Skip to main content

100 - INAS - MUNGKIN INI SATU DARIPADA ASBAB

Bismillahirahmanirrahim                     
Assalamualaikum

  • Dalam minggu ini saya berkenalan dengan seseorang.
  • Dia ada datang berjumpa dengan saya atas satu sebab.
  • Katanya anak sulung demam dan dia tidak yakin untuk biarkan anak ini dijaga orang lain kerana faktor si anak ada sejarah sawan.
  • Hati saya terus tersentak. 
  • Rakaman pagi 07042014 berputar dalam minda saya ketika adik diserang sawan pada kali pertama.
  • Dan setiap kali rakaman itu bermain dalam ingatan saya ia membangkitkan satu rasa kecewa yang amat dalam. Airmata saya akan bergenang setiap kali mengingatkan situasi pada waktu itu. Sangat sukar dan payah. Tapi ketika itu saya kuatkan hati untuk berhadapan dengan situasi itu. Benar kerana pada ketika itu saya tiada pilihan selain menjadi kuat untuk anak sendiri.
  • Ketika berbuka puasa pada hari yang sama, saya ceritakan pada encik suami.
  • Dan kami bersyukur bila Allah tarik nikmat nyawa anak kami daripada dia sengsara menanggung sakit yang tak mungkin dapat kami tanggung bersamanya.
  • Dan Allah Maha Tahu yang jiwa kami tak mungkin kuat untuk berhadapan situasi yang sama pada masa hadapan.
  • Dan lebih daripada segala-galanya Allah Maha Besar tarik nikmat anak ini kerana mahu beri ganjaran besar kepada kami. InsyaAllah.
  • Saya berdoa semoga dia bertabah hati dan semoga anaknya akan sihat selalu.
  • Saya pernah dimaklumkan bahawa anak yang demam terlalu panas akan menyebabkan sawan. Sekali sawan ini menyerang si anak, dalam siri demam yang akan datang sawan itu akan kembali semula.
  • Sawan yang tidak dibendung dengan betul boleh mengakibatkan kerosakan otak dan cacat kekal kepada si anak.
  • Dan sekiranya anak diserang sawan, jangan sesekali menggerakkan kaki atau tangan kerana dikhuatiri patah disebabkan ketika sawan menyerang semua anggota badan sedang mengejang. 
  • Dan saya difahamkan iringkan badan anak ke kiri supaya dia tidak tergigit lidah ketika diserang sawan. (Dan tip ini saya lakukan pada pukul 3-4 pagi 08042014 apabila sawan menyerang Inas, tapi itu sawan paling lama dan terakhir dalam jangka hayat 10.5 bulan dia dipinjamkan kepada kami)
  • Ya Allah, berilah sebesar-besar pahala kepada semua ibu dan bapa yang sedang Kau uji dan berikanlah hati yang kuat untuk semua ibu dan bapa menghadapi setiap ujianMu.
  • Sedikit perkongsian info tambahan.
  • Juga boleh dibaca di sini.
  • Pengenalan
    2 -5% kanak-kanak boleh mengalami sawan demam dan ini adalah sawan yang agak lazim berlaku.
  • Sawan demam biasanya berlaku pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun dan khususnya anak kecil yang baru bertatih (toddler).
  • Lebih kurang 1 dalam 25 orang kanak-kanak akan mengalami sawan demam sekurang-kurangnya sekali.
  • Sebahagian kanak-kanak (lebih kurang 30%) ini akan mengalami sawan demam yang berulang-ulang, terutamanya mereka yang mempunyai faktor-faktor risiko (lihat di bawah).
Diagnosa
  • Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas di kalangan bayi atau kanak-kanak kecil yang normal. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas doktor mendapati tidak ada punca-punca lain yang menyebabkan sawan selain dari suhu badan yang tinggi (biasanya melebihi 38ºC).

Tanda dan gejala
  • Anak akan tidak sedar diri atau tidak menunjukkan tindakbalas bila dipanggil.
  • Kedua-dua kaki dan tangan kejang atau tersentak-sentak.
  • Mata mungkin terbeliak ke atas.
  • Kadang-kala kekejangan atau sentakan hanya berlaku pada sebahagian anggota badan sahaja, seperti satu tangan atau satu kaki.
  • Sawan biasanya berhenti dengan sendiri selepas 2-3 minit atau kurang, dan jarang melebihi 10 minit. Bagaimanapun dalam kes di mana sawan melebihi 5 minit, kanak-kanak tersebut perlu di bawa ke klinik berdekatan secepat mungkin.
  • Semasa sawan, kanak-kanak mungkin tercedera (akibat jatuh) atau mungkin tercekik makanan/air liur di dalam mulut.
  • Kebanyakan kanak-kanak dengan sawan demam mengalami suhu badan tinggi melebihi 38.5oC.
  • Kanak-kanak dengan sawan demam tidak semestinya mendapat epilepsi (epilepsi atau "sawan babi" adalah kejadian sawan yang berulang-ulang dan tidak dicetuskan oleh demam).
  • Kebanyakan sawan demam berlaku pada hari pertama kanak-kanak demam.
Faktor-faktor risiko untuk sawan demam berulang
  • Usia muda (kurang daripada 15 bulan) semasa serangan sawan yang pertama.
  • Sawan terjadi sejurus selepas demam bermula atau bila suhu badan adalah normal.
  • Sejarah sawan demam di kalangan ahli keluarga terdekat (ibubapa dan adik-beradik).
  • Sejarah penyakit epilepsi (sawan babi) di kalangan ahli keluarga terdekat.

Comments

Popular posts from this blog

180 - PENGALAMAN: BILA ADA ULSER DALAM MULUT SOFEA

Bismillahirrahmanirrahim Baru-baru ni(Jumaat lepas) badan Sofea dedar-dedar..  Hari Sabtu pun sama. Bila malam badan jadi panas dan suhu meningkat ke 38++͎͒ Hari Ahad kami bawa ke klinik sebab beberapa kali air liur meleleh. Hari Ahad memang banyak klinik tutup maka kami tiada pilihan selain bawa ke satu klinik di Semabok.  Saya minta doktor periksa tekak sebab experience kakaknya selalu kalau demam ada tonsil di tekak. Dan kata doktor tekaknya merah sedikit. Doktor bagi ubat antibiotik. Hari Isnin saya notice ada bintik merah di dagu. Suhu badan 37 - 38 macam tu. Malam tu pulak meragam tengah malam. Tak mahu tidur atas katil. Saya perlu berdiri dan dukung bagi dia tidur. Bila saya duduk dia boleh sedar nak menangis. Dengan ayahnya pun tak mahu. Sampai 2-3 pagi tidur tak nyenyak. Minum susu pun tak mahu. Akhirnya pukul 4.00 pagi, mak saya bawa masuk tidur dalam buaian baru lena tidur. Hari Selasa saya terpaksa EL. Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. On the way  ke klinik

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula kepada pembekal. 26 keping x RM5 = RM130. Mulanya lebihan tiles ni nak pa

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah berdasarkan design yang dibuat dengan mengambil kira ukuran 22 x 40