Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

105 - RUANG TAMU YANG SEDERHANA

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum
Ruang tamu kami kecil je.Hiasan sederhana sahaja. (Sebenarnya tak pandai menghias kikiki)Asal kemas itu paling penting.  Kalau tengok takde apa pun yang mahal. Semua ni beli masa nak kahwin dulu kecuali beberapa item kecil seperti bingkai gambar dan karpet.Sebab motif hidup untuk tidak banyak hutang, semuanya kami beli secara tunai. Bukan banyak duit, tapi sebelum tu dah siap menyimpan awal.Nak cerita pasal perabot memang beli kedai biasa je pun. Takdenya la standard ikea ke lorenzo ke fella design ke.Tivi dan beberapa peralatan elektrik yang lain saya beli di kedai Panasonic di Jalan Munshi Abdullah. Semua electrical items di rumah yang berjenamakan Panasonic memang kami beli di kedai ni je. Kalau beli mesti dapat free gift (suka sangat tu). In fact camera yang digunakan untuk tepek gambar dalam blog ni pun camera free gift daripada Panasonic.Frame tu pun encik suami beli ikut suka dia. Hampir semua frame dalam rumah memang dia je yang …

104 - PEPERIKSAAN

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum
2 minggu lepas Saya Yang Menurut Perintah telah diarahkan mengetuai kumpulan pengawas satu peperiksaan jabatan.Berada di depan dewan peperiksaan, saya melihat setiap seorang menjawab kertas peperiksaan masing-masing. Saya mengimbau zaman bergelumbang dengan buku dan kertas peperiksaan. Zaman yang sangat stress.Peperiksaan = stressMenanti keputusan = double stressSaya ingat dulu semasa diploma, saya perlu ambil paper Microeconomy. Dek kerana terpengaruh dengan cerita latarbelakang si pensyarah dan ketidakbolehan saya cope dengan cara ajaran beliau, saya memilih untuk drop paper pada semester itu. Semester berikutnya saya mengambil paper itu semula dan terpaksa drop paper Business Law pula (konon nak maintain pointer). Senang cerita pada semester ketiga saat teman sebatch selesa dengan bilangan paper mengikut silibus yang telah ditetapkan saya ketinggalan satu paper. Masa tu dah rasa macam tak best sebab rasa ketinggalan satu tangga di be…

103 - TAMAN MINI FASA 2

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum
Dulu saya pernah berkongsi idea di sini. Sebenarnya takde progress sangat pun.Entah saya tidak suka dengan rumput yang ada. Sebenarnya saya tak puas hati dengan rumput tu. Kerja yang sangat ala kadar.Jika dijejak atas tanah tepi rumah kami ni memang tidak rata. Sebab diorang cuma  letak rumput atas tanah semata-mata. Suppose ratakan kot dulu tanah tu. Dah berbukit bukau berbonggol-bonggol struktur permukaan tanah rumput kami.Dan selepas nasi menjadi bubur barulah saya terajin mengexplore sedikit ilmu pengetahuan tentang rumput ni.Kena admit juga salah kami yang tak kaji dulu pengetahuan berkaitan ilmu alam ni. Natijahnya, memang rasa rugi dengan hasil sebelum ini. Ada cadangan untuk tanam rumput karpet. Tapi tetiba berminat pula dengan rumput mutiara. Jadinya buat masa ini masih review pendapat umum tentang jenis kedua-dua rumput.Sedang juga mengira bajet. Kos untuk tambah tanah. Kena pastikan kualiti tanah dan rumput sebab ada kes kualiti tanah j…

102 - SALAM EID MUBARAK

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum

Sudah hampir separuh Syawal telah berlalu.Tetapi masih mahu ucapkan Salam Eid Mubarak.Bagi kami Syawal kali ini amat biasa. Tiada yang istimewa. Ikutkan encik suami tak perlukan apa-apa persiapan. Memang tidak terasa kemeriahannya. Malahan kami bersiap ala kadar. Hanya beria untuk persiapan Imaan Maryam. Saya hanya beli sepasang baju kurung pada waktu last minute setelah dapat mengenalpati saiz baju si kakak. Susah sangat nak cari baju yang muat. Jika ada yang berkenan mesti tak muat.Saya bukan brand oriented. Maka saya boleh terima apa-apa jenama sekalipun.Tahun ini tahun pertama beraya di rumah sendiri. Jangkaan awal memang mahu sambut meriah, mahu adakan open house.Manusia merancang. Tapi Allah tetap the best planner. Atas sebab itu, tiada open house yang diadakan. Hanya jemputan keluarga terdekat sahaja.Malahan tidak banyak gambar raya tahun ini. Hanya pagi raya di Alor Gajah saja sempat bergambar. Itu pun si kakak kejap mahu kejap tidak mahu…

101 - INAS - SETELAH EMPAT BULAN

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum
Hari ini genap empat bulan Inas pergi.Tapi ingatan kepadanya masih tetap utuh.Ramadhan yang lepas Ramadhan yang sukar bagi saya.Dan Alhamdulillah berkat Ramadhan kami berjaya lalui sehingga akhir dengan baik.Berkat doa, hati semakin redha menerima kehilangan ini.Awal Syawal hampir setiap hari kami mengunjungi rumah baru adik.Biarpun tidak diraikan bersama tiada persiapan untuk adik kecuali doa, dan kami hanya gantikan batu baru yang dicat putih di keliling rumah adik.Awal tahun ini, saya fikir akan sambut Syawal bersama anak-anak. Dan saya jangka adik sudah boleh berjalan kerana 1 Syawal 1435H, adik sepatutnya berumur 1 tahun 2 bulan. 1 Syawal 1433H, kakak Imaan sudah bertatih ketika itu walaupun baru mahu melangkah ke usia 11 bulan.Lain anak lain pengalamannya.Lain ibu lain pengalamannya.Kehilangan anak juga satu pengalaman yang sangat lain untuk dilalui.Ya, ini bahagian saya di dunia ini.Begitu juga  bahagian kita berbeza di dunia sat…