Skip to main content

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum


  • Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar.
  • Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula.
  • Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur.
  • Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua.
  • Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena.
  • Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi.
  • Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mandikan di sinki. Ummi bagi adik ubat sekali lagi.
  • Kelam kabut juga kami mandikan kakak dan segera ke klinik.
  • Di klinik, doktor terus sediakan surat untuk merujuk adik ke hospital.
  • Kami tiba di hospital sekitar jam 9 lebih pagi. Nasib baik mak dan atok datang bawa kakak pulang ke Telok Mas.
  • Tiba di Jabatan Kecemasan, sekali lagi adik diserang sawan. Kelam kabut bantuan diberi. Ya Allah betapa risau ummi dan ayah dengan keadaan adik. Selepas itu keadaan adik lebih stabil. Sementara menunggu kekosongan katil di Wad Paediatrik, ummi menemani adik. Ayah menanti di luar. Adik kelihatan letih. Tidak selesa setiap kali ummi mengelap badan adik.
  • Tengahari adik dihantar ke wad. Dalam perjalanan jururawat memberi nasihat dan tip menghadapi anak diserang sawan. Jururawat memaklumkan adik letih kesan ubat. Ummi tidak tahu ubat apa. Tapi di Jabatan Kecemasan ummi diminta untuk memasukkan ubat demam melalui dubur adik. Kata jururawat ubat yang diberi kandungan dadahnya tinggi dan hanya hospital miliki ubat tersebut.
  • Sepanjang di wad 1-4, adik kelihatan lemah. Tapi adik telah mula mahu menyusu 4 auns setiap 3 jam. Tidur adik tidak lagi lena. Adik berpusing-pusing kelihatan tidak selesa. Ummi masih tetap membalut badan adik dengan kain basah. Tetapi bila dahi adik ummi letakkan tuala basah, adik menolak dan membuang tuala itu.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    07042014 - petang
  • Ummi diinterview macam-macam oleh doktor yang merawat dan melawat.
  • Petang itu, semasa kaum keluarga datang melawat adik masih tidak aktif. Ketika kakak mencium dahi adik, adik menolak dan merungut rimas. Suhu badan adik telah normal dan tidak lagi demam. Ummi hanya mampu membacakan zikir dan Alfatihah di telinga adik memandangkan ummi sendiri dalam keuzuran.
  • Malam itu 07042014, ummi lihat kaki tangan adik mulai lebam. Ummi risau, kata jururawat mungkin terlalu lama sangat badan adik ummi balutkan dengan kain basah.
  • Malam itu, adik tidak mahu tidur mungkin rasa tidak selesa tangan didrip. Petang itu, kata doktor sekiranya adik menyusu seperti biasa drip water akan ditanggalkan. Ummi ternanti-nanti doktor supaya segera drip itu dicabut. Kasihan ummi tengok adik. Begitu pun, adik tidak menangis cuma sesekali merengek tidak selesa. 
  • Lambatnya doktor yang melawat malam itu. Pukul 11 Dr Alexis datang, ummi maklumkan tentang lebam di badan adik. Doktor juga risau, ummi apa lagi. Ummi bertabah hati kerana percaya Allah sedang menguji. Doktor menambah kelajuan air ke dalam badan adik. Condition adik tidak berubah. Tangan adik terasa sejuk. Bahagian lain masih panas.
  • Sepanjang malam ummi dapat rasakan betapa seksanya adik, keletihan tetapi tidak boleh tidur. Kasihannya anakku..
  • Suhu adik sentiasa dipantau. Malam suhu adik mula meningkat sedikit. Ubat demam terus diberi setiap 4 jam. Adik hanya menyedut ubat yang ummi suapkan tanpa ragam.
  • Tengah malam, dua doktor perempuan ummi kira membawa adik untuk mengambil darah. Mereka juga pelik melihat keadaan adik yang lebam dan menjangkakan denggi. Ummi lihat adik terlalu lemah. Bila ummi dukung adik, adik terlentok di bahu ummi apabila drip dibuka untuk sementara waktu. Bila pulang semula ke katil, drip dipasang keadaan adik resah gelisah tidak boleh tidur. Ummi masih mengelap kepala dan badan adik. Luluh hati ummi melihat adik tidak boleh tidur. Ummi sendiri sudah hilang punca untuk tidurkan adik.
  • Ummi mula menghantar whatsapp ke dalam group pejabat ummi dan rakan seangkatan. Bukan mahu menagih simpati tetapi ummi memang mendambakan doa orang ramai untuk doakan kesejahteraan adik. Selepas sedikit komunikasi, ummi menutup akses internet kerana ummi tidak mahu membaca maklumbalas simpati daripada mereka. Kerana ummi tahu simpati orang hanya akan menyebabkan ummi lemah.
  • Doktor perempuan ada memaklumkan hasil laporan ujian darah, adik kekurangan darah putih.
  • Pukul 4 pagi, adik diserang sawan kali ke 4. Kali ini lebih lama. Sangat lama lebih 10 minit sehingga mulut adik berbuih-buih. Allah sahaja maha tahu betapa sedihnya ummi melihat keadaan adik. Ummi kejutkan kakak di sebelah katil untuk maklumkan doktor keadaan adik. Ummi menguatkan hati untuk terima keadaan adik supaya adik rasa semangat ummi untuk lihat adik sihat semula. Ummi yakin Allah pilih ummi untuk diuji kerana kemampuan ummi untuk menghadapi semua ini.
                “Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahu akan tiap-tiap sesuatu)”
(At-Taghaabun: Ayat 11)
  • Pagi itu, Dr Azri datang melawat adik dalam kekalutan adik diserang sawan. Jururawat diarah mengambil darah di tapak kaki adik. Bacaan dikatakan rendah kerana kaki adik sejuk. Doktor mengarahkan darah diambil di ibu kaki tapi hanya sedikit sangat darah yang keluar. Akhirnya Dr Azri sendiri cuba mengambil darah di kaki lain sayangnya tiada darah yang keluar. Oksigen mula diberi kepada adik. Ummi tidak tahu apa mesin yang digunakan, mesin itu tidak memberi tindakbalas walaupun jururawat lain memaklumkan mesin itu tidak rosak. Dr membawa adik ke bilik rawatan. Kata Dr dia akan explain kepada ummi tetapi pada masa itu, dia akan buat apa yang paling wajib dia lakukan. Ummi diarahkan keluar. Selepas rawatan di situ, Dr maklumkan untuk tempatkan adik di ICU. Tidak lama Dr Alexis pula sampai. Ummi mula berkemas. 
  • Ummi memaklumkan bos ummi akan cuti terpaksa dipanjangkan.
  • Ketika adik disiapkan untuk prosedur yang ummi tidak tahu di bilik ICU, Dr Alexis memberi penerangan kepada ummi tentang kebarangkalian adik diserang jangkitan Meningitis (jika tidak silap pendengaran ummi). Pada waktu itu, ummi tawakal kepada Allah. Ummi tahu pihak hospital sedang memberi bantuan sewajarnya. Dr memaklumkan bahayanya kuman ini dan kemungkinan adik terpaksa dipinjamkan nafas melalui bantuan mesin walaupun pada ketika itu oksigen adik masih lagi ok.
  • Dr membenarkan ummi untuk duduk di Isolation Room, ICU. Pada waktu itu, ummi sudah mula berasa lemah dan tidak yakin. Ketika Dr Azri memanggil nama adik, adik menoleh dengan lemah. Ummi cuba bertahan. Keyakinan ummi serah sepenuhnya kepada Allah Maha Besar. 
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    08042014 - subuh
  • Pukul 6 pagi, ummi telefon ayah supaya segera ke hospital. Ummi rasa pada waktu itu ummi sangat lemah dan air mata mula mengalir. Ummi ambil gambar adik dan send kepada ayah, group whatsapp dan mak ngah. Mak ngah dalam tangisan terus menelefon ummi dan tiba tidak lama selepas itu.
  • Ummi mula merangka rancangan. Ummi berpendapat kemungkinan untuk ummi berulang alik ke hospital untuk satu tempoh.
  • Air mata ummi mulai mengalir tanpa henti. Ketika Dr Alexis memanggil ummi dan ayah di bilik ICU, Dr sekali memberi penerangan. Ketika ditanya peratusan untuk recover, Dr tidak memberi jaminan kerana ia bergantung kepada daya tahan pesakit. Air mata ayah mengalir lagi. Ummi mula rasa bila ayah tidak kuat ummi perlu bertahan. Ummi menghantar SMS kepada Aunty Chua mengadu rasa hati. Dalam pada itu, Aunty Rose dan Aunty Fad memberi semangat.
  • Pagi itu, ayah cium adik. Selepas ayah cium keluar air mata adik walaupun masa itu mata adik telah tertutup rapat. Ummi tahu adik masih mampu merasa ketika itu. Menitis air mata ummi melihat ayah sapu air mata adik.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    0804201 - 7.30 pagi
  • Ummi dan ayah tidak dibenarkan berada di ICU. Memandangkan tiada kerusi untuk menunggu ummi ayah menunggu jauh di tempat lain.
  • Hari yang sama abang ummi menanti kelahiran anak ke4. Ummi mula berkira-kira untuk pulang sebentar ke rumah Mak Ngah untuk mandi memandangkan beg baju ummi di bilik ICU. Dalam pada itu, ayah mendapat panggilan untuk ke bilik ICU kerana Dr mahu berjumpa. Kami bergegas ke ICU. Masuk ke bilik ICU, ramai doktor berada di samping adik. Ketika kami meluru untuk melihat adik, Dr Azri menahan kami dan memberi penjelasan di luar bilik. Dr memaklumkan keadaan adik telah kritikal. Jantung adik lemah, tekanan darah jatuh merundum, ubat membekukan darah telah diberi, antibiotik yang tinggi turut telah diberi tetapi adik tidak memberi respons yang baik. Dr Azri tidak memberi harapan dan meminta ummi ayah bersedia. Ketika itu, airmata ummi ayah laju tidak dapat ditahan. Ummi cuba kuatkan diri untuk bertanya. Dr Azri memaklumkan pasukan doktor yang ramai sedang memberi bantuan CPR. Ummi tahu hanya keajaiban yang akan menyembuhkan adik. Dr meminta ummi ayah duduk sekitar wad ICU. Ketika itu jururawat memberi kerusi untuk ummi melepaskan lelah. Ummi bersyukur punya keluarga dan kawan yang terus memberi kata semangat.
  • Pukul 10 lebih, sekali lagi Dr Azri memanggil ummi dan ayah ke Isolation Room melihat adik. Ketika itu juga Dr memaklumkan semua usaha yang ada gagal menyelamatkan adik. Dr membenarkan ahli keluarga masuk melihat adik. Hancur hati ummi melihat anak kecil ummi sudah tidak bernyawa.
  • Allahu Akbar, besarnya dugaan ini. Sekejapnya Allah pinjamkan adik pada ummi. Ummi redha kerana ummi tidak sanggup melihat adik terus sengsara dan ummi lagi takut jika otak adik rosak akibat jangkitan ini.
Ibnu Kathir berkata: Orang beriman pasti diuji sama ada tentang hartanya, jiwanya, anaknya, dan keluarganya. Ujian tersebut berdasarkan kadar keimanannya. Jika imannya kuat maka ujiannya bertambah, sebaliknya jika lemah maka ujiannya perlahan.
  • Ya Allah, dariMu kami datang kepadaMu kami kembali.

Comments

  1. Air mata sy menitis laju membaca rentetan catatan terakhir Inas. Sy juga ada baby 10 bulan yg kehadiran nya di nanti lebih 10 tahun. T kasih atas perkongsian mklumat. Sememang nya Inas insan terpilih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah bagi yang terbaik kepada setiap hambaNya. Tetapi saya harap puan tidak terpilih melalui apa yang saya rasa sebab ia bukan mudah. Saya mencatat untuk peringatan diri, jika ada kebaikan untuk orang lain, Alhamdulillah.

      Delete
  2. Besar sungguh dugaan ini buat Lina dan keluarga. Namun pasti ada hikmahnya, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Arwah Inas pasti sedang berbahagia di syurga. Saya doakan Lina dan keluarga diberikan ketabahan...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada hikmah. Bila Dia ambil sesuatu mesti Dia akan beri sesuatu. Inas anugerah terbaik, dia pergi sekarang untuk memberi yang terbaik pada masa akan datang.

      Delete
  3. sedihnya.. tak terbayang kalau 1 hari nanti saya melalui situasi macam ni.. Allah sayang sis, sebab tu dia pilih untuk diuji.. sabar banyak2 yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saya doakan puan takkan melalui beban emosi seperti saya.

      Delete
  4. Allahuakbar. ..mengalir air mata membacanya... tabah ya dear...

    ReplyDelete
  5. Allah... semoga Lina kuat. Ahli syurga akan menyambut lina dan suami nanti.

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah anak ini akan sambut kami. Janji Allah itu pasti.

    ReplyDelete
  7. sedihnya baca kisah Inaas. comel sangat dia. saya juga pernah kehilangan anak. anak sulung, born premature dan hidup cuma 2 hari. sedih, toksah cakap lah. harap awak tabah. Insyallah, dia menanti kita di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..
      Yang merasa kehilangan akan faham rasa sedih dalam hati.

      Delete
  8. assalamualaikum... sy terbaca kisah lina... semoga lina dan suami tabah, inas dijanjikan sebagai ahli syurga...
    ALLAH menguji sebab tahu kemampuan Lina....
    terharu sy,,,, sebak... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Kami masih belajar untuk mengikhlaskan pemergian anak kecil ini. Allah Maha Mengetahu betapa sukar keadaan kami untuk melalui semua ini.

      Delete
  9. assalamualaikum...mengalir air mata saya membaca kisah bidadari kecil puan...sy kagum dengan puan kerana ujian yg datang tidak lupa kembali kepada Yang Maha Besar...bertabah wahai hati, puan...mg sy juga diberi kekuatan seperti itu bila "kehilangan" org tersayang yg semestinya pasti akan berlaku...[teringat anak-anak kecil sy di rumah pengasuh sekarang :( ]....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari DIA kita datang kepada DIA kita kembali. Bila DIA ambil anak saya, saya KENA KEMBALI RUJUK kepada DIA. Saya meraung macam mana sekali pun tidak akan beri apa-apa. Maka saya perlu bermunajat kepada DIA mencari kekuatan. Hingga kini saya tidak kuat tapi setiap kali itu saya menagih simpati DIA supaya saya terus bertahan untuk jumpa semula anak saya di alam Akhirat nanti.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

180 - PENGALAMAN: BILA ADA ULSER DALAM MULUT SOFEA

Bismillahirrahmanirrahim Baru-baru ni(Jumaat lepas) badan Sofea dedar-dedar..  Hari Sabtu pun sama. Bila malam badan jadi panas dan suhu meningkat ke 38++͎͒ Hari Ahad kami bawa ke klinik sebab beberapa kali air liur meleleh. Hari Ahad memang banyak klinik tutup maka kami tiada pilihan selain bawa ke satu klinik di Semabok.  Saya minta doktor periksa tekak sebab experience kakaknya selalu kalau demam ada tonsil di tekak. Dan kata doktor tekaknya merah sedikit. Doktor bagi ubat antibiotik. Hari Isnin saya notice ada bintik merah di dagu. Suhu badan 37 - 38 macam tu. Malam tu pulak meragam tengah malam. Tak mahu tidur atas katil. Saya perlu berdiri dan dukung bagi dia tidur. Bila saya duduk dia boleh sedar nak menangis. Dengan ayahnya pun tak mahu. Sampai 2-3 pagi tidur tak nyenyak. Minum susu pun tak mahu. Akhirnya pukul 4.00 pagi, mak saya bawa masuk tidur dalam buaian baru lena tidur. Hari Selasa saya terpaksa EL. Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. On the way  ke klinik

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula kepada pembekal. 26 keping x RM5 = RM130. Mulanya lebihan tiles ni nak pa

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah berdasarkan design yang dibuat dengan mengambil kira ukuran 22 x 40