Skip to main content

13 - PENGALAMAN BERSALIN KALI KEDUA



Assalamualaikum.

  • Pengalaman bersalin anak pertama menjadi panduan untuk ummi kali ini.

  • Malam itu 26/5/2013, ayah bergurau senda dengan kakak di ruang tamu. Ketika mahu bawa kakak tidur dalam pukul 11 malam, ummi rasa lain macam. Trimester terakhir memang kerap sakit belakang dan penghujung trimester ummi memang penat bawa perut. Ramai teman di pejabat melihat kandungan kali ini lebih besar dan ada menjangkakan ummi mengandung bayi kembar.

  • Sebelum tidur ummi dapati terdapat tanda darah. Ummi mula cuak kerana pengalaman pertama berbeza kali ini. Pinggang mula rasa sakit. Dalam pada itu ummi juga risaukan kakak yang tidak pernah tidur berjauhan dari ummi. Malam itu juga, ummi ayah kakak dan mak bergerak ke rumah mak ngah. Dalam melekakan kakak di rumah mak ngah, senyap-senyap ummi  ayah dan pak ngah bergerak ke hospital. Kali ini memang ummi tidak sediakan air selusuh kerana cukup dengan review minyak kelapa dara Tanamera.

  • Ummi dibawa ke wad bersalin. Alhamdulillah kali ini sakit bersalin ayah sendiri yang menemani ummi ke hospital. Pemeriksaan serviks mendapati bukaan baru 2 cm. Ummi diminta salin baju dan untungnya malam itu, keadaan di wad bersalin agak lenggang berbanding 2 tahun lepas. Pemeriksaan CTG dikawalselia oleh 2 orang doctor muda. Dalam pukul 1, kontraksi telah bermula setiap 5 minit. Seorang matron menawarkan injection tahan sakit tapi sayang ianya tidak berfungsi dengan baik. Sepanjang malam dan pagi itu, ummi tidak dapat tidur. Sayangnya kali ini ayah tidak berpeluang menemani ummi.

  • Pukul 6 pagi, ummi dimasukkan ubat untuk membuang najis kerana akan dipindahkan ke kamar bersalin. Bukaan ketika itu baru 3-4 cm. kontraksi masih sama. Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Pengalaman lalu menjadikan ummi lebih berhati untuk tidak menjerit. Zikir dan doa tidak putus-putus meniti tetapi sakit makin menjadi-jadi. Ummi kira dalam pukul 7, doctor datang pecahkan air ketuban.

  • Kalau ketika mahu bersalinkan kakak ummi meraung sakit tapi tidak mampu menangis. Tapi kali ini ummi menangis kerana tidak mampu menanggung sakit. Keadaan ummi kali ini, menyebabkan ummi ditawarkan gas penenang. Dan pada masa itu baru ummi tahu, wujudnya gas penenang untuk ibu bersalin. Teknik yang salah menyebabkan gas tersebut tidak membantu. Siapa kata bersalin kali kedua lebih senang?

  • Menghidu gas ini menyebabkan kita khayal. Tapi ketika kontraksi datang, kesakitan tetap dirasai Cuma kita dapat rasa ia berkurangan berbanding tanpa gas. Dalam khayal juga ummi antara sedar dengan tidak ketika doctor mengarahkan ummi supaya meneran. Ummi dapat dengar setiap butir kata doctor dan nurse supaya teran dan jangan angkat punggung. Ummi dapat dengar dengan baik ketika adik dilahirkan ketika ummi diminta menyatakan jantina adik. Malahan sehingga bahagian perineum dijahit, ummi masih lagi menyedut gas. Jahitan kali ini lebih lama dan sakit. Ketika ummi menceritakan kisah menyedut gas ini, ramai yang kagum kerana ummi kuat untuk melahirkan secara normal biarpun tempoh sedutan gas dikira agak lama. Pada masa di kamar bersalin baru ummi realize begini rupanya perasaan orang yang ‘lalok’.

  • Setelah dibersihkan, pagi itu kamar bersalin mula penuh dan kerana tiada wad kosong, selepas tengahari baru ummi dipindahkan ke wad biasa. Kali ini ummi ditempatkan di wad kelas 1 bersendirian.  Mujur juga kerana petang itu, ketika ayah membawa ummi ke bilik air, habis darah berciciran di lantai.

  • Petang waktu melawat, tidak sabar berjumpa dengan buah hati si Imaan Maryam yang telah rasmi menjadi kakak. Lama menunggu kakak datang kerana kakak perlu dikejutkan dari tidur petang itu. Letih kerana malamnya kakak tidak tidur lena. Semasa kaum keluarga sampai, kakak takut untuk mendekati ummi. Takut melihat wayar di tangan ummi. Malahan ketika mahu pulang, takut untuk salam ummi. Malam itu, rasa sunyi dengan hanya bertemankan adik. Malam itu adik tidur lena dan sesekali bangun. Pukul 3 lbh ummi sudah tidak boleh lelapkan mata. Berdoa supaya cepat siang dan mahu pulang. Pukul 4 pagi ummi perlahan-lahan mengemas barang untuk pulang.

  • Pengalaman kali ini keadaan lebih bersistematik. Ketika adik dimandikan nurse, ummi bergegas mandi ala kadar. Nasib baik kali ini, gelang adik masih di tangan. Pasti ayah tersenyum kerana tidak perlu turun naik seperti pengalaman kakak dulu.

  • Alhamdulillah, kerana bersalin normal, petang itu ummi dibenarkan pulang ke rumah. Sampai di rumah kakak kelihatan pelik melihat ummi pulang dengan adik. Awalnya kakak tidak mahu  dekat tetapi selepas dipujuk baru kakak mahu dipeluk dan dicium. Dan Alhamdulillah malam pertama di rumah mak adik tidur dengan nyenyak tidak seperti kelahiran kakak dahulu.

  • Adik kakak kami sepakat namakan : INAS SARAH AFFENDI.


Comments

Popular posts from this blog

24 - TINDAKAN PERTAMA DAPAT KUNCI RUMAH BARU

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum.

 Ini apa yang kami buat selepas terima kunci rumah. Masuk rumah baca bismillah. Bagi salam. Lebih baik laungkan azan di setiap penjuru rumah. Kira berapa plug point yang dibekalkan pemaju. Biasanya memang limited. Dan kita kena kira berapa banyak lagi yang perlu kita tambah.Selepas tu, kami pergi Syarikat Air untuk pasangkan meter air. Masa pergi Syarikat Air,dokumen kena bawa seperti salinan kad pengenalan, salinan SNP. Macam kami, pemaju dah siap fotostatkan page mana berkaitan dan borang F serta duit pendaftaran yang secukupnya. Di Melaka kos pemasangan dan deposit cagaran air berjumlah RM110.00.Bila air dah ada, pastikan tangki telah dipenuhi air dan periksa keadaan rumah kot2 kalau ada defect. Kalau ada sila isi borang yang pemaju sediakan dan buat laporan segera. Lepas pemaju perbaiki defect yang ada baru boleh buat renovatioan, otherwise diorang takkan layan sebab nanti diorang claim defect berlaku atas kecuaian kontraktor ubahsuai yang…

180 - PENGALAMAN: BILA ADA ULSER DALAM MULUT SOFEA

Bismillahirrahmanirrahim

Baru-baru ni(Jumaat lepas) badan Sofea dedar-dedar.. Hari Sabtu pun sama. Bila malam badan jadi panas dan suhu meningkat ke 38++͎͒Hari Ahad kami bawa ke klinik sebab beberapa kali air liur meleleh. Hari Ahad memang banyak klinik tutup maka kami tiada pilihan selain bawa ke satu klinik di Semabok. Saya minta doktor periksa tekak sebab experience kakaknya selalu kalau demam ada tonsil di tekak. Dan kata doktor tekaknya merah sedikit. Doktor bagi ubat antibiotik.Hari Isnin saya notice ada bintik merah di dagu. Suhu badan 37 - 38 macam tu. Malam tu pulak meragam tengah malam. Tak mahu tidur atas katil. Saya perlu berdiri dan dukung bagi dia tidur. Bila saya duduk dia boleh sedar nak menangis. Dengan ayahnya pun tak mahu.Sampai 2-3 pagi tidur tak nyenyak. Minum susu pun tak mahu. Akhirnya pukul 4.00 pagi, mak saya bawa masuk tidur dalam buaian baru lena tidur.Hari Selasa saya terpaksa EL. Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. On the way ke klinik saya perasan ada u…