Skip to main content

97 - HATI SEORANG IBU

Bismillahirahmanirrahim            
Assalamualaikum
  • Menjadi seorang ibu satu nikmat terbesar yang tidak dapat disangkalkan.
  • Beruntunglah kepada sesiapa yang menjadi ibu.
  • Menjadi seorang ibu, kita mahu beri yang terbaik kepada anak (anak).
  • Penat macam mana sekali pun, anak tetap menjadi keutamaan. 
  • Hebatnya seorang ibu apabila : 
  • Bertahan diri menempuhi fasa permulaan kehamilan yang ada ketikanya mencabar mental dan fizikal.
  • Menahan kesakitan dalam melahirkan si anak. Itu belum kira digaan pasca kelahiran.
  • Berjaga malam untuk memastikan anak cukup susu, cukup selesa dan cukup tidur.
  • Bangun di tengah malam untuk memastikan anaknya masih bernafas.
  • Tidak betah membiarkan fizikal anaknya digigit sang nyamuk.
  • Tidak tidur untuk menjaga anak yang sakit.
  • Bangun sewal pagi menguruskan sarapan dan persiapan sekolah anak siap tepat pada waktunya.
  • Berhabis duit untuk anak dari diri sendiri.
  • Pastikan keperluan si anak cukup lebih daripada dirinya.
  • Berpuasa ketika si anak menduduki peperiksaan penting.
  • Mendoakan si anak siang dan malam.
  •  Sebenarnya tidak cukup dan tidak terkira pengorbanan ibu dan bapa dalam membesar-besarkan anak-anak.Tiada kalkulator yang mampu mengira betapa banyak jasa ibu dan bapa. Infiniti.
    • Saya seorang ibu. Alhamdulillah.
    • Seorang ibu yang selalui mendahului hati dan perasaan dari akal fikiran.
    • Dan saya ini hanya manusia biasa. Sangat biasa.
    • Saya pernah risaukan anak saya tanpa berfikir dengan waras.
    • Ya saya risaukan Inas Sarah Affendi lebih daripada sepatutnya.
    • Saya menangis apabila mengenangkan dia seorang di sana.
    • Dia kesunyian di sana.
    • Dia sejuk di sana.
    • Dia tidur berdinding dan beralaskan tanah.
    • Jasadnya telah tidak sempurna ketika ini.
    • Ya, saya sedih memikirkannya. Sangat sedih.
    • Walaupun ada yang menasihatkan bahawa anak ini sedang bahagia di sana.
    • Dia dalam peliharaan Allah. Allah Pemelihara terbaik dari segalanya.
    • Dia di sana di dalam tanah, tempat asal kejadian manusia.
    • Tapi saya masih beremosi di sini. Dalam gelombang kesedihan yang sukar untuk surut.
    • Kerana saya tidak tahu Rahsia Besar Allah.
    • Saya tidak kuat.
    • Yang mengalami nasib seperti saya akan faham derita perasaan ini.
    • Cuma saya masih bukan sebahagian daripada mereka yang boleh tersenyum dengan seikhlas hati.
    • Saya menangis di sini tapi bila 'di sana' nanti saya manusia paling beruntung bertemu semula dan dipimpin ke Syurga oleh anak ini.
    • InsyaAllah masa itu akan tiba. Saya mahu rasa bila hati saya cukup besar dalam menerima kenyataan ini dengan selapang-lapang dada.
    • InsyaAllah dengan izin Dia. Dengan bantuan Dia. Dengan doa semua.

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...