang asing, tetapi saya sangat terkesan dengan pemergiannya.
  • 2010 dahulu saya pernah menerima bingkisan tanah dari bekas gunung berapi Ireland (kot) kiriman beliau semasa beliau belajar di United Kingdom. Dan sampul surat tersebut masih berada dalam simpanan saya sampai sekarang.
  • Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan para solihin. Semoga amal baik beliau menemaninya di Barzakh sana.
  • Seperti kata ustaz dalam radio Ikim.fm pagi ini, kita hidup untuk mati supaya dengan selalu mengingatkan kepada kematian, kita menyediakan bekalan yang cukup untuk melepasi Alam Barzakh, Alam Masyar kelak.
  • Kita sendiri tidak tahu sampai bila Allah nak bagi pinjam udara untuk kita sedut ini kerana rahsia kematian hanya dalam pengetahuanNya sahaja. 
  • Semoga kita semua mati dengan Husnul Khatimah.

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...