Skip to main content

86 - SUSUN ATUR BILIK BACAAN/BILIK PELBAGAI GUNA

Bismillahirahmanirrahim              
Assalamualaikum
  • Saya pernah menulis tentang bilik ini di sini.
  • Dan memandangkan kebetulan ada cabaran dari Puan Fizah untuk Mei dan Jun 2014, saja la join suka-suka. Link penaja hadiah ialah
    http://mylifeconcerto.blogspot.com/. Menarik hadiah yang ditaja tu. Kalau menang memang best, tak menang takpe. Rezeki masing-masing kan. Kita cuma berkongsi cerita.
  • Tidak banyak yang dibuat memandangkan kos yang terhad. Heh (^_^)
  • Bilik ini sempat disiapkan semasa Inas masih ada bersama-sama kami. Malahan ada item yang dibeli semasa penghujung hayat si kecil ini.
  • Dulu saya kata ia bilik pelbagai guna. Sehingga sekarang fungsinya tetap sama. Bilik solat, bilik penyimpanan barang, bilik aktiviti dan bilik bacaan.
  • Bilik ini juga lokasi encik suami membacakan yassin untuk anak Syurga kami.
  • Di bilik ini saya menjalankan aktiviti membalut kotak. Kotak menyimpan wayar, kotak menyimpan kerongsang, membalut fail lama sama ada secara sendirian ataupun bersama anak-anak.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
    Pandangan dari arah berdepan pintu

  • Gambar di atas, di sebelah rak buku terdapat 10 kotak penyimpanan barang. Tujuh darinya telah siap saya labelkan. Masih ada tiga yang belum dilabel. Abaikan label yang tak proper dilekat. Alasan gangguan anak. Hihi.
  • Tujuh kotak saya beli di Aeon Ayer Keroh RM10.90 setiap unit. Dan tiga yang lain saya beli di Mydin. Entah berapa kosnya sudah lupa. Bila tak sedondon nampak tak comel pulak.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
    Bersebelahan kabinet buku

  • Pada dinding menghadap meja kerja ini sepatutnya saya bercadang untuk menggantung white board. Tapi tiba-tiba tukar idea buat sendiri je. Lebih mudah dan murah.
  • Saya hanya beli kad ini. Entah apa namanya. RM4.50 sekeping di Mydin. Balut dengan wrapping paper sedia ada di rumah.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Maka beginilah jadinya dan ditempatkan di sini.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Bersebelahan pintu bilik


  • Ini antara perancangan yang mahu/akan dilakukan.
    1. Tambahan maklumat untuk kanak-kanak seperti poster pendidikan atau frame gambar.
    2. Kerusi bag bean. Rasa rugi pulak tak beli masa home fair hujung bulan lepas.
      google
  • Di bilik ini saya menyiapkan kerja pejabat. Pertama kali saya guna bilik ini sebagai bilik kerja 3 hari sebelum si kecil Inas pulang ke Rahmatullah bagi menyiapkan data EFT/CEk terbatal. Tatkala saya menyelesaikan kerja, si kecil ini saya biarkan bermain dengan permainannya. Apabila mula bosan, dia berpaut pada kaki saya. Mengenangkannya menggamit rindu yang amat sangat. Allah...
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Dan apabila encik suami menggunakan bilik ini sebagai bilik kerjanya, Imaan akan duduk di sini dengan buku-bukunya atau terbaring menyusu di situ.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/

  • Di bahagian dinding kanan saya tampal ini.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Dinding sebelah kiri
  • Ini rak buku yang kami beli di Mydin. Kurang RM150 tak silap.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
  • Rak ini saya simpan buku-buku study, novel, buku masakan, majalah, buku anak-anak, fail-fail peribadi dan beberapa kotak peribadi. Kotak recycle. Kotak mangkuk kaca yang saya balut semula untuk simpan barang kecil.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com

Comments

  1. sgttt kemas kak...!! suka tgk buku semua tu tersusun di rak..:))

    p/s pasti rindu amat pada si kecil inas kan kak..sy doakan akk tabah mengharungi hari-hari penuh kerinduan ni. Pasti manis nanti bila dpt berjumpa kelak di syurga. insyaaAllah....:')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kemas mana pun fizah banyak lagi perlu diperbaiki.

      Rindu sangat pada Inas Sarah. Allah je tahu gelora di dalam hati.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...