Skip to main content

144 - KEPENTINGAN MEMASANG LOCENG BAGI RUMAH BERPAGAR

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/

  • Pada pendapat saya, rumah yang berpagar amat memerlukan pemasangan loceng di rumah.
  • Ini berdasarkan pengalaman peribadi.
  • Rumah kami tidaklah besar mana, tetapi pada waktu awal-awal berpindah ke rumah sekarang pernah berlaku keluarga sebelah Encik Suami datang ke rumah dengan memberi salam TAPI kami di dalam langsung tidak mendengar panggilan dari luar.
  • Padahal pada waktu itu, kami telah memasang loceng cuma tidak disedari/diketahui tetamu luar.
  • Ini turut diakui jiran lain yang mereka juga tidak mendengar panggilan dari luar rumah mereka.
  • Kami ini pun sebenarnya turut tidak menyedari kepentingan memasang loceng ni tapi masa di awal renovasi rumah, kawan saya yang mencadang dan memasangkan loceng tersebut yang pada asalnya tidak tersenarai dalam senarai wiring yang perlu dilakukan.
  • Dan syukurlah ada kawan yang menunjukkan jalan yang lurus hehe.
  • Di kawasan rumah kami tahap akses talian Celcom memang amat mendukacitakan. Memandangkan kami suami isteri menggunakan talian ini sejak sekian lama, memang sukar untuk kami mendapatkan panggilan luar yang jelas apatah lagi akses internet. 
  • Jadi cuba bayangkan jika talian telefon sukar ditembusi, panggilan dari luar rumah tidak didengari memang masalah jika berlaku hal-hal kecemasan.
  • Di kawasan kejiranan saya, ada jiran tetangga yang tidak memasang loceng di rumah. Pernah terjadi beberapa kali saya mahu berkongsi rezeki dengan jiran-jiran tetapi salam kami tidak bersambut. Akhirnya selepas habis suara memberi salam, kami memilih untuk berkongsi dengan tuan rumah yang berada di perkarangan rumah.
  • Dengan adanya loceng, kanak-kanak ribena gemar mengambil kesempatan dengan menekan loceng untuk mengajak Imaan bermain di luar. Pandai betul.
  • Jadi secara peribadinya saya mengesyorkan kepada sesiapa yang belum dan mahu berpindah ke rumah baru mengambil kira kos memasang loceng di rumah.

Comments

  1. Alhamdulillah,... masa saya pindah masuk rumah kami (rumah second hand), owner lama memang dah letak loceng dan tukar pagar cantek (bukan automatic), Alhamdulillah.. rezeki.. tak perlu nak pikirkan hal loceng lagi..

    tapi loceng ni memand sangat membantu. Jiran panggil dengan cara tekan loceng sahaja.. Memang mudah.. (Jiran tak bagi salam sebab india.. hehehe)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan memang diperlukan. Tak payah tinggikan volume nak panggil tuan rumah.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...