Skip to main content

73 - BILIK ANAK

Bismillahirahmanirrahim              
Assalamualaikum
  • Kebetulan semasa rumah sedang diubahsuai, berlangsungnya Home Fair di MITC. Maka sedikit sebanyak mesti ada magnet untuk ke sana.
  • Maka terpikatlah hati saya untuk membeli katil untuk anak.
  • Memandangkan saya punya dua anak perempuan (walaupun masih kecil) saya beli juga katil ini sedangkan saya tahu lambat lagi untuk berpisah bilik dengan anak-anak.
  • Bilik ini simple je. Saya belum deco apa-apa dalam bilik ini. Plan untuk susun atur bilik ni belum terlaksana. Ada target tapi tertangguh apabila tiba-tiba anak kecil kami meninggal dunia.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
  • Sebenarnya bilik ini, anak-anak tak tidur sangat pun. Yang selalu tidur adalah anak buah yang bermalam di rumah kami.
  • Cuma semasa arwah Inas ada, Inas ada tidur di sini sebab kami tempatkan buaian di dalam bilik ini. 
  • Bila malam, saya angkat Inas tidur di bilik tidur utama. 
  • Malam akhir Inas di rumah kami, iaitu malam Inas demam adalah malam pertama saya dan Inas tidur di bilik ini kerana tidak mahu rengekan/tangisan Inas mengejutkan kakak Imaan. Kalau Imaan bangun takut nanti lagi kelam kabut dengan karenah kedua-duanya.
  • Tapi malam itu, saat saya bermalam dengan Inas, Imaan pun turut serta bila dia terjaga mencari ummi.
  • Saya pernah cerita pada pukul 5.00 pagi Inas tiba-tiba kejang, keadaan jadi kelam kabut dalam entri ini. Nasib baik Imaan tidak terjaga dalam kami kalut menghadapi situasi Inas. Itulah kali pertama dan terakhir saya bermalam dengan Inas di bilik ini. Selepas hari tu, Inas sudah tidak kembali lagi ke rumah kami apa lagi bilik ini.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
  • Sejak pemergian Inas, saya seperti fobia untuk masuk ke bilik ini lagi. Saya cuma masuk untuk membersih dan mengemas bilik ini.Hati saya sayu. Saya teringat-ingat kejadian malam itu.
  • Hanya encik suami rajin berada di bilik ini selepas kembalinya Inas pada Sang Pencipta. Selama ini encik suami yang selalu dodoikan Inas di bilik ini. Banyak momen-momen yang tercipta di antara mereka berdua. Mungkin sebab itu, sebelum terhenti nafasnya si kecil kami, Inas mengalir airmata saat dicium si ayah walaupun pada ketika itu matanya telah tertutup rapat dan bertarung nyawa dengan bantuan mesin. Mungkin dia rindukan ayahnya sebelum pergi menghadap Allah.. Terima kasih Allah sebelum Kau ambil nyawa anak kami, si kecil ini sempat bertemu ayahnya dalam minda separa sedar. (Inas rindunya ummi pada adik...)
  • Selepas pemergian Inas, saya cuma rearrange kedudukan beberapa barang. Masih belum ada mood untuk membuat apa-apa. Emosi masih tidak stabil. 
  • Kami pindah ke rumah ini semasa Inas berumur 5 bulan. Inas sempat berada di rumah ini selama 5 bulan. Dan bulan 5 ini sepatutnya ulang tahun pertama Inas. Tapi hayat anak Syurga ini tidak lama. Tabahlah hati.. Allah tahu apa yang terbaik.

Comments

  1. Ya Allah ya tuhanku. Kuatnya hati tuan rumah menghadapi saat2 itu. Sy kagum. Semoga Inas menanti ummi nya di sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak kuat tapi saya tiada pilihan selain memilih untuk jadi kuat. Dan kekuatan itu datangnya daripada Allah.

      Delete
  2. Salam singgah...sayu pula membacanya.moga tabah dengan ujian-Nya.saya suka cara penulisan blog ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...