Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

110 - POKOK BUNGA AYAH AFFENDI JR

Bismillahirahmanirrahim                   
Assalamualaikum
Flora yang ada di rumah kecil kami semuanya hasil kerja tangan Encik Suami.Sejak ada rumah sendiri baru terserlah kerajinan beliau dalam bab alam tumbuh-tumbuhan.Taman mini masih dalam perancangan. Quotation rumput dah dapat. Boleh tahan.. Hold dulu pasal tu. InsyaAllah tetap akan dilaksanakan.Dan ini flora di depan rumah yang belum berpasang jubin itu. Sudut ni berdepan bilik utama dan asalnya kawasan tanah. Tapi kami minta orang simenkan sebab kami nak letak kerusi rehat kayu.  Eh takde gambar nak tunjuk. Nak beli gazebo, rasa macam tak berbaloi (mahal). So, kita beli yang ni je la. Dalam RM1,300.00 kot. Kilangnya kat Bukit Rambai. Payung tu request warna hijau, diorang hantar warna maroon plak. Tertukar dengan rumah lain. Accept je la.Pasu yang beratur tu, semua ros jepun.Dan masa pakcik nursery datang tengok condition halaman kami, dia sempat menjengah corner baru ni.Katanya takde rumput ori, rumput palsu pun jadi la. Hihi. …

109 - AND THE MOUNTAINS ECHOED

108 - IMAAN MARYAM AFFENDI

Bismillahirahmanirrahim                   
Assalamualaikum 

22092011 hari yang penuh payah
Petang itu 1404 kamu selamat dilahirkan
Selepas 12 jam menanggung kesakitan yang luar biasa
Kamu permata hati ummi dan ayah
Kamu si penghibur Inas Sarah
Kamu yang pertama
Buah cinta kami berdua
Selepas tiga tahun
Doa ummi dan ayah tetap sama
Mengharapkan rahmat Allah sentiasa di sisimu
Semoga Allah memelihara imanmu, akhlakmu, auratmu dan akidahmu
Imaan Maryam Affendi 
Ummi doakan imanmu seteguh Maryam binti Imran
Ummi doakan kejayaan akan mengiring perjalanan di dunia dan akhirat
Jadilah anak yang solehah
Hamba Allah yang zuhud
Ummi harap Allah membantu kami mendidikmu
Melengkapi kamu dengan ilmu agama
Menjadi seorang yang luar biasa
Supaya kita bersama-sama mudah melintasi SiratulMustaqim
Untuk bertemu puteri syurga kita
Inas Sarah Affendi

Imaan Maryam Affendi binti Mohd Azrul Affendi
Selamat ulang tahun ketiga
Kasih sayang menggunung tinggi untukmu selamanya
Saksama seperti rasa untuk adikmu


107- INAS - RINDU

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum

SATU
Ada satu kali ketika sedang makan malam di rumah menunya ayam paprik. Entah macam mana ketika terpandangkan lobak merah fikiran saya menerawang teringat momen-momen saya menyediakan bubur lobak untuk Inas. Tiba-tiba airmata saya meluncur laju. Rindu datang dengan tiba-tiba. Rindu mengingatkan apabila balik taska, ketika saya sibuk siapkan menu makan malam, encik suami akan entertain anak-anak. Rindu mengingatkan bila kami pula makan malam, si Inas tidak duduk diam di dalam walker.Dan malam itu, ketika saya menangis menyuapkan nasi ke mulut, Imaan yang berada di kerusi sebelah bangun beralih ke belakang kerusi dan peluk saya.Itu pertama kali saya menangis di depan rezeki. Dek kerana rasa rindu yang amat sangat.DUA
Ada satu pagi Jumaat. Bulan Ogos. Saya kira dalam pukul 3-4 pagi saya terjaga daripada tidur. Rasa rindu pada Inas bertandang dengan tiba-tiba. Memori saya kembali pada malam terakhir hayatnya. Hati saya diselubungi rasa pil…

106 - BILIK ANAK LAGI

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum
Ini entri tentang bilik anak. Penambahbaikan kepada entri ini. Saya pernah up kan dalam FB KSSA. Ada komen yang membina tapi tidak terlaksana contohnya seperi langsir.Belum lagi nak tukar kain. Nanti lah.Terdapat perubahan pada susun atur dalam bilik ini. Buaian anak + carseat+carrier saya alihkan di belakang katil bersebelahan playpentermasuk kotak merah tu ada mainan.
Juga terdapat tambahan aksesori.Bingkai gambar di bahagian tengah ni adalah gambar raya kami berempat pada 2013. Dan di kedua-dua sisi adalah gambar raya Inas tahun 2013 dan gambar 2014. Encik suami cetak di kedainya.Meja biru di atas sebenarnya kakak saya bagi. Atas meja tu siap attach dengan buku bergambar. Tapi masa Imaan Maryam setahun lebih habis dikoyakkannya buku tu. Sekarang tinggal tapak buku je. Bilik ini memang dedicated untuk Inas Sarah Affendi. Sebab setiap kali merujuk kepada bilik ini kami panggil bilik adik. Kami selalunya akan bacakan Yaasin di bilik ini…