Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

100 - INAS - MUNGKIN INI SATU DARIPADA ASBAB

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum
Dalam minggu ini saya berkenalan dengan seseorang.Dia ada datang berjumpa dengan saya atas satu sebab.Katanya anak sulung demam dan dia tidak yakin untuk biarkan anak ini dijaga orang lain kerana faktor si anak ada sejarah sawan.Hati saya terus tersentak. Rakaman pagi 07042014 berputar dalam minda saya ketika adik diserang sawan pada kali pertama.Dan setiap kali rakaman itu bermain dalam ingatan saya ia membangkitkan satu rasa kecewa yang amat dalam. Airmata saya akan bergenang setiap kali mengingatkan situasi pada waktu itu. Sangat sukar dan payah. Tapi ketika itu saya kuatkan hati untuk berhadapan dengan situasi itu. Benar kerana pada ketika itu saya tiada pilihan selain menjadi kuat untuk anak sendiri.Ketika berbuka puasa pada hari yang sama, saya ceritakan pada encik suami.Dan kami bersyukur bila Allah tarik nikmat nyawa anak kami daripada dia sengsara menanggung sakit yang tak mungkin dapat kami tanggung bersamanya.Dan Allah Maha T…

99 - KOTAK CADAR (KOTAK LAGI)

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum
Ya kotak lagi.Bukan obsesi kepada kotak tapi suka kepada penjimatan.Kos terlibat untuk satu kotak : Kotak (tiada caj) + pembalut (RM2.60) = RM2.60. Membalut kotak kerja mudah yang agak leceh. Heh. Tapi saya suka.Saya minta encik suami bawa balik kotak untuk saya isi cadar. 
Saya menggunakan sahaja pembalut sedia ada di rumah. Ada dua lagi kotak belum berbalut. Sebab tiada lagi stok pembalut di rumah. Lalu saya isi dua set cadar. Saya fikir saya perlu ubah cara lipatan. Kenapa hanya muat dua bukan tiga atau empat? Hmm... maka ada beberapa cadar yang belum berumah buat masa ini.Dan masukkan sekali gambar model ini. Satu-satunya model yang ada (setakat ini).

98 - KOTAK ISI TUALA ....

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum
Ada kotak kosong semasa pengedaran kurma di pejabat. Saya ambil untuk kegunaan saya di rumah. Dan saya potong kotak di bahagian atas. Lalu saya balut. Dan saya isi ini. (^_^) Kenapa saya buat ini? Sebab lebih senang untuk saya capai apabila mahu gunakannya (kotak tanpa penutup) dan saya tahu stok yang ada bila ia tidak berumahkan packaging masing-masing. Lagi satu jimat kos (kurang RM5) dan tak perlu ke daiso mencari kotak lain.

97 - HATI SEORANG IBU

Bismillahirahmanirrahim            
Assalamualaikum
Menjadi seorang ibu satu nikmat terbesar yang tidak dapat disangkalkan.Beruntunglah kepada sesiapa yang menjadi ibu.Menjadi seorang ibu, kita mahu beri yang terbaik kepada anak (anak).Penat macam mana sekali pun, anak tetap menjadi keutamaan. Hebatnya seorang ibu apabila : Bertahan diri menempuhi fasa permulaan kehamilan yang ada ketikanya mencabar mental dan fizikal.Menahan kesakitan dalam melahirkan si anak. Itu belum kira digaan pasca kelahiran.Berjaga malam untuk memastikan anak cukup susu, cukup selesa dan cukup tidur.Bangun di tengah malam untuk memastikan anaknya masih bernafas.Tidak betah membiarkan fizikal anaknya digigit sang nyamuk.Tidak tidur untuk menjaga anak yang sakit.Bangun sewal pagi menguruskan sarapan dan persiapan sekolah anak siap tepat pada waktunya.
Berhabis duit untuk anak dari diri sendiri.Pastikan keperluan si anak cukup lebih daripada dirinya.Berpuasa ketika si anak menduduki peperiksaan penting.Mendoakan si…

96 - DARI SUDUT PALING DALAM

Bismillahirahmanirrahim      
Assalamualaikum
Sepanjang ramadhan kali ini, hati saya sangat sayu bila mengenangkan ketiadaan si kecil Inas. Saya percaya masa akan memulihkan semangat dalam merelai seikhlas-ikhlas hati untuk menerima hakikat ketiadaannya.Setakat hari ini, semangat itu masih belum pulih walaupun pernah saya terfikir saya telah menerima takdir ini.Perasaan saya jadi sesak, hati saya pilu, airmata sentiasa bergenang setiap kali mengenangkannya dalam semua situasi tanpa mengira lokasi.Saya tidak tahu bagaimana mahu mengongsikan rasa hati walaupun dengan suami sendiri kerana saya juga tahu hati dia tidak sekuat mana. Semalam semasa hendak mendirikan solat maghrib saya meneliti gambar Inas. Hati saya sebak. Dan sepanjang 3 rakaat itu saya menangis semahu-mahunya. Saya kira kali terakhir saya akan meratap sebegitu ketika ulangtahun Inas pada 2705 yang tidak dapat diraikan itu.Dan ketika membuka lembaran ayat suci AlQuran airmata masih tidak berhenti dan pada ayat-ayat pertama…

95 - RAMADHAN KALI INI

Bismillahirahmanirrahim                   
Assalamualaikum
Di kala bersendirian.Pada waktu di kelililingi keluarga dan rakan.Ketika ada sahabat menyapa khabar. Ada rasa pilu di sudut hati.Ada rasa sayu di dalam jiwa. Pelbagai rasa yang kurang enak mengetuk pintu hati.Rasa yang sangat berbaur bergayut di tangkai hati.Ia tak mudah dan sangat sukar untuk dilalui.Air mata mudah sangat mengalir di pipi.Ya Allah, rindunya kami pada Inas Sarah Affendi
Wahai Tuhan Sekalian Alam...Kuatkanlah jiwa yang lemah.Teguhkanlah perasaan yang semakin goyah.Tiupkanlah pedoman kepada semangat yang mahu terbang.Berkat Ramadhan 1435H.Semoga bersih hati nurani.Untuk terima hakikat kehidupan.Ya Allah, sampaikan rasa rindu yang membuak-buak ini. Rahmati dan berkati anak kecil kami.

94 - RAWAK 3

Bismillahirahmanirrahim      
Assalamualaikum
Selamat datang Ramadhan Kareem. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita lebih baik dalam mendidik jiwa dan rohani.Sehari sebelum Ramadhan - Sabtu 28 Jun 2014, kami 3 beranak dan mak membersihkan kawasan sekitar kubur Inas dan memasangkan pagar di sekeliling kubur. Entah kenapa kawasan perkuburan ini tidak diselenggara dengan baik. Petang itu ada beberapa famili turut membersihkan kawasan kubur keluarga masing-masing.Ketika seorang jiran sekampung menegur mak dan menyatakan untungnya kami ada anak yang menanti di Syurga, hati saya berbunga. Betapa beruntungnya kami dipilih merasa sakit kehilangan sedangkan ganjarannya besar dan tidak ternilai. Tiada gambar tapi kata Imaan cantik kubur adik Inas. Dahulu seminggu selepas pemergian anak Syurga ini, kami hanya memasang batu nisan, tidak dibenarkan untuk memasang rehal terazo. Malam pertama terawih, saya membawa Imaan ke masjid. Pertama kali membawa anak berterawih ke masjid bukan mudah. Imaan…