Skip to main content

82 - RAWAK 2

Bismillahirahmanirrahim              
Assalamualaikum


  • Bulan Mei ni rasa singkat sangat dengan macam-macam kerja.
  • 5 Mei ke Johor untuk taklimat trainer for 1GFMAS. Bertolak sesudah Subuh. Oleh kerana taklimat ini untuk peserta Zon Selatan, bertemulah dengan rakan-rakan dari JANM Johor dan Negeri Sembilan. Yang tahu cerita mulalah mengirimkan ucapan takziah. Yang rapat mula bertanya kisah sebenar. Yang si ibu ini yang fikirkan dirinya telah kuat rupanya tumbang semula segala emosi yang tersirat. Terima kasih Eta yang mendengar keluh kesah yang kuat memberi semangat.
  • 6 Mei terpaksa bercuti untuk selesaikan hal peribadi, Sempat ke pejabat untuk tandatangan cek. Cek urgent maka wajib pergi memandangkan semua pegawai masih di Johor. Terus ke Klinik untuk ambil ubat. Sempat timbang Imaan. Walau ada kata dah susut tapi berat tetap bertambah kepada 17 kg pada usia 2 tahun 7 bulan.
  • Petang yang sama ke Hospital bertemu Dr Azri seperti yang diceritakan di sini.
  • 7-8 Mei ke Putrajaya untuk rehearsal dan penerimaan APC 2013. Alhamdulillah. Setiap orang rezekinya berbeza. Jangan dipertikaikan rezeki orang. Itukan kerja Allah. Mempertikaikan rezeki dan tuah orang bermakna kamu mempersoalkan Pemberi Rezeki. Allah Ya Razzaq.
  • Kata orang rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Rambut pun dah macam ragam sekarang. Attitude manusia susah berubah. Masih di takuk yang sama. Teringat kata Pengarah baru saya, apa yang kita usahakan dan lakukan di dunia hanya untuk seketika. Dunia satu lagi yang kita kena kejar sebab dunia tu our ultimate destination. Sebelum nak ke dunia akhir itu kita perlu lalui satu perjalanan yang amat panjang. Alam penghubung kedua-dua dunia. Alam yang sangat panjang. Satu alam yang memungkinkan kita damai atau terseksa menghadap soalan Mungkar dan Nakir.
  • Perasmian APC oleh YB Menteri Kewangan Kewangan II. Tidak bernasib baik tiba turn saya, MK II terpaksa tinggalkan majlis atas faktor kesihatan. Saya suka cara dia memberi ucapan. Input yang baik dan gaya bersahaja. Politician mesti pandai berucap kan.
  • 12 Mei saya bercuti untuk habiskan baki cuti tahun 2013. Cuti bersebab. Cuti bawa Imaan dapatkan injection Pneumococcal dan ujian kesihatan untuk encik suami. Juga ke Tabung Haji untuk urusan pendaftaran haji. Dan turn kami ialah pada 2071. 2071? Masa tu Imaan sendiri dah 60 tahun. Jika ada umur.. Moral of the story, jangan lewat-lewatkan perkara baik. Nampaknya terpaksalah berusaha gigih menyimpan duit untuk menjengah Mekah dengan kaedah Umrah dan Haji menerusi travel agent
  • 13 Mei semua berpakat mengecat rumah mak. Seharian. Selesai bahagian dalam dahulu.
  • 14 Mei pagi perlu menghadiri kursus Setiausaha Kelab di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Masuk ke pejabat diskusi dengan pengarah sehingga 6 petang. Kelam kabut balik nak ambil Imaan, tak sempat nak beritahu encik suami.
  • 15 Mei -16 Mei sibuk menyiapkan jawapan maklumbalas kepada Audit Negara. Selesai juga akhirnya dengan komitmen team yang ada, Ain-CC-Fiza. Good job kata pengarah. Alhamdulillah berjaya dikemukakan ke JAN pada petang 16 Mei.
  • 17 Mei kami menghadiri Bengkel Nutrisi Shaklee di Hotel City Bayview. Kami : Saya + encik suami + Imaan. Half day sahaja Imaan bersama kami. selepas pukul 1, Imaan diambil kakak saya.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Peace!!
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Khusyuk
  • Ini cuma sebahagian Mei yang telah berlalu.
  • Dan esok 20 Mei saya akan terpaksa memberi ceramah di Bukit Katil.
  • Di Pejabat sendiri banyak kerja sedang menanti. Ada task force (Sekali lagi) perlu dilakukan. Sigh..
  • Mei yang mencabar. Mei yang penuh rencam. Mei yang mengguris rasa.
  • Dan 27 Mei yang tidak dapat diraikan.

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...