Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

168 - 37 MINGGU

Bismillahirahmanirrahim
Semalam appointment di Klinik O&G Hospital Melaka. Gigih la berjalan dari parking Masjid Al Azim. Pergi bersendirian memang situ je lah tempat parking saya.Scan kali akhir ini, saya bertanya juga gender anak dalam perut ni. Doktor kata XX. Sambung dengan kot.. Ah saya tak kisah pun. Masa keluar dari pintu besar hospital, seorang pengawal keselamatan menegur saya. Katanya 'anak XY tu'. Saya senyum dan balas 'XX mungkin'. Dia sambung 'eh tak lah, XY tu'. Saya senyum dan berlalu berhati-hati.Kalau cakap pasal gender, ramai bagi pendapat berbeza termasuk warga emas. Ya lah, orang analisis berdasarkan bentuk perut dan pengalaman. Tidak apalah. Yang sangat penting pada saya, Allah permudahkan kelahiran. Lahirnya selamat, fizikalnya sempurna dan sihat. Dah 37 minggu bawa perut memang meletihkan. Selesai appointment dekat pukul 3.00 petang. Dengan panasnya nak menapak ke masjid. Solat zuhur pun memang 3 lebih terkedek-kedek panjat tangga masj…

167 - RESEPI MUDAH - KEK BATIK

Bismillahirrahmanirrahim
Ni nak kongsi satu lagi resepi.Resepi kek batik untuk kudapan seisi rumah.Kalau digoogle banyak versi resepi. Tapi yang penting bagi saya MUDAH dan sedap. Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A
1 buku mentega1/2 cawan susu pekat2 cawan milo 1 peket biskut marie (patah-patahkan dahulu) Bahan B - topping (optional)
1 bar coklat putih/hitam 2 sudu mentega1/2 cawan susu pekatCara - cara memasak :

Untuk bahan A
Cairkan mentega dalam kuali/periuk menggunakan api yang kecil. (Saya prefer untuk potong-potong mentega terlebih dahulu sebelum hidupkan api. Sebab lebih cepat cair dan kurangkan risiko hangit kot terleka) Campurkan susu ke dalam mentega.Masukkan milo ke dalam campuran mentega + susu tadi. Masukkan biskut dan kacau sebati.

166 - RESEPI MUDAH - PUDING JAGUNG

Bismillahirahmanirrahim
Rajin benar update resepi. Update dalam blog ni adalah sebagai rujukan peribadi sebenarnya. Tak rajin nak menyalin dalam buku resepi. Resepi ni sebenarnya saya cedok dalam sharingFacebook. Saya pun tak ingat siapa kalangan kenalan FB yang share resepi ni apatah lagi tuan punya resepi. Jadinya tak dapat nak bagi kredit kepada pemunya resepi.
Bahan-bahan diperlukan :Bahan A 
2 1/2 cawan air1 cawan tepung kastard Bahan B
1 cawan jagung dalam tin (dikisar terlebih dahulu)1 cawan susu cair/susu segar (Masa hari kejadian saya guna susu segar, kebetulan ada stok dalam peti ais)1/2 cawan gula pasir (kalau guna susu segar up to 3/4 cawan gula)(Memandangkan saya guna sepenuhnya jagung tin tu, sukatan susu/tepung kastard/gula/air saya ikut ukuran tin jagung)
Cara-cara memasak :Campurkan bahan A, tepung kastard + air ke dalam periuk dan kacau sebati sampai hilang ketulan tepung. (Masa ni tak payah hidupkan api lagi) Kemudian, masukkan bahan B, jagung yang dikisar tadi + susu +…

165 - RESEPI MUDAH - KEK COKLAT

Bismillahirahmanirrahim
Kata kawan saya nak buat kek sedap kena try and error. Saya pernah cuba beberapa resepi. Resepi yang menjadi dan kena pada tekak saya ialah resepi kek coklat yang saya cilok dari blog Namee Roslan dan tidaklah saya ikut 100%. Saya ubah ikut kesesuaian.Resepinya mudah. Bagi amatur macam saya, memang saya cari resepi yang mudah sahaja.Bahan-bahannya ada 11. Asingkan kepada 3 bahagian.
Bahan A :
1 1/4 cawan tepung gandum1 sudu teh baking powder1 sudu teh soda bikarbonat Bahan B :
1 cawan serbuk koko (suka hati nak guna jenama apa)1 cawan minyak masak (alternate dengan butter pun boleh - kalau butter cairkan dahulu anggaran dalam setengah @ 125g butter)1 cawan gula perang (alternate gula pasir)1 cawan susu kotak1/2 cawan susu pekat manisBahan C : 
3 biji telur1 sudu teh esen vanilaTopping - Bahan D : 
1 sudu butter1/2 coklat bar1/2 cawan susu pekat  CARA - CARA MASAK :
Ayak semua bahan A serentak.Masukkan semua bahan B di dalam periuk dan masak di atas dapur menggunakan a…

164 - IKIMfm

Bismillahirahmanirrahim
Saya bukan pendengar radio yang setia untuk mana-mana channel.Ada slot-slot tertentu dalam radio tempatan yang saya suka.Awal 2010 saya rajin mendengar celoteh Datuk Aznil dan Din Beramboi (arwah) dalam segmen mengarut yang saya lupa apa tajuknya. DB - pelawak yang ada kelas tersendiri. Biarpun saya melayan juga Maharaja Lawak Mega atau Super Spontan, tapi pada saya belum ada pelawak yang mampu menandingi lawak selamba dengan mimik muka tiada perasaan arwah. Ramai pelawak masa kini, melawak tetapi ketawa sendiri.Normally, saya hanya mendengar radio ketika di dalam kenderaan. Sekiranya saya menjadi pemandu, saya akan memilih radio IKIMfm. Balik kerja memang IKIMfm menjadi pilihan sejak 2011. Pergi kerja adakala melayan sketsa Johara atau kembali ke IKIMfm. Itu je kot yang menarik hati.Antara yang saya suka tentang DJ IKIMfm, tentang kelunakan dan kepetahan mereka berbicara. Saya paling suka suara Norhayati Paradi. Cuba bandingkan dengan radio lain, pengacara wani…

163 - MENGHITUNG HARI

Bismillahirahmanirrahim
Lebih kurang tinggal 5 minggu lagi sahaja menanti kelahiran Affendi Junior 3.Persiapan beg ke hospital -checked.Persiapan baju baby - checked.Set berpantang - masih mencari.Persiapan penyusuan - 50%.Cuci semua baju/peralatan baby - checked.Tinggal 7 juzuk untuk dihabisi dalam tempoh yang tinggal untuk khatam kali ke 2 dalam tempoh kehamilan kali ini. Harapnya sempat. Secara jujur, agak seriau untuk bersalin lagi. Pengalaman bersalin kali pertama dan kedua memang menyakitkan. Banyak dosa ni.Rasa tidak sabar untuk melihat raut wajah baby yang ini. Harap ada persamaan dengan Inas Sarah. Baik Imaan Maryam atau Inas Sarah, kedua-duanya mewarisi wajah ayah mereka.Kehamilan kali ini agak memenatkan walaupun tiada masalah mabuk atau muntah di awal kehamilan. Membawa perut kali ini saya kurang keluar berjalan. Dah banyak kali orang bertanya sama ada saya sedang menunggu hari. Maaf belum lagi.Kena segerakan yang mana belum selesai (item 3 & 4) awal November ini. Sama …