Skip to main content

190 - PERSIAPAN SEKOLAH ANAK DARJAH 1

Bismillahirrahmanirrahim

  • 2018 anak kita baru nak masuk darjah 1. Anak orang lain dah masuk darjah 4. Nak buat macam mana, rezeki masing-masing Allah yang bagi kan. Alhamdulillah. 
  • Imaan Maryam dah nak masuk 7 tahun. Cepat masa berlalu. 2011 punyalah payah nak keluarkan budak bertuah ni. 12 jam akak tahan contraction sakit kena induce. 2x beb. Siapa yang pernah induce tahulah azabnya induce. 'Rezeki' akak 2x beranak kena induce. Maryam dan Sofea. Masa Sarah je tak kena, tu pun 9 jam menahan sakit.
  • Ok bila anak kita baru nak melangkah masuk sekolah rendah, dia punya nervous takde pun. Sebab umminya percaya Imaan Maryam boleh survive. Kikiki. Cuma umminya la excited nak prepare keperluan sekolah. Dok tanya orang itu ini. Google sana sini. Allah.. mak2 dulu takde pun lorat nau. Anak depa berjaya juga jadi orang. Zaman dah berubah kawan. 
  • Bulan 11 je kami laki bini dah mula beli baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah. Beli awal senang. Tak perlu berebut masa bulan 12 mesti lagi havoc orang bershopping keperluan kembali ke sekolah.
  • Bila beli awal, ada 1 je kerisauan di hati iaitu semoga Maryam muat pakai baju sekolah masa bulan Januari 2018. Budak debab ni ramai kata dah kurus tapi bila timbang maintain je 33kg. Tu kadang-kadang mengusik dia panggil Jamal/Jomol/Jemel/Jamalina sebab memang favourite dia tengok Saka Sisters. Tiap-tiap minggu dia pujuk ayahnya beli top up Astro Warna. Anak ayah.. Tang fizikal anak ayah, tang perangai anak ummi.
  • Bulan 11 hari tu kami beli baju sekolah di Mydin dan Pasaraya Hari-Hari je. Ya takde pun nak beli baju jenama Canggih tu. Dah rasa material kain Canggih memang tebal secanggih harganya. Tapi memandangkan banyak baju nak beli walaupun hanya dia seorang nak sekolah, kita beli la jenama lain. Tu pun lepas kakak cakap Doktor pun beli baju sekolah di Pasaraya Hari-Hari je. Doktor kan banyak duit. Hahaha.
  • Kami beli 7 helai baju putih, 4 helai kain biru dan 2 helai kain hitam. 4 pasang untuk sekolah pagi, 3 pasang untuk sekolah agama petang. Senang nak iron sekali. Kot kalau beli brand mahal tak daya pulak sepasang RM70++ x 7 pasang = RM490- RM500++. Jadi kita beli brand biasa-biasa aje. Mak kau ni kerja mungkin tak berdaya nak iron baju sekolah hari-hari. 
  • Cuma kasut sekolah dan beg sekolah kami beli dekat Aeon Ayer Keroh.
  • Stationery tak payah beli. Banyak orang bagi. Murah rezeki siapa yang bagi tu ye.
  • Ni summary pembelian keperluan sekolah setakat 25.12.2017. Tahun depan ada umur kita tengok perbezaan harga dan komen kualiti kain. 
  • Haish mujur kami beli awal. Masa 25.12.2017 pergilah beli tudung tambahan kat Pasaraya Hari-Hari, punyalah ramai pelanggan. Kemain lama beratur. Ingat nak la beli tambahan kain hitam sekolah agama tapi dah out of stock. Bulan 11 hari tu beli dua pasang je konon nak try beli kedai lain tapi sudahnya tak pergi pun.
  • Kain jenama No Problem agak tebal macam Canggih dan harga sepasang cuma RM39.90. Kalau harga baju jenama Canggih sahaja RM30++ dan kain RM30++ juga. Kira 2x ganda la. Harapnya memang no problem masa dah pakai nanti. Meanwhile jenama Jony & Jeny nipis sikit dari No Problem tu tapi tidaklah nipis nau. 
  • Semangat iron baju minggu lepas. Ayah Maryam tanya kenapa baju sekolah tu hanger tak sama warna. Jawapan umminya : hanger merah (4 pasang baju sekolah pagi), hanger kelabu (2 pasang baju sekolah agama petang), hanger biru (sehelai baju putih yang belum dapat partner kain hitam, nanti bila dah ada kain hitam ke3, kita tukar kepada hanger kelabu). Tudung sarung 3 helai hanger hijau. 2 lagi tudung gantung tempat lain ikatkan je kat penggantung belakang pintu.
  • Hat yang tudung tu mula-mula dah bagi Maryam test pakai tudung anak kawan dan dia puas hati. So saya beli la 3 pasang je kebetulan ada sale. Bila tudung tu dah sampai dia boleh cakap tak nak. Lantaklah kau nak. Dah beli pakai aje. Tu yang bila nak beli lagi try tengok kat Pasaraya Hari-Hari dan dia nak yang jenis dua lapisan tu. Ala tudung zaman kita pakai tahun 80-90an dulu tu. Kalau ikutkan kena ada 8 tudung. Baru ada 5 ni.
  • Untuk alatulis tu, saya cuma tampal nama pada setiap alatulis. Masa tadika banyak beli pensel warna lepas tu entah sape punya color ada dalam beg Maryam. Tahun ni rajin umminya (ehem) menampal nama pada setiap satu pensel warna. Setiap satu ok. Mak lebih semangat dari anaknya. 
  • Lepas ni ingat nak prepare 1 fail untuk masukkan buku-buku bagi  1 hari punya matapelajaran. Fail pun tak beli lagi ni. Tu pun kalau rajin lah. Hehehe.

Comments

Popular posts from this blog

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula ke...

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah ...