Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
Assalamualaikum
- Di belakang rumah kami ada sedikit ruang tanah untuk bercucuk tanam.
- Itu semua kerja Encik Suami.
- Takde lah banyak yang ditanam. Masih boleh ditambah sekiranya Encik Suami ada kelapangan masa. Saya memang fail bab menanam ni. Cuma rajin mencabut rumput je.
- Ini sebahagian tanam-tanaman yang menjadi.
- Pokok terung ni Encik Suami ambil benih daripada rumah adiknya. Termasuk daun pandan dan serai.
- Excited pula bila terung ni menjadi.Lepas ni boleh buat sambal ikan bilis. Biasa kalau ada balance saya akan buat cecah lempeng bawa sarapan ke pejabat.
- Ini pokok limau purut kedua. Sebelum ni memang ada tanam pokok yang sama tapi entah apa silapnya pokok tu tidak menjadi,mungkin dimakan ulat. Jadinya Encik Suami tanam di lokasi berbeza.
- Pokok cili ni comel je tapi dah banyak berbuah, dah beberapa kali hasilnya digunakan dalam masakan.
- Ada beberapa tanaman yang tidak menjadi sebelum ini. Seperti pokok limau purut dan limau kasturi di bawah. Lama pokok-pokok ni layu. Dan lately pokok ni mula mengeluarkan daun. Biarkan dulu mana tau nanti menjadi balik ke kan.
- Dan ini pokok daun kunyit yang ditanam. Asalnya subur lepas tu rosak sedikit demi sedikit. Saya minta Encik Suami cabutkan sahaja. Dan semalam baru saya perasan anak kunyit ni tumbuh semula tetapi dicabut si Imaan Maryam.
- Kat rumah ni dulu ada tanam ciku, rambutan dan mangga. Bila dialih di luar rumah habis semuanya kena mesin orang dan lokasi pokok ciku hari tu terpaksa dibuang kerana SAMB nak betulkan paip.
- Dalam kawasan rumah ni masih ada pokok delima dan limau yang Encik Suami belum pindahkan ke atas tanah. Harap menjadi la ye.
Comments
Post a Comment