Skip to main content

189 - TIP BELANJA BERHEMAH

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam keadaan ekonomi masa kini yang tidak berapa baik untuk poket rakyat marhaen seperti kita ni, perkara paling utama mengawal perbelanjaan adalah disiplin dan rajin. Disiplin dalam mengawal aliran tunai, maksudnya kita kena kena fokus dengan setiap nilai yang hendak dibelanjakan dan disimpan. Rajin pula sebab dalam berjimat cermat, banyak benda yang kita kena rajin usahakan.

Di bawah ni tips yang akak lakukan untuk kemaslahatan kami sekeluarga. Sebagai menteri kewangan di dalam rumah, akak mengawal dan memberi khidmat nasihat kepada suami dan anak-anak dalam berbelanja. Kemain kan..

  • Perancangan bajet
Ini perkara paling utama dalam mengawal cashflow sendiri. Pendapatan bulanan tu hendaklah disusun keutamaannya bagi mengelakkan defisit. Macam contoh di bawah. Kita kena asingkan perbelanjaan utama dan jangan lupa untuk allocate some amount untuk saving juga. As for me, saya memang dah buat potongan gaji untuk untuk simpanan di Tabung Haji bagi akaun kami sekeluarga dan ASB. Dan saya akan berbelanja according to my budget. Tapi biasa la sometimes mesti ada lari sikit but still kena ensure cash in bank is sufficient to accomodate our expenditures tanpa berhutang menggunakan kad kredit.


  • Kurangkan aktiviti makan di luar
Macam kami sekeluarga memang jarang makan di luar. Unless kalau dah ke shopping complex memang makan kat sana la. Ni maksudnya kalau tiada aktiviti di luar memang tak makan di luar sebab pertama, kalau makan kat kedai luar akan mendatangkan stress bila anak bongsu kita tu suka benar duduk atas meja. Bukan setakat duduk, kadang-kadang berdiri sambil berpusing atas meja makan sampai dia sendiri pening. Biasanya kalau makan di luar memang akan bersepah teruk atau kena bergilir-gilir makan. Kalau kat rumah pun Sofea dengan happy akan letak makanan atas kepala kakaknya sambil terkekek ketawa, bayangkan bila dia buat perangai kat luar. Sebab lain opkos la kos sekali makan lebih mahal dari masak di rumah. Kalau kat melaka ni, sarapan biasa + air bagi kami ber4 melebihi RM15.00. Kalau makan tengahari boleh cecah RM40.00 ke atas tertakluk kepada menu pilihan. Nilai tersebut boleh beli barang basah untuk 2-3 hari kalau kita beli kat pasar borong. Main key :  kena rajin. Akak pun dah lebih 4 tahun kot masak sarapan bawa ke pejabat. Tu pun pasal husband suruh kalau tak memang membeli di cafe pejabat secara rutin.
  • Beli barang basah di pasar borong
Percayalah barang basah seperti lauk pauk sangat murah di pasar borong. Tak semestinya kena pergi pukul 4-5 pagi. Kalau kat Melaka ni saya pergi pasar borong dalam pukul 7 lebih sebab nak angkut anak-anak. Pernah Encik Suami beli ikan selar RM12.90 sekilogram. Next week tu masa pergi pasar borong harga cuma RM3.00 sekilogram sahaja. Udang yang harga RM34.00 di Mydin boleh dapat RM22.00 sahaja di pasar borong. Banyak jimatnya kalau beli di pasar borong. Cuma kalau ayam saya beli yang fresh daripada pakcik. Lain-lain lauk memang prefer beli di pasar borong sahaja. Harga ikan di pasar tani pun memang mahal.
  • Hadkan melayari kedai atas talian di internet
Dalam dunia zaman sekarang semuanya di hujung jari anda memang kita akan terpesona dan terpedaya untuk membeli belah di internet. Sebab tu saya akan hadkan masa untuk menjenguk kedai online bagi mengelakkan nafsu membeli belah dan pembaziran.
  • Beli barang jika ada diskaun
Yang ni memang menjimatkan. Saya akan beli baju bila ada sale di shopping complex. Kalau perasan pada price tag ada sticker warna janganlah beli kalau takde sale. Rugi banyak sangat. Tu maknanya barang tu akan ada harga runtuh bila tiba masanya. Unless new item pada price tag memang tidak diwarnakan ok lah kalau nak beli pada bila-bila masa. 
  • Cuci kereta di rumah   
Kalau kita rajin memang jimat banyak kalau cuci kereta kat rumah. Katalah sekali cuci RM10.00, cuci kereta 2x seminggu x 2 kenderaan = RM40.00. Tu kalau sekali cuci RM10.00, harga cuci tertakluk juga pada jenis kenderaan. Bil air rumah saya meningkat RM3.00 - RM5.00 sebulan bila cuci kereta. Sebulan dah jimat RM35.00. Nampak tak yang penting kena rajin.
  • Bercucuk tanam
Kalau ada tanah, tanamlah beberapa sayuran yang selalu digunakan seperti serai, pandan, daun limau, kari atau cili. Kos beli anak pokok pun bukan mahal sangat pun. Macam terung atau bendi, anak pokok RM1.00 je. Cili boleh dapat RM3.00 sepokok. Serai dan daun pandan boleh tanam sendiri je tanpa perlu beli di nurseri. Sebagai langkah penjimatan kami telah dan sedang mempelbagaikan hasil tanaman di rumah. Kalau pun tak banyak space di rumah boleh ditanam di dalam pasu. Dulu Encik Suami rajin menanam pokok bunga, tapi since cost of living semakin meningkat, tanaman sayuran menjadi keutamaan. Rujuk entri di sini.
  •  Berhenti langgani siaran berbayar
Kami dah lebih setahun berhenti melanggani astro secara bulanan. Dulu saya rasa Encik Suami bayar lebih seratus untuk bil astro setiap bulan. Tapi bila fikir balik berapa jam sehari je pun kami menonton TV, hujung minggu pun jarang di rumah sebab balik kampung. At last, kami decide beli Astro Njoi je. Walaupun hanya ada limited siaran tapi takpe la beberapa siaran utama ada jelas. Kos beli Njoi ni RM400.00 pada masa tu. Kalau sebelum ni bayar RM100 x 12 bulan = RM1,200.00. Jimat banyak dalam setahun. Njoi ni kita pakai selama mana yang boleh selagi ianya tidak rosak. Kalau berminat dengan siaran tertentu, boleh top up je macam beli kad prabayar untuk beli channel yang berkaitan. Macam masa  musim Super Spontan, every week Encik Suami beli siaran. RM7.++ untuk seminggu.
  • Potong rumput di rumah sendiri 
Hat yang ni kena ada mesin rumput sendirilah. Baru boleh jimat. Kami beli mesin rumput jenis Tanaka kurang RM600.00 termasuk aksesori (minyak, tali bla bla). Kalau dulu sekali mesin RM50.00 X 12 bulan = RM600.00. So since ada mesin sendiri, boleh jimat dan dah pulang modal pun.
  • Beli barang dapur di kedai yang menawarkan harga yang murah
Kebiasaannya memang banyak buku atau risalah iklan dihantar ke rumah tentang sesuatu produk. Jadi, beli pada masa tawaran harga terendah dibuat oleh kedai tersebut. Kena rajin buat perbandingan harga. Macam saya keperluan dapur kami beli di pasaraya besar Mydin sebab macam-macam ada kat situ. One stop centre. Tapi sekarang sejak zaman GST, saya akan menapis barang yang perlu dibeli pada setiap bulan. Macam susu dan diapers anak saya akan beli di kedai lain berdekatan dengan rumah sebab harga di Mydin agak mahal. Dalam mendapatkan harga yang rendah kena consider juga jarak ke lokasi tersebut. Jangan nakkan beberapa item yang sedikit rendah tapi kadar penggunaan minyak mengatasi penjimatan yang ada.
  • Buat kajian pasaran sebelum membeli belah
Saya pernah kongsikan pengalaman membuat perbandingan harga di entri ini. Memang penting pun buat comparison price. Banyak boleh dijimatkan. Lainlah kita ni jutawan, takde kisahnya pun berapa harga barang. Tapi kena sedar diri lah dan ikut kemampuan masing-masing.
  • Jangan terikut dengan gaya orang lain
Sekarang ni, memang trend orang berbelanja online. Kalau tengok FB je pun macam-macam orang jual. Tapi ada peniaga menjual dengan kadar yang sangat tinggi. Contoh tudung jelah pun, ada tudung harga beratus-ratus sampai beribu-ribu pun ada. Tapi ada peminatnya tersendiri. Tak salahpun beli kalau nak berbelanja yang penting tengok baki duit jangan sebab nak bergaya sanggup berhutang. Jauhkanlah. Selagi ianya mematuhi syarak, cukuplah dari hutang keliling pinggang. Tak mengapa orang kata kita berkira, asalkan hidup kita bebas hutang. Kalau terlebih duit, jadilah seperti Abdul Rahman Bin Aus sahabat Nabi. Ahli Syurga yang semasa hayatnya banyak menginfakkan harta di jalan Islam. Dan satu antara kisahnya apabila beliau pergi ke kedai-kedai bagi membayar hutang si polan kepada pemiutang tanpa diketahui penghutang. 

Nabi pun dah pesan, 'Pandanglah orang yang di bawah kalian, jangan memandang yang ada atas kalian, itu lebih layak, agar membuat kalian tidak mengkufuri nikmat Allah.' ~Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ~
  • Jimatkan elektrik
Tutup eletrik yang tidak digunakan. Contohnya lampu, tak perlu nak pasang semua lampu di rumah. Kalau pun nak menonton TV sehingga lewat malam, tidak perlu dinyalakan lampu sepanjang malam. Suis TV, seterika dicabut plug selepas digunakan. Kat situ kita boleh jimatkan aliran tenaga dan bil utiliti.

Comments

Popular posts from this blog

24 - TINDAKAN PERTAMA DAPAT KUNCI RUMAH BARU

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum.

 Ini apa yang kami buat selepas terima kunci rumah. Masuk rumah baca bismillah. Bagi salam. Lebih baik laungkan azan di setiap penjuru rumah. Kira berapa plug point yang dibekalkan pemaju. Biasanya memang limited. Dan kita kena kira berapa banyak lagi yang perlu kita tambah.Selepas tu, kami pergi Syarikat Air untuk pasangkan meter air. Masa pergi Syarikat Air,dokumen kena bawa seperti salinan kad pengenalan, salinan SNP. Macam kami, pemaju dah siap fotostatkan page mana berkaitan dan borang F serta duit pendaftaran yang secukupnya. Di Melaka kos pemasangan dan deposit cagaran air berjumlah RM110.00.Bila air dah ada, pastikan tangki telah dipenuhi air dan periksa keadaan rumah kot2 kalau ada defect. Kalau ada sila isi borang yang pemaju sediakan dan buat laporan segera. Lepas pemaju perbaiki defect yang ada baru boleh buat renovatioan, otherwise diorang takkan layan sebab nanti diorang claim defect berlaku atas kecuaian kontraktor ubahsuai yang…

180 - PENGALAMAN: BILA ADA ULSER DALAM MULUT SOFEA

Bismillahirrahmanirrahim

Baru-baru ni(Jumaat lepas) badan Sofea dedar-dedar.. Hari Sabtu pun sama. Bila malam badan jadi panas dan suhu meningkat ke 38++͎͒Hari Ahad kami bawa ke klinik sebab beberapa kali air liur meleleh. Hari Ahad memang banyak klinik tutup maka kami tiada pilihan selain bawa ke satu klinik di Semabok. Saya minta doktor periksa tekak sebab experience kakaknya selalu kalau demam ada tonsil di tekak. Dan kata doktor tekaknya merah sedikit. Doktor bagi ubat antibiotik.Hari Isnin saya notice ada bintik merah di dagu. Suhu badan 37 - 38 macam tu. Malam tu pulak meragam tengah malam. Tak mahu tidur atas katil. Saya perlu berdiri dan dukung bagi dia tidur. Bila saya duduk dia boleh sedar nak menangis. Dengan ayahnya pun tak mahu.Sampai 2-3 pagi tidur tak nyenyak. Minum susu pun tak mahu. Akhirnya pukul 4.00 pagi, mak saya bawa masuk tidur dalam buaian baru lena tidur.Hari Selasa saya terpaksa EL. Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. On the way ke klinik saya perasan ada u…