Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

179 - SOFEA TURNS 1

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, hari ini Inas Sofea Affendi genap 1 tahun.  Mungkin sesetengah orang selalu berdoa bila memiliki b aby, please don't grow so fast. Tapi tidak pada kami. Melihat dia genap setahun bagaikan a big miracle. Pengalaman pernah kehilangan anak berusia 10.5 bulan, memberi kesan amat mendalam pada diri kami suami isteri. Melihat Sofea melepasi usia 11 bulan adalah satu kesyukuran yang tidak terhingga.  11 bulan Trauma.masih.kuat.dan sebati.di dalam.diri. Inas Sofea Affendi. Bersyukurnya ummi dan ayah melihat adik meraikan ulang tahun pertama hari ini. 24.11.2015, 04.15 am adik selamat dilahirkan.  Dalam pantang Hari ini 24.11.2016, nikmat Allah mana yang hendak didustakan. Inas Sofea Affendi, lebih setahun lalu, wujudnya dikenalpasti genap setahun selepas pemergian Inas Sarah. Selepas pemergian Inas Sarah, saya takut untuk memiliki anak kecil lagi. Biarpun, beberapa doktor mencadangkan saya kembali mengandung untuk melepaskan

178 - IBADAH QURBAN DENGAN EZ QURBAN

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, tahun ini kami hanya menjalankan ibadah qurban untuk Inas Sofea melalui EZ Qurban  sekali lagi tahun ini. Eh hari tu buat aqiqah untuk Sofea pun melalui EZ Qurban. Objektifnya : Mudah, Murah dan Cepat Bayaran cuma RM300.00 1 bahagian termasuk GST. Murah sangat. Sekarang ni kalau kat kampung je harga memang lebih RM600.00. Dan yang best nya daging yang kita sumbangkan diberi di negara-negara yang lebih memerlukan. Kali ni saya cuma daftar secara online dan maklumkan juga pengesahan pembayaran kepada pihak syarikat melalui Whatsapp di talian 013-3186984.  Syarikat memang akan hantar sijil pengesahan tetapi kita boleh juga semak status di laman web. Ini status daripada laman web.  Dan ini sijil yang dipos ke rumah siap dalam folder lagi. Dah hujung-hujung tahun baru terima sijil, disertakan juga kalendar tahun 2017. Yang menariknya ada jadual solat setiap negeri. Tapi entah mana nak gantung nanti.  Terima kasih EZ Qurban. D

177 - SURAH AL-MULK, AYAH DAN HUSNUL KHATIMAH

Bismillahirrahmanirrahim  Surah Al-Mulk surah ke 67 daripada 114 surah dalam Al Quran dan mengandungi 30 ayat. Surah ini antara surah pilihan yang elok diamalkan setiap malam. Sebab apa? Inilah surah yang akan menjadi pendinding ketika di alam kubur nanti. Pendinding daripada siksaan kubur. Bak kata ustaz semasa Seminar Al-Quran Dihatiku yang saya hadiri bulan Ogos yang lalu, kita ini banyak sangat dosanya maka buatlah persiapan sebelum dipanggil balik menghadap Allah. Ustaz ini sendiri menyatakan setiap malam beliau menyedekahkan pahala surah ini kepada Almarhum bapanya yang tidak sempat beliau lihat kali terakhir kerana berada jauh di negara orang menemani isterinya menyambung PhD. Ketika beliau menceritakan tentang Almarhum ayahnya dan surah Al Mulk, menitik airmata saya. Pemergian ayah masih baru dan kehilangan sangat terasa untuk dihubung kaitkan dengan kisah ustaz ini.  Seperkara yang masih saya ingat kata-kata daripada kata ustaz ini, satu hari nanti apabila dibangkit

176 - AFTER A LONG HIATUS

Bismillahirrahmanirrahim   Lama tidak menulis di sini. Tidak tahu cerita yang mana mahu ditulis.  April 2016 yang sarat dengan emosi. 8 April 2016, genap dua tahun pemergian Inas Sarah Affendi. Sekejap kan? Sekejap bagi mereka yang tidak rasa 'sakit' kehilangan anak. Tapi dalam tempoh dua tahun ini, rasa redha ini semakin berkembang di dalam sanubari. Sabar tak? Kalau tak sabar mungkin saya dah hilang akal awal-awal kehilangan anak ini dulu. Sungguh masa itu juga yang akan merawat rasa hati. Penyerahan sepenuhnya perlu diikhlaskan hanya kepada Dia Yang Memiliki apa yang di langit dan di bumi. Sebab kamu buat apa sekalipun, takdir tetap tidak boleh diubah. Luka hati hanya boleh dirawat dengan doa. Dia Maha Mendengar. Apa jadi sekalipun, kita kena kembali kepada Dia. Allah Yang Maha Agung. April 2016, ayah tidak sihat. Sangat tidak sihat. Sakit dengan tiba-tiba. Ia bermula pada 1 April bila saya dimaklumkan adik lelaki supaya membelikan ayah air prune untuk kencing kotor.