Skip to main content

74 - INAS - PUNCA KEMATIAN


Bismillahirahmanirrahim        
Assalamualaikum

  • 06052014, saya dan encik suami ke Klinik Paediatrik Hospital Melaka untuk temujanji selepas kematian Inas Sarah Affendi. Rasa berdebar untuk berjumpa dengan doktor, dengan keinginan yang tinggi untuk tahu punca kematian arwah.
  • Kami sekali lagi bertemu dengan Dr Azri. Doktor yang mengendalikan kes Inas pada 08042014 seperti yang dikisahkan di sini.
  • Apa yang saya boleh simpulkan di sini adalah seperi berikut :
  1. Inas disahkan meninggal disebabkan meningitis - Pneumokokus. Itu hasil keputusan air tulang belakang yang diambil.
  2. Tapi sukar untuk dinyatakan dari mana datangnya bakteria yang menyerangnya. Sedangkan ini yang amat saya ingin tahu sebagai langkah pencegahan kepada Imaan dan anak seterusnya (jika dikurniakan rezeki anak pada masa hadapan). Saya kecewa sebenarnya kerana tidak mengetahui punca bakteria.
  3. Cuma apa yang dijelaskan doktor, bakteria ada di mana-mana. Bergantung kepada keupayaan diri individu untuk melawan penyakit. Sayangnya anak syurga ini masih kecil dan dia tidak berdaya melawan serangan.  Inas kalah.. tapi dia menang dalam mendapatkan tempat di Syurga Allah. Kemenangan yang tidak semua orang mampu miliki.
  4. Seperti symptom denggi, pesakit yang digigit nyamuk  Aedes hanya akan mengetahui dirinya menghidap denggi selepas beberapa hari digigit yang mana sakit itu bukan datang immediately.
  5. Maka saya menganggarkan begitu juga yang terjadi pada Inas, kemungkinan bakteria ini telah berada di dalam tubuhnya tanpa sedar. Mungkin seminggu sebelum kematiannya. Itu kemungkinan dan andaian.
  6. Menurut doktor, bakteria atau virus ini tidak dapat dikenalpasti kerana culture tidak dapat dibuat segera, dan pihak hospital cuba mengambil tindakan sesegera mungkin bagi menyelamatkan Inas pada pagi 08042014.
  7. Pagi 07042014 di Jabatan Kecemasan, Inas telah dixray. Resultnya ok.
  8. Ujian darah pada peringkat awal juga tidak menunjukkan Inas menghadapi apa-apa masalah yang menjurus kepada bakteria ini.
  9. Ketika ditanya tentang result mesyuarat yang diadakan pada 29042014 baru saya tahu meeting itu tidak melibatkan Dr Azri tetapi dipengerusikan oleh bapa mertuanya. Saya difahamkan pada pandangan ahli mesyuarat sepatutnya Inas boleh diselamatkan. Tapi ia tak terjadi. Kenapa?
  10. Pada hari kematian Inas dan pada pertemuan semalam doktor ini kerap bertanya jika ada yang mak ayah mahu ketahui dan tiada apa maklumat yang cuba disembunyikan. Saya tahu menjadi doktor bukan senang apa lagi ia melibatkan nyawa. Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Bukan sebab saya menyerah tetapi saya membayangkan saya di dalam kasut seorang doktor, pasti saya mahu beri yang terbaik kerana kesilapan memungkinkan saya seperti memperjudikan kerjaya itu sendiri.
  11. Saya katakan pada Dr Azri, di sudut hati saya saya agak kecewa kenapa pihak hospital lambat mengambil tindakan sedangkan semasa lawatan Dr Alexis  pada pukul 11 malam, beliau sendiri telah lihat lebam di badan Inas dan beliau cuma menambahkan drip. Pada pandangannya, pesakit sebenarnya memerlukan air disebabkan hidrasi yang berlaku. Saya tidak nampak Inas memerlukannya kerana kekerapan susu yang saya beri tapi saya bukan doktor dan saya sendiri tidak tahu keperluan badan Inas pada malam itu.
  12. Tatkala saya cuba mempertikaikan kelewatan doktor bertugas pada malam itu, terlintas di hati saya – mungkin jika cepat pun tindakan malam itu, kalau pun Inas survive, Inas akan suffer kerana lebam itu telah mula menjalar di badannya. Unless tindakan atau pencegahan dibuat peringkat awal pada waktu ditahan di jabatan kecemasan, ia mungkin Inas akan selamat. Saya mengandaikan Allah telah merancang ini semua. Jika sekarang saya rasa sakit kerana Inas gagal diselamatkan mungkin saya tidak dapat menanggung kesakitan  yang lebih dahsyat jika Inas menjadi tidak normal. Allah Maha Mengetahui rahsia kejadian yang menimpa kami. Dan kerana itu telah Dia janjikan Syurga kepada anak kecil ini yang turut membawa syafaat untuk membantu saya di Padang Masyar nanti. Satu saham besar untuk saya dan suami atas airmata yang mengalir di muka bumi ini.
  13. Kami difahamkan buah pinggang Inas telah rosak dan banyak darah hitam di dalam perut arwah. Dan sekiranya post mortem dibuat mungkin kita boleh tahu apa keadaan otaknya. Pilu hati mendengar penjelasan doktor dan tidak dapat saya bayangkan betapa sakitnya anak kecil saya ketika itu. Kesakitan yang tidak dapat saya rasai dan fahami. Saya kira kami ambil keputusan betul bila tidak melakukan post mortem kerana saya tidak sanggup melihat sebarang kesan jahitan di tubuh comel si kecil ini. Ketika menerima keadaan jenazah lebam seluruh badan pun sudah cukup menghiris hati saya.
  14. Ketika ditanya apa langkah pencegahan, Dr Azri mencadangkan mendapatkan tambahan vaksin pelalian bagi Pneumokokus. Pelalian ini tidak disediakan dalam senarai imunisasi yang disediakan pihak kerajaan. Ianya cuma boleh didapati daripada klinik dan hospital swasta dengan kos suntikan lebih RM200. Bagi yang berkemampuan, kita mampu untuk menanggung kos ini. Saya lewat saya bertangguh ketika mahu mendapatkan pelalian ini untuk Inas. Perlu diingatkan ia cuma pencegahan bukan penawar dan bukan satu  vaksin yang dapat memastikan secara total yang seseorang anak kecil immune dari jangkitan.
  15. Ketika berdiskusi dengan rakan, ada rakan mempertikaikan kenapa pihak kerajaan tidak menyediakan kemudahan pelalian ini kepada rakyat? Jika berjaya GST dilaksanakan dan menjadi sumber pendapatan tambahan Negara, apakah mungkin kerajaan akan memberi pendidikan dan kesihatan terbaik kepada rakyat? Seperti kata Dr Azri, mereka telah sign petisyen supaya vaksin ini diberi kepada rakyat tetapi tiada jawapan. Apa yang dibuat pihak Kerajaan? Kerajaan perlu meneliti semula semua ini. Jika kos pembelian vaksin yang menjadi isu, tidakkah kos penambahan pesakit, kos merawat kos untuk mencegah juga akan meningkat? Lihatlah betapa padatnya bilangan pesakit  di wad. Apakah opportunity cost dalam kes ini. Saya bekerja dengan kerajaan, saya pembayar cukai tetapi saya juga rakyat yang mahu menuntut hak. Beban perasaan kehilangan anak tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Saya berharap akan ada transformasi dalam tindakan bukan sekadar kata-kata.
    Sumber Google
  16. Seperti juga kata-kata Dr Azri, kita berdoa supaya tiada ibu yang akan mengalami apa saya rasa, apa saya lalui. Benar, kehilangan Inas satu ujian perit. Walaupun sebulan telah berlalu, ia tidak mampu menghilangkan duka lara ibu yang telah melahirkannya. Saya berdoa Allah beri yang terbaik kepada ibu-ibu di luar sana. Jangan ada yang melalui apa saya rasa. Saya tahu di luar sana ramai ibu kehilangan anak dengan pelbagai asbab. Semoga semua yang senasib saya diberi kekuatan hati untuk mengikhlaskan setiap yang terjadi. Perasaan ini tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Hanya yang melaluinya akan faham.

  17. Inas Sarah Affendi, ummi doakan adik bahagia di sana. Allah bagi pinjam adik sekejap je pada ummi. Ummi minta maaf ummi tak buat yang terbaik untuk adik. Ummi sayang adik. Ayah sayang adik. Kakak Imaan selalu cakap sayang adik. Adik anak ummi dunia akhirat.

Comments

Popular posts from this blog

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula ke...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.