Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

162 - BUKU - TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK

161 - KITAR SEMULA BOTOL

160 - ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Bismillahirahmanirrahim
Semalam ulang tahun perkahwinan kami. Tiada celebration. Tiada mood nak berjalan atau keluar makan. Pregnancy kali ni memang tak larat nak berjalan. Cuma plan untuk buat kek. Encik Suami kata buatlah hujung minggu nanti. Biasanya bila tarikh ulang tahun saya akan bercuti. Tahun ni tidak. Sibuk dengan tugas pejabat.Kami laki bini memang tak romantik. Lagi2 Encik Suami. Memang takde surprise. Haha. Yang surprise dia wish saya 2 hari lebih awal. Lelaki. Biasa kalau lupa dan salah tarikh. Hahaha.Suami saya mungkin tidak romantik dalam meluah kata-kata. Tapi dia sahabat baik saya. Dia pendengar yang setia. Dia lelaki yang mampu bersabar dengan karenah isteri dan anak-anak. Dia lah pembantu saya menguruskan rumahtangga. Dia sanggup belajar memasak bila saya keletihan membawa anak dalam rahim ini. Dia menguruskan kerja rumah bila saya lewat sampai ke rumah. Saya cuma berdoa dan berharap usia perkahwinan berkekalan sampai ke Syurga. Saya mahu dia sebagai peneman di Syur…

159 - MYCYBERSALE2015 - BUKU

Bismillahirahmanirrahim
Jumaat lepas masa surfing internet entah dekat laman sesawang mana saya terpaut pada link mycybersale2015(malaysia's biggest online sale).Dalam banyak list yang ada, ada beberapa yang menarik minat dengan kadar potongan yang mengiurkan. Hehe. Tapi saya cuma sempat dan membeli belah secara online pada bookcafe.com.Lama tak membeli buku. Dengan tawaran harga yang mencairkan hati saya beli 14 buah buku. Ikutkan hati macam-macam mahu dibeli tetapi memandangkan bulan ni dah banyak spend untuk pelbagai expenses, maka kenalah berpada-pada dalam berbelanja. Lagipun, jangan tamak ada lagi buku dalam stok belum terbaca.Proses kehamilan kali ini saya agak malas berjalan. Jadi banyak belian dibuat secara atas talian termasuk persiapan barang bayi. Walau pun, berdekatan dengan office ada je mum and baby fair.Untuk belian buku ini,saya buat tempahan dan bayaran pada petang Jumaat lalu dan buku-buku ini selamat sampai ke pejabat pada hari Isnin. Perkhidmatan yang pantas da…