Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

150 - UJI KESETIAAN

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
Mencatat semula nota untuk peringatan diri seperti mana ceramah seorang Ustaz yang saya lupa siapa nama orangnya. Ceramah dalam slot Tanyalah Ustaz yang saya dengar sekali imbas ketika bersiap mahu pergi ke pejabat.Kata Ustaz, Setia seorang anak tidak akan teruji sehingga satu masa dia diminta mengasuh ibu bapa yang tidak berupaya.Setia seorang kawan tidak akan teruji sehingga dia berada pada saat susah dan senang kawan tersebut.Setia seorang hamba tidak akan teruji sehingga Allah duga dia dengan ujian di atas dunia ini.Benar sangat benar.Saya telah laluinya.Betapa saya bersyukur saya dilahirkan dalam Islam. Saat DIA uji saya, dengan sedikit keimanan saya kembali mengadu kepada DIA. DIA uji saya kerana kelekaan saya. Walaupun banyak keluh kesah saya, DIA MAHA TAHU kenapa DIA pilih saya dan ramai mereka yang di luar sana berbanding hamba-hambaNYA yang lebih ramai.Biarpun saya tidak mendapat markah yang baik dalam ujian ini sekurang-kurangnya DIA se…

149 - LUKISAN KALIGRAFI MURAH

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
Dari hujung tahun lepas kot saya dok mencari lukisan kaligrafi cantik yang affordable price. Siapa tak nak benda cantik yang murah kan. Unless duit berjuta-juta USD dalam bank. Money is no matter. Tapi kita sedar diri tahap kemampuan, maka berbelanjalah ikut kemampuan. Walaupun, ini adalah kehendak bukan keperluan.Sebelum ni saya memang ada add pembekal lukisan kaligrafi dalam list FB saya. Memang teruja la kan tengok benda cantik. Most of the time kita pm takde jawapan maklumbalas harga. Sehingga awal Februari 2015 saya hantar pm lagi baru berbalas.Masa tu dah terkenan dengan tulisan asma ul husna. Bila tanya harga katanya harga lukisan mengikut saiz seperti berikut:Saiz 8x3kaki  : RM3,000.00Saiz 7x3 kaki:  RM2,700.00Saiz 6.5x2.5 kaki : RM2,500.00Tertelan ailio tengok harganya. Kot berkira-kira tentang nombor ni rasa macam tak berbaloi pula nak keluarkan ribuan ringgit hanya untuk deko dinding.Sehingga selepas tu saya dok google terjumpa satu blo…

148 - BISKUT RAYA IMAAN MARYAM

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
First time buat biskut raya dengan Imaan. Selama ni biskut raya beli dan MIL bagi hehe. Pemalas sangat nak buat.Time preggy ni plak ada kerajinan mengadun. Resepi google je.Ni saya buat coklat chip dengan Imaan. Sebelum tu buat cornflake madu. Imaan la tolong masukkan cornflake dalam paper cup. Tapi tak terfikir nak snap picture.Sebab masa ni teringat buatlah satu entri sebelum berakhir Ramadhan 1436H. Semoga diberi peluang untuk bertemu Ramadhan tahun berikutnya.Ini kali ketiga saya buat adunan ni. Adunan pertama untuk diri sendiri, 2nd time untuk mak dan yang ni untuk MIL.Bila saya puji pandai Imaan ikut saiz yang saya buat, dia cakap Imaan good dan dah besar. Ye how time flies. Ada orang tak nak anak cepat besar suka tengok keletah anak. Saya pun tapi saya mahu anak cepat sampai umur 5 tahun sebab antibodi kanak-kanak seusia itu biasanya telah kuat. Pengalaman bersama Inas... Hmm.2 3  gambar yang diambil. Dan bawah ni gambar yang Imaan capture

147 - AKTIVITI MENGECAT RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
Kembali bersiaran selepas AKTIVITI MENGECAT RUMAH SIRI 1 Kadang-kadang memang malas nak cerita panjang dalam satu entri. Sebab malas dan takde masa aka tak sempat atau takde mood.Ini saja nak tunjuk beberapa gambar selepas aktiviti mengecat selesai termasuk yang kat bahagian dapur. Bahagian dapur banyak dibuat semasa bulan Ramadhan. Gigih la suami kita mengecat masa puasa. Dan gigih juga Pn Isteri membersih lantai kesan percikan cat. Letih betul. Betul-betul kerja last minute.  Cukup la dua tahun duduk rumah ni dua kali mengecat. Taknak cat lagi. Membazir sangat. Ini lukisan kaligrafi yang saya beli secara atas talian. Mujur dapat hehe. Cuak juga kalau beli secara online ni takut tertipu. Harga memang berbaloi-baloi. Tak sampai RM500.00 (harga untuk lukisan sahaja) Yang atas ni kat bahagian dapur. Remain dengan cat biru sebab dinding ni nanti kita akan pasang wallpaper. Tengah queue pasang wallpaper. Lambat lagi turn bulan 9.Eh cuma ada gambar baha…

146 - AKTIVITI MENGECAT RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
Dalam suku tahun pertama 2015, entah tiba-tiba terasa bosan dengan warna cat rumah. Saya beritahu Encik Suami untuk menukar warna dinding. Asalnya nak cat satu sudut tetiba dan berubah sepenuhnya warna dinding di sekitar ruang tamu rumah.Menjelang Ramadhan disambung ke ruangan dapur. Masuk siri mengecat kali kedua memang saya dah tak ambil port lagi la sebab kondisi yang tak mengizinkan untuk beri bantuan.Bila dah mula mengecat rumah, mula la buat sedikit perubahan di dalam rumah. Perubahan bukan semata-mata untuk tujuan sambutan raya (walaupun entri ditulis pada bulan Ramadhan) tapi sebab suka-suka dan saja-saja.Suka-suka yang melibatkan sedikit kos. Tingginya kos hidup zaman sekarang. Haish.. Banyak benda nak kena berkira-kira.Sebahagian aktiviti mengecat di hujung minggu awal tahun lalu.
Dan keadaan dinding selepas cat. Setakat ini dulu.

145 - INI YANG KETIGA

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
Dah masuk Julai. Dah setahun memangku jawatan ni bersama Ummi Adnin.Dah masuk 16 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu.Alhamdulillah dah masuk kali ketiga ada nyawa dalam rahim saya.Baru sekejap tadi menjenguk facebook terpandangkan status seorang kawan. Sebak rasa hati kerana sebelum bangun sahur tadi saya termimpikan Anak Syurga ini.  Anak Syurga ini sepatutnya akan menjadi kakak jika diizinkan Allah janin dalam rahim ini selamat dilahirkan hujung tahun ini.Pengalaman mengandung sebanyak tiga kali tak jauh beza.Imaan Maryam Affendi
Seingat saya hanya muntah sekali sepanjang mengandungkan Imaan itupun saya agak kerana salah makan.Loya setiap pagi ketika memberus gigi. Itu sahaja. Inas Sarah Affendi
Saya tidak muntah atau loya ketika pagi.Badan sedikit letih. XXX Affendi
Muntah sekali selepas makan ubat tanpa sarapan.Letih yang amat sangat. Amat dan sangat.Setiap hari malas sangat nak pergi kerja. Tapi tak pernah lagi cuti kerana alasan mengandung.Trimester…