Friday, 10 February 2017

182 - CAT BILIK ANAK

Bismillahirrahmanirrahim

  • Aktiviti cuti CNY yang lalu, mengecat bilik anak. Dengan harapan anak akan tidur bilik sendiri.
  • Idea nak mengecat bilik anak ni pun sebab terjebak dengan group Kelab Ikea dalam FB nun.
  • Tapi kami tak cat the whole dinding bilik. Ah memang taklah kan. Sebab 1- Malas. Sebab 2 - Leceh. Sebab 3 - Dinding tinggi (faktor keselamatan juga sebab ni bukan setakat cat 1 warna)
  • Maka keputusan diambil, marilah kita mengecat half wall untuk L shape wall sahaja. Kalau boleh cat 1 dinding plannya memang nak cat dari atas ke bawah. Tapi berbalik kepada 3 sebab tu kita cat 2 dinding je la kot.
  • Nak mengecat design ala-ala geometri ni kena rajin la sikit. Disebabkan tiada pengalaman dan malas bertanya, kita pun dok melukis la dinding macam step kat bawah ni :

  1. Lukis corak guna pensel anak.
  2. Tampal cellotape ikut corak lukisan tadi tu. Kena pilih cellotape yang betul sebab dulu pernah guna cellotape yang salah bila tanggalkan siap tanggal cat sedia ada. Yang ni Encik Suami rajin pergi tanya dalam FB dan orang tu bagi brand yang sepatutnya diguna pakai.
  3. Tentukan setiap corak nak warnakan yang mana satu dulu.  Sebab pemilihan 3 warna. Kita pun tanda la setiap corak P - pink, B - biru, H - hijau.
  4. Cat satu-satu warna sampai habis. Dah kering cat kali kedua. Buat 2 kali sebab base dinding kita warna hijaukan so kenalah gigihkan diri cat 2 kali. 
  5. Siap 1 warna baru cat warna kedua dan ketiga.
  6. Dah kering semua cat, baru tanggalkan cellotape tu.
  7. Lepas tu satu kerja la pulak dok memadam garisan pensel. (Part ni paling menyampah)

  • Lepas siap 1 dinding ni baru rasa macam penat dan lecehnya. Maka kita pun skip step 1 tu dan tampal terus cellotape tu main agak2 je. Indirectly, step 7 pun tak perlu buat la.
  • Ni dinding yang terajin (baca : tak bijak) draw corak dengan pensel. 
  • Dan yang ni tanpa lukisan pensel. 
  • Oh ye tip nak mudah kerja, bekas roller cat tu balutkan aje dengan plastik, tak payah nak cuci setiap kali tukar cat. Jimat masa dan tenaga.
  • Hasratnya nak deko-deko juga bilik anak ni. Dalam dok mengecat sempat juga kami ke IKEA mencari beberapa barang yang 3 daripadanya takde pulak. Tak pasal-pasal terbeli benda lain. Haish..
  • Dah cat jarang jugak masuk bilik ni sebab budak sorang ni yang lasak nau. Memanjat sana sini. 
  • Penat melayan kelasakannya. Girl tu...

Friday, 3 February 2017

181- ABAH - PEMERGIAN YANG AMAT MENGEJUT

Bismillahirrahmanirrahim

  • Menjelang tahun baru, acapkali saya berfikir entah bukan-bukan.
  • Ia tentang kematian.
  • Saban tahun sejak tahun 2011, setiap tahun akan ada ahli keluarga yang kembali ke Rahmatullah.
  • 2011 -  Ahmad Zaqwan, sepupu Encik Suami meninggal kerana jatuh basikal.
  • 2012 - Datuk saya, bapa emak meninggal sakit tua.
  • 2013 - Pakcik, adik emak meninggal kerana kanser paru-paru.
  • 2014 - 1-Pakcik, adik ayah meninggal sakit jantung, 2 - Makcik, adik ayah meninggal dalam tidur tanpa sakit, 3 - anak kecintaan ummi, Inas Sarah meninggal kerana meningitis. 
  • 2015 - 1- Pakcik, adik emak mertua, meninggal dalam tidur kerana sakit jantung. 2 - Pakcik, abang ayah meninggal kerana sakit yang tidak berapa jelas.
  • 2016 - 1-  Ayah tercinta meninggal sakit kanser. 2 - Nenek Encik Suami meninggal sakit kencing manis.
  • 2017 - Saya jadi berdebar-debar. Mudah sangat hati berfikir yang bukan-bukan. Sehinggalah pada petang 11.01.2017, bila Encik Suami call supaya pulang kerana abah (FIL) sesak nafas.
  • Petang itu, 11.01.2017 dalam pukul 2 lebih semasa saya ada discussion dengan staff, Encik Suami call supaya pulang. Saya tidaklah cemas sangat sebab saya tahu abah kuat merokok dan ia mungkin sesak nafas kerana masalah paru-paru (mungkin). Ia anggapan saya.
  • Dengan kebenaran Pengarah, pukul 3.00 saya punch out. Saya terus jumpa Encik Suami dan anak-anak sebelum bergegas ke Hospital Alor Gajah.
  • Sampai di wad kecemasan hospital hampir pukul 4.00 petang, SIL dan MIL menangis kerana abah tidak sedarkan diri dan doktor perlu refer abah ke CCU Hospital Melaka. 
  • Saya masih positif, abah akan pulih. Sebab abah sihat sebelum ni. Malahan tengahari yang sama abah yang pergi ambil Imaan Maryam daripada tadika. 
  • Pukul 4 lebih, kami dimaklumkan abah akan dihantar segera. Ambulan telah bersedia. Ahli keluarga dilarang menaiki ambulan yang sama dan waris diminta sampai di Hospital Melaka.
  • Mak (MIL) dan pakcik bergerak dahulu.
  • Encik Suami akan menyusul kemudian selepas hantar kami anak beranak balik rumah.
  • Adik suami no. 3 balik ke rumah untuk menyediakan pakaian dan peralatan lain.
  • Bila mak dan adik ipar bergerak, saya fikir kami balik selepas ambulan bergerak. 
  • Tapi lama juga menanti abah keluar.
  • Semasa abah dibawa masuk ke dalam ambulan kami, anak,menantu dan cucu abah menanti di pintu ambulan. Kaki abah sejuk. 
  • Saya rasa masa berjalan begitu perlahan, doktor dan petugas hospital yang lain masih belum bergerak.
  • Sampai tiba-tiba adik ipar yang kedua, dengan cemas bertanya kenapa tiba-tiba petugas menutup pintu ambulan dan abah dibawa keluar ke zon merah semula.
  • Sehingga seorang doktor keluar maklumkan nadi abah terhenti. Jika dalam 15 minit abah tidak bertindakbalas, kami kena redha.
  • Kurang 10 minit saya kira, doktor keluar semula dan abah akan dihantar segera ke Hospital Melaka  and anything can happen in ambulance.
  • Keadaan memang kelam kabut sebab paling kami risau bagaimana hendak menyampaikan berita kepada mak.
  • Adik ipar no. 3 tidak jadi ke Hospital Melaka, terus datang semula ke Hospital Alor Gajah.
  • Sehingga 6.45 petang, abah masih di dalam. Mungkin keadaan abah belum cukup stabil untuk dibawa keluar.
  • Sebelum pukul 7.00 malam, adik ipar no. 2 dipanggil masuk. Dia keluar dengan berita abah dah TIADA.
  • Allahuakbar... terduduk kami semua.
  • Allahummaghfir lahu warhamhu, wa’aafihi wa’fu ‘anhu..
  • Selepas itu, semua ahli keluarga dibenarkan masuk ke zon merah. Saya sentuh abah. Abah sejuk tidak bergerak.
  • Siapa sangka begitu mudah dan cepat abah pergi tanpa pesan.
  • Malam itu juga ahli keluarga sepakat untuk kebumikan jenazah abah tanpa tangguh.
  • Malam itu juga saya sukar melelapkan mata memikirkan abah. Bagaimana mudahnya abah pergi.
  • Itulah kerja Allah. Semuanya telah tertulis sejak azali.
  • Baru 7 bulan lebih ayah dipanggil pulang. 7 bulan lalu, abah yang membantu memandikan jenazah ayah. Siapa sangka giliran abah dimandikan pula.
  • Semua kita akan dipanggil pulang. Train abah sampai dulu sebelum kami. Cuma saya takut dalam keadaan kami tidak bersedia menanti train itu, ia datang menjemput kami tanpa siren.
  • Ya Allah, panggil kami menghadapMU dalam keadaan KAU suka dan redha dengan amalan kami. Biarlah pengakhiran kami dalam keadaan HUSNUL KHATIMAH. Itulah antara doa saya setiap usai solat. 

Monday, 19 December 2016

180 - PENGALAMAN: BILA ADA ULSER DALAM MULUT SOFEA

Bismillahirrahmanirrahim

  • Baru-baru ni(Jumaat lepas) badan Sofea dedar-dedar.. 
  • Hari Sabtu pun sama. Bila malam badan jadi panas dan suhu meningkat ke 38++͎͒
  • Hari Ahad kami bawa ke klinik sebab beberapa kali air liur meleleh. Hari Ahad memang banyak klinik tutup maka kami tiada pilihan selain bawa ke satu klinik di Semabok. 
  • Saya minta doktor periksa tekak sebab experience kakaknya selalu kalau demam ada tonsil di tekak. Dan kata doktor tekaknya merah sedikit. Doktor bagi ubat antibiotik.
  • Hari Isnin saya notice ada bintik merah di dagu. Suhu badan 37 - 38 macam tu. Malam tu pulak meragam tengah malam. Tak mahu tidur atas katil. Saya perlu berdiri dan dukung bagi dia tidur. Bila saya duduk dia boleh sedar nak menangis. Dengan ayahnya pun tak mahu.
  • Sampai 2-3 pagi tidur tak nyenyak. Minum susu pun tak mahu. Akhirnya pukul 4.00 pagi, mak saya bawa masuk tidur dalam buaian baru lena tidur.
  • Hari Selasa saya terpaksa EL. Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. On the way ke klinik saya perasan ada ulcer di dalam mulutnya. That's why air liur meleleh. 
    Sempat lagi bermain di klinik
  • Kata doktor juga sebab tu badan dia rasa kejap-kejap demam sebab ada virus. Dan itu menyebab timbul bintik merah kedua di dagunya. Doktor ingatkan kena pastikan dia cukup air sebab kekurangan air boleh menyebabkan suhu badan meningkat. OMG!!!
  • Jadi tanda anak-anak kena ulcer mulut :
  1. Air liur meleleh
  2. Tidak mahu minum/makan
  3. Timbul bintik merah di dagu
  4. Demam
  • Alhamdulillah selepas bagi ubat semburan (Aloclair Spray) dan ubat Nurofen, Sofea dah aktif semula. Dah mula memanjat walaupun tengah main dia boleh meragam menangis dan mahu didukung.
  • Tapi masih refuse untuk menyusu. Kalau haus sangat hanya akan menyusu di dalam buaian sahaja.
  • Hari rabu saya kerja seperti biasa dan Sofea tiada demam. Cuma masih sama tidak mahu menyusu seperti biasa. Malahan hanya tidur atas badan sahaja.
  • Satu perkara yang saya perasan memang dia meragam (kadang saya rasa dia mengada sahaja) tapi yang tak boleh tahan tu dalam dia menangis sebab saya tak dukung tapi saya boleh nampak dia tersenyum bila ayahnya buka pintu bilik air untuk mandi. Ya Sofea sangat suka main air. Sangat excited bila disuruh buka baju. Hai la anak.
  • Tengah malam khamis, setiap 2 jam dia bangun. Tapi refuse menyusu dan menangis. Demam dah takde pun. Saya sampai stress sebab tak tahu macam mana lagi nak bagi dia minum air dan menyusu. Dia haus tapi macam takut untuk menyusu. Sakit untuk menelan.
  • Sampai masa tu saya pejam mata, saya serah betul-betul pada Allah. Saya berkomunikasi dalam hati. Akhirnya saya baringkan Sofea atas tilam, dia terus menyusu macam biasa. Masa tu hanya Allah yang tahu apa rasa dalam hati ni. Penyerahan secara total dan Allah jawab dengan segera selepas beberapa hari DIA uji saya dengan ragam budak kecil ni.
  • Mulai hari Khamis juga Sofea dah mula menghisap susu macam biasa. ALHAMDULILLAH.  Cuma masih ada bintik merah di bahagian dagu yang masih belum baik lagi. Ragamnya tetap ada. Kadang-kadang saya biarkan, dan sebenarnya boleh je dia diam sendiri walaupun tak dilayan. 
    Bintik 3 di dagu
  • Anak-anak kami memang akan pulih kalau bawa ke klinik pakar sahaja. Cuma bila terdesak kami terpaksa pergi ke klinik biasa yang berdekatan atas faktor masa dan jarak rumah dengan klinik (kebiasaannya anak-anak akan demam malam atau demam hujung minggu - klinik pakar tutup). Sebab itu adalah biasa kos rawatan anak-anak bila demam/batuk/selesema mencecah RM100.00 sebab pergi 2-3 klinik yang akhirnya ubat klinik pakar lebih baik daripada yang lain.
  • Kadang-kadang sampai fikir eh apasal klinik ni atau doktor pakar ni bukan berjiran dengan kami. Haish..
  • Terima kasih Allah kerana mendengar dan menyembuhkan..

Thursday, 24 November 2016

179 - SOFEA TURNS 1

Bismillahirrahmanirrahim

  • Alhamdulillah, hari ini Inas Sofea Affendi genap 1 tahun. 
  • Mungkin sesetengah orang selalu berdoa bila memiliki baby, please don't grow so fast. Tapi tidak pada kami.
  • Melihat dia genap setahun bagaikan a big miracle.
  • Pengalaman pernah kehilangan anak berusia 10.5 bulan, memberi kesan amat mendalam pada diri kami suami isteri.
  • Melihat Sofea melepasi usia 11 bulan adalah satu kesyukuran yang tidak terhingga. 
    11 bulan
  • Trauma.masih.kuat.dan sebati.di dalam.diri.
  • Inas Sofea Affendi. Bersyukurnya ummi dan ayah melihat adik meraikan ulang tahun pertama hari ini.
  • 24.11.2015, 04.15 am adik selamat dilahirkan. 
    Dalam pantang
  • Hari ini 24.11.2016, nikmat Allah mana yang hendak didustakan.
  • Inas Sofea Affendi, lebih setahun lalu, wujudnya dikenalpasti genap setahun selepas pemergian Inas Sarah.
  • Selepas pemergian Inas Sarah, saya takut untuk memiliki anak kecil lagi.
  • Biarpun, beberapa doktor mencadangkan saya kembali mengandung untuk melepaskan rindu pada kehilangan Inas Sarah tetapi saya memilih dengan cara saya.
  • Bila kandungan semakin membesar dan jantina dikenalpasti, kami sepakat meletakkan nama Inas di hadapan. Bukan mengganti kakak yang tiada tetapi cuma mahu terus melafaz nama Inas itu dengan terang bukan sekadar dalam doa.
  • Inas Sofea Affendi berbeza dengan kakak-kakaknya.
  • Dia paling lasak, paling aktif, paling kecil dan paling cepat berhenti susu badan. 
  • Dalam 3 anak perempuan, Sofea paling suka menggigit orang, menarik rambut orang, mengoyak kertas. 
    9 bulan - 'mengemas' buku kakak
  • Dalam umur 11 bulan dia sudah berjalan hampir sama dengan usia Imaan Maryam mula berjalan.
  • Mula tumbuh gigi dan merangkak dalam usia 7 bulan lebih tapi gerakannya laju. Lepas pandai merangkak terus berdiri berpaut.
  • Dia pandai berebut barang dengan orang yang lebih besar daripadanya.
  • Suka memanjat sana sini.
    Cubaan memanjat
  • Memang tak diam menjaganya.
  • Inilah anugerah Allah yang tak ternilai harganya.
  • Tapi besar tanggungjawabnya.
  • Dan setiap kali demam, kami jadi risau dan takut.
  • Memanglah, tidak sukar untuk saya mengandung walau 10 kali kerana saya jenis tidak mempunyai masalah ketika mengandung. Tidak mabuk, tidak muntah, tidak mengidam, tiada alahan.
  • Sakit bersalin semua orang rasa. Bezanya tempoh sakit itu sendiri. Sakitnya sampai taubat (kononnya) tidak mahu mengandung lagi. Tapi sebenarnya masih berani menanggung rasa 'azab' melahirkan seorang anak.
  • Cuma trauma menjaga anak sakit sehingga melihat saat-saat akhir dia bertarung nyawa itulah trauma yang belum dapat diubati sehingga kini.
  • Trauma yang menyebabkan saya tidak bersedia untuk mempunyai anak lagi (buat masa ini).
  • Rezeki itu daripada Allah.
  • Buat masa ini, cukup dengan 2 anugerah yang ada sehingga (mungkin) saya benar-benar dapat mengatasi rasa takut yang ada dalam hati ini.

Friday, 18 November 2016

178 - IBADAH QURBAN DENGAN EZ QURBAN

Bismillahirrahmanirrahim

  • Alhamdulillah, tahun ini kami hanya menjalankan ibadah qurban untuk Inas Sofea melalui EZ Qurban sekali lagi tahun ini. Eh hari tu buat aqiqah untuk Sofea pun melalui EZ Qurban.
  • Objektifnya : Mudah, Murah dan Cepat
  • Bayaran cuma RM300.00 1 bahagian termasuk GST. Murah sangat. Sekarang ni kalau kat kampung je harga memang lebih RM600.00.
  • Dan yang bestnya daging yang kita sumbangkan diberi di negara-negara yang lebih memerlukan.
  • Kali ni saya cuma daftar secara online dan maklumkan juga pengesahan pembayaran kepada pihak syarikat melalui Whatsapp di talian 013-3186984. 
  • Syarikat memang akan hantar sijil pengesahan tetapi kita boleh juga semak status di laman web.
  • Ini status daripada laman web. 
  • Dan ini sijil yang dipos ke rumah siap dalam folder lagi.
  • Dah hujung-hujung tahun baru terima sijil, disertakan juga kalendar tahun 2017. Yang menariknya ada jadual solat setiap negeri. Tapi entah mana nak gantung nanti. 
  • Terima kasih EZ Qurban. Dah 2 kali menggunakan service syarikat ni memang rasa berbaloi.
  • Hanya dengan izin Allah juga semuanya berjalan lancar.
  • Aqiqah sudah, ibadah qurban pun sudah. Semoga Inas Sofea Affendi membesar dengan sihat, bijak dan bertaqwa.

Wednesday, 16 November 2016

177 - SURAH AL-MULK, AYAH DAN HUSNUL KHATIMAH

Bismillahirrahmanirrahim 

  • Surah Al-Mulk surah ke 67 daripada 114 surah dalam Al Quran dan mengandungi 30 ayat.
  • Surah ini antara surah pilihan yang elok diamalkan setiap malam. Sebab apa? Inilah surah yang akan menjadi pendinding ketika di alam kubur nanti.
  • Pendinding daripada siksaan kubur.
  • Bak kata ustaz semasa Seminar Al-Quran Dihatiku yang saya hadiri bulan Ogos yang lalu, kita ini banyak sangat dosanya maka buatlah persiapan sebelum dipanggil balik menghadap Allah.
  • Ustaz ini sendiri menyatakan setiap malam beliau menyedekahkan pahala surah ini kepada Almarhum bapanya yang tidak sempat beliau lihat kali terakhir kerana berada jauh di negara orang menemani isterinya menyambung PhD.
  • Ketika beliau menceritakan tentang Almarhum ayahnya dan surah Al Mulk, menitik airmata saya. Pemergian ayah masih baru dan kehilangan sangat terasa untuk dihubung kaitkan dengan kisah ustaz ini. 
  • Seperkara yang masih saya ingat kata-kata daripada kata ustaz ini, satu hari nanti apabila dibangkitkan semula di Alam Akhirat dan jika direzekikan untuk ke Syurga jumpalah Nabi Muhammad kerana agamanya kita berpeluang ke Syurga. Jumpalah para sahabat atau siapa sahaja tokoh Islam yang hebat yang kita tak sempat temui kerana berbeza zon masa. Tetapi jangan sesekali kita lupa mencari ayah ibu di Syurga nanti.
  • Allahu Akbar. Merah lagi kubur arwah ayah. Rindu sentiasa di dalam hati dan doa untuknya sentiasa dipanjatkan kepada Illahi. 
  • Saya ini bukan baik. Walaupun orang kata saya dah terpilih memiliki saham akhirat dengan kehilangan Inas Sarah tapi saya takut markah saya tidak cukup untuk melayakkan saya mendapat tempat di Syurga Allah.
  • Semoga dengan rahmat Allah, shafaat Rasulullah mengizinkan kita semua menjadi sebahagian penduduk Syurga. 
  • Saya tahu, kita semua tahu siapa kita untuk memiliki mahligai dalam Syurga. Kalau diumpamakan perlu menjadi gelandangan di antara penduduk Syurga pun saya sanggup asalkan tidak disentuh api neraka yang sangat azab. 
  • Hidup ini singkat semoga Allah beri peluang dan rezeki untuk saya dan seluruh umat manusia yang masih bernafas untuk mencari ilmu, mencari bekalan dan membuat sebaik-baik persiapan sebelum dipanggil pulang. 
  • Kata Ustazah Norhafizah, sentiasalah bermohon kepada Allah supaya menghantar Malaikat Izrail dalam keadaan DIA (Allah) telah redha dengan amalan hidup kita supaya kita tidak perlu bersoal jawab dengan Malaikat Munkar dan Nakir di alam barzakh nanti.
  • Semoga pengakhiran kita pengakhiran yang baik-baik. Husnul Khatimah.

Friday, 11 November 2016

176 - AFTER A LONG HIATUS

Bismillahirrahmanirrahim 

  • Lama tidak menulis di sini. Tidak tahu cerita yang mana mahu ditulis. 
  • April 2016 yang sarat dengan emosi.
  • 8 April 2016, genap dua tahun pemergian Inas Sarah Affendi. Sekejap kan? Sekejap bagi mereka yang tidak rasa 'sakit' kehilangan anak. Tapi dalam tempoh dua tahun ini, rasa redha ini semakin berkembang di dalam sanubari. Sabar tak? Kalau tak sabar mungkin saya dah hilang akal awal-awal kehilangan anak ini dulu. Sungguh masa itu juga yang akan merawat rasa hati. Penyerahan sepenuhnya perlu diikhlaskan hanya kepada Dia Yang Memiliki apa yang di langit dan di bumi. Sebab kamu buat apa sekalipun, takdir tetap tidak boleh diubah. Luka hati hanya boleh dirawat dengan doa. Dia Maha Mendengar. Apa jadi sekalipun, kita kena kembali kepada Dia. Allah Yang Maha Agung.
  • April 2016, ayah tidak sihat. Sangat tidak sihat. Sakit dengan tiba-tiba. Ia bermula pada 1 April bila saya dimaklumkan adik lelaki supaya membelikan ayah air prune untuk kencing kotor.
  • 2 April 2016, kami: saya+suami+ayah+mak+anak-anak menghadiri kenduri kahwin. Nampak ayah tidak seceria sebelum ini. (Ayah orangnya ceria, peramah dan rajin mengusik orang. Beliau mengusik orang tidak kira kanak-kanak hingga orang dewasa, baik keluarga sendiri ataupun orang kampung)
  • Awal minggu bulan April ayah asyik demam. Beberapa kali ke jabatan kecemasan. Bila ayah demam, beliau cepat lupa. Ini TIDAK PERNAH TERJADI sebelum ini.
  • 14.04.2016, ayah ditahan di hospital kerana kencing kotor. Seminggu di hospital, doktor menjalankan CT Scan kerana agak pelik kenapa ayah jadi pelupa dan pendiam.
  • 15.04.2016 - 17.04.2016 : Ramai ahli kariah tidak putus-putus menziarahi ayah. Di wad tersebut ayah paling ramai menerima visitor. Ayah diam dan kadang-kadang sedih melihat ramai orang menziarahinya. Sikap yang sangat contradict dengan watak sebelum ini.
  • 18-19.0.2016, pihak hospital maklumkan ayah menghidapi KANSER PANKREAS TAHAP 4!
  • 22.04.2016, pihak hospital maklumkan kanser ayah telah merebak ke otak.
  • 23.04.2016, kami bawa ayah pulang ke rumah atas risiko sendiri. Hari itu hari Sabtu, sebelum ayah sampai ke rumah, orang kampung sudah datang berkunjung ke rumah mak. Amazingly, bila di rumah ayah boleh sedikit bersuara dan ingat setiap soalan yang ditanya.
  • Tapi ayah semakin kurus, tidak bermaya.
  • 12.05.2016, saya dan abang membawa ayah ke Klinik Pakar untuk rawatan susulan. Nampak lesunya ayah.
  • 16.05.2016, kami bawa ayah ke hospital semula bila ayah tidak mampu lagi untuk duduk dan dalam keadaan yang sangat lemah.
  • 18.05.2016, ayah dipindahkan ke Unit Rawatan Paliatif. Kata doktr, ayah sudah tidak boleh dirawat. Kanser merebak ke seluruh badan. Di unit ini, pelawat bebas keluar masuk tanpa menunggu waktu melawat. Ayah sudah tidak boleh berinteraksi dengan kami.
  • 19.05.2016, kami sekeluarga berkampung di unit ini. Kata doktor bertugas, ayah makin kritikal hanya keajaiban sahaja yang akan memanjangkan hayat ayah. Kaum keluarga diminta dipanggil kerana bila-bila masa nafas ayah boleh terhenti.
  • Kami berada sehingga malam di unit ini. Saya sampai di rumah lebih pukul 10 malam. Belum pun sempat terlena, adik lelaki telefon,  ayah telah dijemput pulang pada pukul 00.15 Jumaat 20.05.2016. Innalillahiwainnailahirajiun.
  • Ayah pergi pada hari paling baik. Penghulu segala hari. Jenazah ayah terus dibawa pulang selepas selesai pengesahan kematian.
  • Kami tahu ayah akan pergi cuma sekejap sangat ayah sakit. Allah telah tetapkan percaturan ini. Biarpun sekejap, ia tidak mengejutkan. Allah tarik nikmat perlahan-lahan. 
  • Secara peribadi ketika saya tahu kanser ayah merebak, setiap kali solat saya berdoa Allah permudahkan urusan. Semoga kami bersedia menerima pemergian ayah. Mungkin pengalaman kehilangan anak menyebabkan saya lebih bersedia untuk menerima 1 lagi kehilangan.
  • Ayah tetap seorang bagi setiap anak. Perginya tidak boleh diganti. Rumah mak sunyi tanpa suara ayah. Kurang 2 bulan Allah dah biasakan kami dengan pendiamnya ayah sebelum Dia jemput ayah pulang.
  • Alhamdulillah, jasad ayah dimandi dan dikafankan anak-anak. Sedih melihat jasad ayah sejuk terbujur kaku. Itulah kali akhir kami melihat ayah.
  • Jauh di sudut hati, saya bangga dengan ayah. Di hujung usia tuanya, ayah sentiasa berjemaah solat 5 waktu di masjid. Jika tidak ke masjid, ayah akan berjemaah dengan mak di rumah. Malahan setiap hari ayah bangun Qiamullail dan membaca AlQuran. Ayah dah buat persiapan sebelum pergi. Ayah dah bawa bekal sebelum menghadap Allah. Ayah dah bawa lampu yang menemani gelapnya kubur. Saya berdoa rumah baru ayah jauh lebih hebat daripada apa yang dimiliki atas bumi ini. Saya harap malaikat munkar dan nakir berlembut dengan ayah ketika di sana.
  • Hati kami masih sedih kehilangan ayah. Tapi kami tersenyum bila orang kampung bercerita yang baik-baik tentang ayah. Kami bangga dengan ayah. Ayah bukan orang Melaka. Loghat Kedahnya masih pekat tetapi ayah lebih Melaka dari mak. Ayah lebih dikenali orang sekeliling daripada mak yang memang berasal dari kampung itu.
  • Sehingga kini, setiap minggu bila menziarah ayah dan Inas Sarah, saya terbayang-bayang aktiviti ayah semasa hayatnya. Waktu lawatan kami itu, biasanya ayah masih sibuk membersihkan masjid.
  • Ayah, saya mahu jumpa ayah di Syurga. Damailah ayah di sana. 
  • Kita semua akan mati juga. Bezanya train ayah sampai dulu. Train kami akan menyusul kemudian.
  • AlFatihah untuk ayah.