Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Don’t judge a book by its cover . Itu kata-kata yang lazim kita dengar tidak terpakai semasa saya menjenguk satu kedai buku. Berdasarkan penelitian pada kulit buku inilah saya terpaut hati untuk membeli buku ini. Walau pun, pada awal tujuan kunjungan ke kedai buku untuk membeli buku Imaan dan mencari koleksi terbaru Andrea Hirata dan Pn Roza Roslan. Buku ini disusun oleh Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) dan mengandungi beberapa pendapat daripada mereka yang sangat rapat dengan anak muda ini. Tingginya martabat seorang ibu, buku ini dimulakan dengan c erita oleh Pn Nur Azlina tentang anak tunggal lelakinya dari lahir sehingga akhir waktu beliau dipanggil menyahut panggilan Illahi. Sungguh hebat jiwa seorang ibu. Dengan penuh tulus meredhai pemergian anak yang diharap menjadi sejarahwan dunia. Sangat saya terkesima dengan sifat mulia si ibu. Begitu juga besarnya jiwa seorang ayah yang merenca...
Cerita tentang keluarga kecil kami