Bismillahirrahmanirrahim Tahun ini pada 08.04.2018, genap empat tahun Inas Sarah Affendi kembali ke Rahmatullah. Bulan depan genap umurnya 5 tahun. Kejap masa berlalu. Masih lagi mengenangkan betapa hebat perancangan Allah untuk memilih kami menjadi ibu bapa yang kehilangan seorang anak. Setiap kali terbaca kisah ibu-ibu yang kehilangan anak kecil di media sosial, saya cuma mengangguk faham tentang rasa sakit rasa pedih kehilangan anak. Ramai antara kita mampu bersedih membaca kisah orang tetapi tidak ramai yang benar-benar faham tentang rasa perit tersebut. Malam 08.04.2018, saya menulis sedikit kata-kata doktor dan jururawat pada tarikh 08.4.2014 di dalam Facebook . Saya menulis bukan untuk menagih simpati tetapi berkongsi apa yang telah dialami empat tahun lalu. Rupa-rupanya pada malam yang sama, ayah Anak Syurga ini menahan sebak ketika membacakan Yaasin untuk anak kecilnya. Malam itu, airmata seorang ayah gugur di depan keluarga kecilnya hanya kerana teguran si sulung