Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

86 - SUSUN ATUR BILIK BACAAN/BILIK PELBAGAI GUNA

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum
Saya pernah menulis tentang bilik ini di sini.Dan memandangkan kebetulan ada cabaran dari Puan Fizah untuk Mei dan Jun 2014, saja la join suka-suka. Link penaja hadiah ialah
http://mylifeconcerto.blogspot.com/. Menarik hadiah yang ditaja tu. Kalau menang memang best, tak menang takpe. Rezeki masing-masing kan. Kita cuma berkongsi cerita.Tidak banyak yang dibuat memandangkan kos yang terhad. Heh (^_^)Bilik ini sempat disiapkan semasa Inas masih ada bersama-sama kami. Malahan ada item yang dibeli semasa penghujung hayat si kecil ini.Dulu saya kata ia bilik pelbagai guna. Sehingga sekarang fungsinya tetap sama. Bilik solat, bilik penyimpanan barang, bilik aktiviti dan bilik bacaan.Bilik ini juga lokasi encik suami membacakan yassin untuk anak Syurga kami. Di bilik ini saya menjalankan aktiviti membalut kotak. Kotak menyimpan wayar, kotak menyimpan kerongsang, membalut fail lama sama ada secara sendirian ataupun bersama anak-anak.
Gambar di …

85 - INAS - KERAIAN YANG TIDAK DAPAT DIRAIKAN

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum

INAS SARAH AFFENDI (27/05/2013 - 08/04/2014)
27 Mei : Pada tarikh ini setahun yang lalu saya bersusah payah melahirkan anak syurga ini. Tepat pada jam 8.59 pagi.Tapi 27 Mei 2014, anak ini sudah tiada dalam pelukan kami.10 bulan bukan tempoh masa yang lama. Tapi sudah tertulis setakat itu tempoh pinjaman adik kepada ummi dan ayah.Ummi tidak mahu menangis menyesali apa yang terjadi. Walaupun ada terlintas di hati untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada hospital. Memikirkan yang ianya hanya memanjangkan rasa kecewa yang tiada kesudahan ummi perlu muhasabah apa yang terjadi hanya sebab sedangkan sudah nyata semuanya sudah ditentukan sebelum kamu lahir dari rahim ummi.Kadang-kadang terdetik di hati rasa bangga kerana ummi dipilih melahirkan seorang anak Syurga. Melihat semua foto kamu membuat ummi terfikir betapa anak secomel kamu telah dipilih Allah menghuni Firdaus Allah dengan begitu mudah. Beruntungnya anak ummi. Bertuahnya Inas Sara…

84 - MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum

Dua minggu lepas saya telah tempah cd sufi cilik secara online. Puan penjual menghadiahkan buku mini bertajuk 'Mudahnya Menjemput Rezeki'  Untuk makluman buku ini adalah petikan beberapa bab  daripada kandungan buku asal. Cukup menarik info yang terkandung dalam buku comel ini.Dalam bab 12 - Menjemput rezeki dengan mengutamakan solat. Ia peringatan kepada saya untuk menyegerakan solat. Kadang-kadang kita ini alpa dengan kesibukan dunia. Di hujung waktu baru mahu menjengah sejadah. Diceritakan dalam buku ini bagaimana si penulis sendiri telah mencubanya dari beliau berada di peringkat bawah tapi atas faktor keyakinan rezeki itu daripada Allah dan sentiasa mengutamakan Allah dalam pekerjaan, beliau akhirnya mendapat kedudukan lebih baik dalam pekerjaannya. Allahuakbar. Hebat sangat.Menurut penulis, Peter Russell dalam buku The Brain Book menyatakan, 'Otak manusia beroperasi lebih pantas dan lebih tepat dalam keadaan kepala mere…

83 - INAS - BUKAN SEKADAR KEBETULAN

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum

Di awal bulan April..Apabila melihat baki cuti 2013 yang masih belum digunakan dan cuti 2014 belum terusik, bersyukurnya saya apabila dianugerahkan anak-anak yang sihat. Anak yang sihat menandakan saya boleh bekerja dengan aman. Memandangkan cuti masih banyak, saya terfikir untuk bercuti pada bulan April. Awalnya memang ada cadangan untuk ke Langkawi atau Sabah membawa-bawa anak-anak berjalan sempena birthday celebration encik suami pada 12/4/2014 tapi saya tangguhkan dulu kerana mahu tunggu Inas berjalan atau cukup setahun pada 27 Mei 2014.Maka sebab itu saya bercadang untuk bercuti pada 14/4/2014 - Isnin memandangkan cuti ini tersepit di antara 15/4/2014 cuti Melaka Bandaraya Bersejarah. Saya ingin sangat bawa anak-anak naik tren di KL. Dah lama saya simpan impian ini, cuma belum terlaksana. Kononnya mahu realisasikan ia pada 14/4/2014 tersebut. Dan awal April saya telah siap memohon cuti pada tarikh tersebut.Malahan pada 5/4/2014-Sab…

82 - RAWAK 2

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum


Bulan Mei ni rasa singkat sangat dengan macam-macam kerja.5 Mei ke Johor untuk taklimat trainer for 1GFMAS. Bertolak sesudah Subuh. Oleh kerana taklimat ini untuk peserta Zon Selatan, bertemulah dengan rakan-rakan dari JANM Johor dan Negeri Sembilan. Yang tahu cerita mulalah mengirimkan ucapan takziah. Yang rapat mula bertanya kisah sebenar. Yang si ibu ini yang fikirkan dirinya telah kuat rupanya tumbang semula segala emosi yang tersirat. Terima kasih Eta yang mendengar keluh kesah yang kuat memberi semangat.6 Mei terpaksa bercuti untuk selesaikan hal peribadi, Sempat ke pejabat untuk tandatangan cek. Cek urgent maka wajib pergi memandangkan semua pegawai masih di Johor. Terus ke Klinik untuk ambil ubat. Sempat timbang Imaan. Walau ada kata dah susut tapi berat tetap bertambah kepada 17 kg pada usia 2 tahun 7 bulan.Petang yang sama ke Hospital bertemu Dr Azri seperti yang diceritakan di sini.7-8 Mei ke Putrajaya untuk rehearsal dan pen…

81 - TAMAN MINI - FASA 1

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum

Kini hobi kami laki bini lebih terarah kepada projek mini menceriakan halaman rumah yang kami yang comel itu.Apabila melintasi rumah orang (baik di kawasan taman perumhan atau rumah kampung), memang perhatian kami tertumpu kepada tumbuh-tumbuhan di halaman orang.Aktviti ini sebahagian terapi untuk kami.Sedikit layout plan yang terfikir pada masa ini.

80 - IMAAN MARYAM AFFENDI

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum

IMAAN MARYAM AFFENDI

Satu-satunya anak ummi yang ada di depan mata. Seorang kakak yang manja. Sebab itu Inas lebih berdikari.Seorang anak yang bijak.Setelah sebulan Imaan sudah jarang bertanya tentang Inas. Dan ada ketika saya sengaja mahu menguji sama ada dia ingat tentang Inas.Setiap kali kami melintasi hospital, Imaan akan tunjuk itu hospital Inas.Setiap kali melintasi kawasan kubur, dia akan kata Inas di kubur jumpa Allah.Adakala selepas solat dia akan ingatkan saya supaya ambil Quran dan bacakan untuk Inas. Apabila Inas tiada, Imaan sangat manja dan cepat cemburu.Dia sukakan bayi tapi dia tidak suka saya pegang bayi lain.Kini Imaan hanya bermain seorang diri ketika berada di rumah. Tiada teman tiada lagi rebutan mainan dengan adik kecilnya.Imaan sangat suka menyanyi. Kadang-kadang dalam lagu tepuk amai-amai, Imaan masih menyebut 'Inas jangan nangis, ummi pergi kerja' Imaan, ummi harap sangat Allah bagi pinjam Imaan lebih lam…

79 - INAS - EMOSI SEORANG IBU

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum

Menjadi seorang ibu satu nikmat terbesar bagi seorang wanita apatah lagi anak itu lahir dari rahimnya sendiri.Menjadi seorang ibu tidak mudah. Sebab itu martabat seorang ibu diletak di tahap tinggi oleh Allah. Sehingga Syurga seorang anak terletak di bawah telapak kaki ibu.* Apabila seorang wanita mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para Malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan.
* Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat baginya pahala orang-orang yang berjihad kepada jalan Allah.
* Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
* Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya Allah berikan dia satu kebajikan.
* Apabila semalaman sibuk tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberi pahala seperti meme…