Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

93 - DOA UNTUK KEKASIH

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum

ANALOGI :
Semua ibu sayangkan anaknya. Menatang bagai minyak yang penuh. Seorang ibu sanggup meredah lautan api demi seorang anak. Seorang ibu sanggup buat apa sahaja untuk beri yang terbaik untuk si anak. Itulah ibu. Hanya yang telah diberi rezeki menjadi ibu akan faham situasi ini. Walau bagaimanapun, memanjakan anak itu perlu berpada-pada kerana kasih sayang bukan satu pelaburan semata-mata. Tetapi ia terlalu luas untuk dirungkaikan. Sebagai ibu kita diberi amanah untuk melahir, mendidik dan membesarkan anak itu dengan penuh tanggungjawab. Sebab itu tidak semua kemahuan si anak mesti dituruti. Contohnya apabila si anak meminta sesuatu, tidak semestinya kita turuti. Mungkin kita penuhi kehendak itu apabila si anak berjaya mencapai sesuatu dalam hidupnya.


Begitulah hidup ini, tidak semua yang kita minta kita mohon akan dikabulkan serta merta.Bukan untuk dibandingkan antara kita si Pencipta tetapi analoginya lebih kurang begitu. Sebab itu…

92 - INAS - JEJAK TERAKHIR

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum
Menulis tentang Inas bukan perkara senang. Memikir, menyebut, menulis atau apa sahaja yang berkaitan tentangnya menyebabkan kolam air mata bertakung, dada rasa terbeban dengan rasa sedih.Minggu lepas ketika berkesempatan untuk melayari (is it the right word?) facebook, saya menerjah ke kumpulan susun atur yang saya sertai. Dalam pada itu, saya tertarik akan satu post berkaitan gambar tapak kaki bayi yang diwarnakan dan dicop di atas kertas dan dibentuk seperti rama-rama lalu diframekan. Sangat kreatif dan cantik.Lalu terlintas ketika itu, untuk saya abadikan hadiah teristimewa yang saya terima daripada pihak hospital pada 08042014 yang pernah saya ceritakan di sini.Saya masih ingat dengan jelas saat Puan Ketua Jururawat menarik tangan saya di luar Isolation Room dan menyerahkan bingkisan itu kepada saya. Katanya, 'Ini sahaja yang pihak hospital boleh lakukan dan nanti puan framekan untuk kenangan.' Lebih daripada ucapan terima k…

91 - REZEKI KITA TIDAK SAMA

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum
Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan selama ini. Pandang kehijauan bumi. Hayati butir pasir di atas tanah. Dari tanah kita diwujudkan ke dalam tanah kita akan ditempatkan semula. Jangan menongkat dunia. Jangan sesekali kerana ia akan memakan diri dengan beribu ketidakpuasan hati.Bercakap tentang rezeki. Itu bukan urusan kita. Apa yang kita miliki itu rezeki yang telah ditetapkan. Rezeki ini subjektif. Rezeki kesihatan. Rezeki anak. Rezeki kemewahan. Rezeki berjawatan. Dalam kategori apa pun rezeki yang kita perolehi, BERSYUKURLAH.Saya jika diberi pilihan saya pilih rezeki ini menurut keutamaan :Rezeki untuk hidup sihat.Rezeki anak yang sihat.Rezeki wang ringgit. Saya telah melalui fasa kehilangan anak. Ia sangat sukar untuk dilalui sehingga kini. Dan ia mengajar saya tentang hidup tentang erti syukur tentang erti rezeki. Dan ada orang beruntung untuk miliki semuanya dan ada orang hanya menikmati sebahagiannya. Bahagian saya Allah …

90 - AMALAN 5S DI BILIK KERJA SENDIRI

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum

Waktu rehat hari jumaat kan agak panjang. Minggu lepas ambil masa untuk mengaplikasi fahaman 5S di bilik sendiri. Teruk betul tengok keadaan bilik.Jom kemas.  Sisih apa yang sepatutnya disisih.
Dan sapu. Dan susun semula.

89 - GBSB SHARODZ SELEPAS 15 TAHUN

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum


Semalam 7 Jun 2014, kami berkumpul. Hanya 9 keluarga. 2 keluarga tarik diri pada saat akhir atas masalah lain. Dan yang lain memang dari awal tidak boleh beri komitmen.Discussion untuk buat gathering cuma dalam group whatsapp.9 daripada kami :SayaPuan Noorfaizah  Puan Rabiah Puan Zaidah  Puan Zurah Puan Siti Nadia  Puan RohanaPuan Nurfadillah Puan Fathiah Ini perjumpaan semula selepas 15 tahun. Kami memilih tarikh ini sempena cuti sekolah kerana ini masa yang sesuai masing-masing berkumpul disebabkan ada yang menetap di luar Melaka.Heboh gamat dengan perangai anak-anak dan mak-mak. Ayah-ayah di luar membakar ayam dan hotdog. Mak-mak di dalam susun makanan. Kami membuat potluck untuk jimat masa dari memasak. Oh ya, terima kasih kepada penaja lokasi Puan Nadia dan Encik Husry. Walaupun Husry unable to join us due to other commitment tapi kami enjoy. Auni Khadijah anak mereka punyalah petah bercakap. Cuma Aisyah yang tak mahu berenggang den…

88 - RINDU SANGAT

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum
Lately, bila teringat pada Anak Syurga kami rasa rindu sangat.Perasaan yang tak boleh dikawal.Saya masih belum berupaya untuk melapangkan hati menerima semua ini.Setiap kali teringatkan dia, saya menangis. Saya rindu sangat pada Inas Sarah Affendi.Dahulu saya rasa saya boleh kawal rasa rindu ini. Kali ini tidak, cepat sangat airmata mengalir bila teringatkan dia.Semalam saya ke Secret Recipe menempah kek untuk reunion teman sekolah. Ia mengingatkan saya tentang Inas. Kurang 3 hari sebelum Inas pergi, kami keluar makan di situ. Adik, ummi rindu sangat kat adik.Ya Allah, kuatkan hati yang lemah ini.

87 - MUHASABAH DIRI

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum
Beberapa minggu lepas ada tajuk Muhasabah dan Mujahadah oleh Ustazah Norhafizah Musa. Selama ni selalu dengar suara beliau di radio. Tak tahu bagaimana rupanya. Bulan lepas kot baru mengenali rupa paras beliau semasa menonton 3 Ustazah di Astro. (Saya ni jarang tengok tv)Ada dua perkara je saya tertarik sebab yang lain tu tak fokus sebab mendengar sambil memandu dan selebihnya tak dapat dengar bila sampai taska Imaan, Imaan request nak dengar CD. Bila dengan anak, mesti akan kalah.Pertama, bila beliau membangkitkan tentang ketidakpuasan kita dalam bekerja. Beliau memberi contoh bagaimana kadang-kadang kita mengeluh penat bekerja. Contoh kerjaya ialah guru. Sibuk mengajar, sibuk dengan pelbagai aktiviti murid dan kadang-kadang masa hujung minggu pun terpaksa dikorbankan atas tiket tanggungjawab kepada murid. Tatkala mendengarnya saya tergamam. Terkena batang hidung sendiri. Kawan-kawan yang rapat tahulah yang saya pernah luahkan mahu men…