Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
Assalamualaikum
- Pada pendapat saya, rumah yang berpagar amat memerlukan pemasangan loceng di rumah.
- Ini berdasarkan pengalaman peribadi.
- Rumah kami tidaklah besar mana, tetapi pada waktu awal-awal berpindah ke rumah sekarang pernah berlaku keluarga sebelah Encik Suami datang ke rumah dengan memberi salam TAPI kami di dalam langsung tidak mendengar panggilan dari luar.
- Padahal pada waktu itu, kami telah memasang loceng cuma tidak disedari/diketahui tetamu luar.
- Ini turut diakui jiran lain yang mereka juga tidak mendengar panggilan dari luar rumah mereka.
- Kami ini pun sebenarnya turut tidak menyedari kepentingan memasang loceng ni tapi masa di awal renovasi rumah, kawan saya yang mencadang dan memasangkan loceng tersebut yang pada asalnya tidak tersenarai dalam senarai wiring yang perlu dilakukan.
- Dan syukurlah ada kawan yang menunjukkan jalan yang lurus hehe.
- Di kawasan rumah kami tahap akses talian Celcom memang amat mendukacitakan. Memandangkan kami suami isteri menggunakan talian ini sejak sekian lama, memang sukar untuk kami mendapatkan panggilan luar yang jelas apatah lagi akses internet.
- Jadi cuba bayangkan jika talian telefon sukar ditembusi, panggilan dari luar rumah tidak didengari memang masalah jika berlaku hal-hal kecemasan.
- Di kawasan kejiranan saya, ada jiran tetangga yang tidak memasang loceng di rumah. Pernah terjadi beberapa kali saya mahu berkongsi rezeki dengan jiran-jiran tetapi salam kami tidak bersambut. Akhirnya selepas habis suara memberi salam, kami memilih untuk berkongsi dengan tuan rumah yang berada di perkarangan rumah.
- Dengan adanya loceng, kanak-kanak ribena gemar mengambil kesempatan dengan menekan loceng untuk mengajak Imaan bermain di luar. Pandai betul.
- Jadi secara peribadinya saya mengesyorkan kepada sesiapa yang belum dan mahu berpindah ke rumah baru mengambil kira kos memasang loceng di rumah.
Alhamdulillah,... masa saya pindah masuk rumah kami (rumah second hand), owner lama memang dah letak loceng dan tukar pagar cantek (bukan automatic), Alhamdulillah.. rezeki.. tak perlu nak pikirkan hal loceng lagi..
ReplyDeletetapi loceng ni memand sangat membantu. Jiran panggil dengan cara tekan loceng sahaja.. Memang mudah.. (Jiran tak bagi salam sebab india.. hehehe)..
Kan memang diperlukan. Tak payah tinggikan volume nak panggil tuan rumah.
Delete