Skip to main content

145 - INI YANG KETIGA

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

  • Dah masuk Julai. Dah setahun memangku jawatan ni bersama Ummi Adnin.
  • Dah masuk 16 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu.
  • Alhamdulillah dah masuk kali ketiga ada nyawa dalam rahim saya.
  • Baru sekejap tadi menjenguk facebook terpandangkan status seorang kawan.
  • Sebak rasa hati kerana sebelum bangun sahur tadi saya termimpikan Anak Syurga ini.  
  • Anak Syurga ini sepatutnya akan menjadi kakak jika diizinkan Allah janin dalam rahim ini selamat dilahirkan hujung tahun ini.
  • Pengalaman mengandung sebanyak tiga kali tak jauh beza.
Imaan Maryam Affendi
  • Seingat saya hanya muntah sekali sepanjang mengandungkan Imaan itupun saya agak kerana salah makan.
  • Loya setiap pagi ketika memberus gigi. Itu sahaja.
Inas Sarah Affendi
  • Saya tidak muntah atau loya ketika pagi.
  • Badan sedikit letih.
XXX Affendi
  • Muntah sekali selepas makan ubat tanpa sarapan.
  • Letih yang amat sangat. Amat dan sangat.
  • Setiap hari malas sangat nak pergi kerja. Tapi tak pernah lagi cuti kerana alasan mengandung.
  • Trimester pertama, Encik Suami uruskan hampir semua kerja rumah. Masak basuh baju gosok baju kecuali lipat baju. 
  • Alhamdulillah telah masuk ke trimester kedua. Semoga berjalan lancar ke akhirnya.
  • Perlu sediakan persiapan mental kerana proses kelahiran dua anak sebelum ni sangat payah. Sebab itu saya wujudkan teori wanita yang mudah melalui proses kehamilan susah bersalin. Pengalaman melahirkan Imaan dan Inas memang sukar bagi saya. Entah macam mana yang ketiga ini. Selepas bersalin Imaan saya pernah beritahu Encik Suami, saya rela mengandung 10x tapi tak sanggup nak tanggung sakit bersalin.
  • Tapi itulah ajaibnya menjadi seorang ibu, sakit macam mana pun selepas melihat anak yang dilahirkan selamat keluar dari rahimnya terus kita lupa betapa sakitnya contraction nak keluarkan khalifah Allah itu.
  • Persamaan mengandungkan tiga anak hanya satu. Sepanjang kehamilan saya SUKA SANGAT melayari dunia masakan melalui internet. Saya rajin menonton rancangan masakan. Dan kini kegilaan saya menonton saluran AFC di 703 atau 727 (Food Network). Paling saya suka menonton Giada At Home dan Anna Olson. Sesekali Best In The World rancangan yang memaparkan makanan setiap negeri di Malaysia. Rasa heavennya.
  • Sepanjang kehamilan memang rancangan masakan dan hiburan jenaka yang boleh diterima minda selepas otak dah tak boleh terima lambakan drama melayu yang semakin susut nilai moralnya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...