Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

158 - RESEPI MUDAH - MURTABAK MAGGI BERKEJU

Bismillahirahmanirrahim Ini resepi murtabak maggi berkeju versi saya. Mungkin ada lagi yang lebih mudah saya tak pasti. Tapi ini salah satu menu sarapan pagi yang saya akan bawa ke pejabat. Bahan-bahannya tak banyak. 1 bungkus maggi kari Mentega 2 biji telur Cheese  Ayam kisar Langkah-langkah nak masak pun senang je. Langkah 1 : Rendam maggi dalam air panas. Biasanya lepas bangun tidur saya terus rendam. Lepas solat subuh baru saya masuk semula ke dapur. Langkah 2 : Lepas dah kembang maggi tu/sementara nak kembang, goreng ayam kisar dengan mentega. Yang ni main agak-agak je. Kalau sebungkus maggi tu saya guna 1/4 je ayam kisar. Langkah 3 : Campurkan ayam kisar yang dah digoreng mentega dengan maggi + 2 biji telur yang telah dipecahkan + serbuk kari maggi. Kalau nak lebih cheesy , letakkan cheese di dalam adunan ni.Gaul rata semua bahan. Langkah 4 : Panaskan kuali leper dengan sedikit mentega dan masukkan maggi tadi ke dalam kuali. Api tak perlu besar.  Langkah 5

157 - SUSUNATUR - KOTAK SIMPAN CLAY

Bismillahirahmanirrahim Lama tidak membuat aktiviti kitar semula. Cuti Hari Malaysia kami suami isteri mengemas bilik serbaguna kami. Ada barang yang perlu disisihkan. Jadi, dengan mood yang ada saya mengitar semula kotak ini. Ini semua berpunca juga dengan rasa serabut tengok mainan Imaan Maryam bersepah setiap hari. Dengan peralatan sedia ada, malam tu saya balut kotak untuk dijadikan tempat simpan clay yang ada. Rasa saya banyak clay ni berkotak-kotak ayahnya bawa balik. Tapi entah mana perginya. Memandangkan ada beberapa stok clay yang baru dibawa balik, ada baiknya saya buatkan 1 kotak khas. Bahan-bahan yang mudah.  Kotak kosong Pembalut hadiah Gunting Double sided Nak balut kotak ni ikut kreativiti. Kalau teliti cantiklah. Saya buat ala kadar. Sakit pinggang duduk lama-lama. Saya buat 1 kotak je malam tu. Satu kotak lagi ni memang dah lama ada saya simpan peralatan untuk aktiviti membalut saya. So setiap kali nak buat aktiviti, saya keluarkan kotak ni je

156 - TRIMESTER KETIGA UNTUK KEHAMILAN KETIGA

Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah telah masuk trimester ketiga.  Alhamdulillah ini rezeki anak ketiga. Biarpun gender mungkin XY atau XX saya tidak pernah kisah. Asalkan lahirnya selamat, sihat, sempurna cukup sifat. Memasuki fasa ini, saya mula mencuci baju bayi sedia ada dalam almari anak. Baju recycle kakak-kakak. ( Inas Sarah dah jadi kakak!) Semasa menyidai baju-baju tersebut, terkenang Inas Sarah. Perasaan yang tak boleh dijelaskan dengan kata-kata. Sedih ke? Entahlah. Dia sedang bahagia 'di sana' dalam jagaan Pemilik Sebenar. Jangan sesekali rebah jika diuji Allah. Saya berharap anak yang dalam rahim ini akan mewarisi wajah Inas. Pengubat rasa rindu. Permata hati ummi dan ayah

155 - BUKU PENGEMBARAAN TANAH JEPUN

Bismillahirahmanirrahim Lama tak menulis pasal buku yang dibaca. Baru selesai baca satu buku. Buku adik saya. Dia bawa balik masa cuti raya Aidilfitri. Lama juga ambil masa nak habiskan. Tak dapat fokus walaupun buku ini dalam kategori buku yang saya mahu dan suka baca.  Sila maafkan kualiti gambar yang sangat tidak memuaskan. Heh.  Buku ini tentang pengembaraan seorang Azaruddin Paiman yang berasal dari Johor ke bumi Jepun bersama kawan-kawannya.  Kalau tengok nama editor, itulah nama sebenar Encik Pipi aka orang Lipis yang banyak disebut dalam buku ini. Sebab Pipi juga salah seorang yang mengikuti pengembaraan ke Jepun. Sedikit sebanyak tentang diri Pipi saya tidak hairan sangat sebab saya memang pernah mengikut blog dan pernah memiliki senaskah buku tulisan Pipi ini. Kamu hanya akan memahami apa kata Encik Editor setelah mengkhatamkan buku ini. Jom tengok apa kata pengantar dari Tok Rimau. Tak silap saya Tok Rimau juga orang Johor dan salah seorang ahli Sindike

154 - RESEPI MUDAH - GARLIC BREAD

Bismillahirahmanirrahim Ini resepi mudah untuk perkongsian kali ini. Jarang nak update blog, kita tulis resepi pulak. Dalam proses nak masuk trimester ketiga ni, dah tak berapa larat nak menyusun atur barang-barang di rumah. Jadi kita buat apa yang mudah je.    Resepi kali ni untuk buat garlic bread . Bread nya guna la apa yang ada yang disukai. Tidaklah saya gigih nak buat bread sendiri. Bahan-bahan yang mudah dan sedia ada di rumah. Itu yang paling penting.  Untuk resepi kali ni, hanya sebuku mentega dan selabu bawang putih serta sedikit minyak masak. Dalam rumah kami, stok mentega memang sentiasa ada dalam peti ais. Tidaklah saya rajin nak tunjuk setiap item dengan detail . Dengan 3 bahan yang tak seberapa ini, ia boleh dijadikan stok. Sebab boleh pakai berulang kali. Bagi pekerja makan gaji macam saya yang selalu nak cepat dan mudah, memang inilah resepi yang diperlukan.     Langkah-langkah penyediaan juga mudah. Bawang putih tadi dikupas dan ditumbuk. Boleh je nak p