Skip to main content

69 - INAS - HANYA UNTUK SEPULUH BULAN

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum


  • Saya pernah cerita sedikit di sini.
  • Saya jenis sakit lama ketika mahu melahirkan anak-anak. Jika Imaan 12 jam sakit, Inas hanya 8 jam lebih. Dan jahitan untuk kedua-dua anak memang banyak. Alhamdulillah kedua-duanya lahir secara normal.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    27052013 - hari pertama
  • Kesan jahitan ketika melahirkan Inas, sakitnya sehingga hampir 4 bulan disebabkan jahitan yang tidak cantik seperti kata Dr Shila.
  • Inas, menjaganya dalam pantang tidak sesukar mana. Dia seperti bayi lain. Jika dibandingkan dengan Imaan, Imaan dalam pantang susah tidur, kuat menangis, tidak kuat semangat.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Inas sebulan
  • Inas cepat meniarap. 3 bulan lebih telah meniarap.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Hari pertama berjaya meniarap
  • Inas jarang mengeluarkan suara ketika diagah. Dia cuma tersenyum. Hanya Imaan yang boleh menggelikan hati adik sehingga mengeluarkan suara.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Sepanjang hayatnya lebih 10 bulan, Inas hanya demam 2 kali. Ketika berusia 7 bulan dan sehari sebelum meninggal.
  • Cuma Inas mudah selesama. Mungkin sebab dihantar ke taska. Mungkin pada saya sebab kadang-kadang Imaan juga berhingus. Dahulu sebelum Imaan dihantar ke taska, Imaan jarang selesama. Saya juga pernah mendapat khidmat nasihat doktor tentang Inas yang senang diserang selesema. Feedback nya sama untuk anak ke taska.
  • Inas anak yang aktif. Selalu dia menyepahkan pinggan mangkuk saya.
  • Jika kami sekeluarga menonton tivi, dia gemar untuk menarik dekoder astro tanpa jemu. Si kakak akan terjerit dan mengangkat si adik untuk menjauhi kabinet tivi kami.
  • Inas sangat suka pada kertas. Pantang ada buku, majalah atau akhbar pada tangan kita, dia pantas mengoyakkannya.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Jika saya melipat baju, tangan kecilnya akan pantas menyepahkan baju yang telah dilipat. Dia akan pantas merangkak ke arah baju yang dilipat bukan timbunan baju yang belum berlipat. 
  • Inas mudah tersenyum. Dia jarang menangis.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Suka sangat main air
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Jika kita menciumnya dia akan diam tersenyum.
  • Inas sukakan kakaknya. Dia suka merampas botol susu kakaknya. Botol sendiri tidak dipeduli.
  • Inas tidak suka diletakkan dalam car seat. Oleh kerana dia tidak duduk diam diriba atau didukung, saya kerap memlih untuk meletakkannya di dalam car seat. Memang dia akan menjerit tetapi jika dileka dengan mainan, dia akan diam.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Terpaksa rela kena 'ikat'
  • Inas sangat suka berdiri di pintu gril rumah. Menjenguk ayah dan kakak menyiram pokok bunga.
  • Apabila menyuap Inas makan, jika ada makanan tidak masuk betul ke dalam mulutnya, dia akan menolak makanan itu ke dalam mulutnya dengan jari yang comel. Saya mengandaikan anak ini bijak dan tertib.
  • Antara Inas dan Imaan, untuk perbandingan bagi tempoh 10 bulan, Inas lebih pandai berdikari dan mudah dijaga.
  • Inas cuma sempat menyusu badan sepenuhnya sehingga 9 bulan lebih. 
  • Kurangnya sesi mengepam, faktor hormon, stok susu EBM yang menyusut menyebabkan saya terpaksa relakan anak saya diberi susu formula. Hujung minggu sebelum Inas jatuh sakit, saya telah simpan semua bekas susu EBM di dalam kabinet dapur bersama peralatan pam penyusuan.
  • Rupanya selang beberapa hari, bukan setakat itu, semua botol-botol susu, termos makanan,  semua pakaian dan apa-apa mengenai Inas juga tidak dipakainya lagi.
  • Hari-hari terakhir hayatnya inas tetap aktif seperti biasa. Kami sempat keluar bersama pada hujung minggu.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    2 hari sebelum adik pergi tinggalkan kami

    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    2 jam sebelum disahkan meninggal dunia
  •  

    Comments

    Post a Comment

    Popular posts from this blog

    60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

    Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

    194 - KADANG-KADANG

    Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

    195 - RECAP 2018

    Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...