Skip to main content

109 - AND THE MOUNTAINS ECHOED














Bismillahirahmanirrahim                   
Assalamualaikum

  • Lama tak cerita pasal buku. Bulan lepas masa menjengah MPH Bookstore, saya terpandangkan satu buku penulis kegemaran. 
  • Khaled Hosseini. Karyanya hebat pada pendapat saya. 
  • Memetik kata-kata beliau,
    "I am forever drawn to family as a recurring central theme of my writing. My earlier novels were at heart tales of fatherhood and motherhood. My new novel is a multi-generational family story as well, this time revolving around brothers and sisters, and the ways in which they love, wound, betray, honor, and sacrifice for each other. I am thrilled at the chance to share this book with my readers."
  • Dan ini buku ketiga beliau yang saya miliki.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Dulu saya gemar membeli buku online. Dulu saya rajin dok mengintai mphonline atau ujanailmu. Untuk melihat jikaada karya-karya baru penulis kegemaran. Sekarang dek kekangan pengurusan masa sendiri, saya sudah jarang-jarang menjenguk kedai buku di alam maya. 
  •  And the Mountains Echoed. 
  • Ketika menyelak halaman terawal buku ini, bulu roma saya meremang. Seperti kata-kata pujian, “ It is impossible to read Hosseini ‘s novel without feeling at times your heart is being ripped out and yet somehow you finish this novel feeling as if you have been given very special gift.” 
  • Buku ini tentang kisah dua beradik, Abdullah dan Pari yang menjalani kehidupan serba kekurangan di satu kampung di Afghanistan pada awal tahun1950 an. Abdullah seorang abang yang luar biasa. Dengan jarak usia 7 tahun dia memikul tanggungjawab seorang ibu dalam membesarkan Pari bila si ibu meninggal dunia selepas melahirkan adiknya. Pari adalah segala-galanya baginya. Pari syurga Abdullah. 
  • Kehidupan yang susah menyebabkan si bapa, Saboor melepaskan Pari yang berusia 2 tahun kepada keluarga Wahdati (majikan Nabi, abang ipar Saboor, abang kepada Parwana ibu tiri dua beradik ini) demi kesinambungan hidup. Penyerahan ini pemutus hubungan keluarga antara Nabi dan keluarga Saboor. 
  • Perjanjian diikat dengan penafian kepada asal usul Pari. Nabi bukan lagi seorang pakcik tetapi orang suruhan kepada Pari. Nabi, seorang lelaki yang sangat setia kepada majikan sehingga akhir hayatnya. Tatkala isteri Suleiman Wahdati, Nila Wahdati melarikan diri bersama Pari yang baru berusia 6 tahun dari meneruskan kehidupan yangagak sulit apabila Suleiman diserang stroke, Nabi tetap setia menjadi pembantu sepanjang hayat Suleiman. Kesetiaan Nabi dibalas Suleiman dengan mewariskan semua hartanya kepada Nabi. Dan selepas pemergian Suleiman, Nabi kembali ke rumah kecilnya sehingga selepas perang, rumah itu dirisik untuk disewa pihak luar. 
  • Nila Wahdati membesarkan Pari di Perancis tempat lahir ibunya. Nila meninggal pada tahun 1974 dalam keadaan dia ketagihan alcohol. Pari dewasa tanpa sedar bahawa Nila bukan ibu biologinya. Tidak sempat mengorek rahsia di Kabul, Pari berkahwin dengan Eric dikurniakan 3 anak; Isabelle, Alain dan Theirry dalam menongkah arus sebagai pakar matematik. Beliau dikejutkan oleh surat daripada Markos seorang pakar bedah yang berkhidmat di bawah NGO untuk membantu rakyat Afghanistan yang menderita akibat peperangan pada tahun 1990an. Sejarah yang terlupa digali terbentang depan mata. Dia kembali ke Kabul mengutip memori yang tidak mampu diingati. 
  • Markos lelaki yang menyewa tanpa bayaran di rumah Suleiman atas keikhlasan Nabi yang mahu rakyat negaranya dibantu orang luar yang berkorban meninggalkan tanahair mereka. Markos bersama pasukannya termasuk  Amra jururawat Bosnia penuh dengan nilai kemanusiaan. Amra bersungguh mencari penaja rawatan  Roshi anak kecil yang parah akibat perebutan tanah. Anak yatim piatu ini ditetak bila keluarganya disembelih si pakcik yang kemaruk mahukan tanah si ayah yang diwarisi daripada si datuk. 
  • Dr Idris Bashiri pernah menetap di kejiranan Suleiman kembali ke Kabul menemani Timur untuk mendapatkan harta keluarga yang ditinggalkan selepas mereka berhijrah ke Amerika. Idris lelaki yang berjanji untuk membantu Roshi akhirnya lupakan janjinya. Satu hari ketika dia beratur mendapatkan tandatangan buku terlaris, dia termalu bila si penandatangan adalah Roshi watak utama dalam buku yang mendedikasi rasa terhutang budi kepada Timur Bashiri. 
  • Idris juga merupakan doktor kepada keluarga Abdullah. Abdullah dan keluarga kecilnya menetap di Amerika selepas melalui kehidupan tidak menentu di Pakistan bersama-sama isteri dan the only daughter –Pari. Pari puteri yang dinanti selepas usia menginjak usia 40an. 
  • Dr Pari Wahdati menjejaki Abdullah menerusi Pari Abdullah.  Selepas lebih 50 tahun Pari bertemu semula dengan si abang dalam keadaan si abang sudah tidak mampu mengingati kisah silam. Tetapi sekurang-kurangnya hubungan yang terputus berpuluh tahun akibat takdir yang tidak dapat dielakkan telah disatukan.
  • Kesimpulannya, setiap sisi hidup watak dalam cerita ini diperincikan dengan sangat baik. Khaled dalam buku-bukunya tidak pernah melupakan Afghanistan dalam setiap ceritanya (Sepertimana Mamat Khalid yang tetap menjadikan Perak sebagai nadi karyanya). Namun, secara jujurnya bagi saya Kite Runner tetap buku terbaik daripada Khaled. Entah kenapa penutup kisah Pari-Abdullah tidak cukup menyengat sepertimana hubungan Amir-Hassan
  • Hebatnya Kite Runner sehingga karya ini diangkat dilayar perak. Tetapi seperti yang kita tahu karya di layar perak tidak sehebat naskhah di dalam novel. Tapi Laskar Pelangi versi filem masih saya boleh terima. Khaled Hosseini dan Andrea Hirata penulis hebat yang saya rasa rare di peringkat antarabangsa.

Comments

Popular posts from this blog

180 - PENGALAMAN: BILA ADA ULSER DALAM MULUT SOFEA

Bismillahirrahmanirrahim Baru-baru ni(Jumaat lepas) badan Sofea dedar-dedar..  Hari Sabtu pun sama. Bila malam badan jadi panas dan suhu meningkat ke 38++͎͒ Hari Ahad kami bawa ke klinik sebab beberapa kali air liur meleleh. Hari Ahad memang banyak klinik tutup maka kami tiada pilihan selain bawa ke satu klinik di Semabok.  Saya minta doktor periksa tekak sebab experience kakaknya selalu kalau demam ada tonsil di tekak. Dan kata doktor tekaknya merah sedikit. Doktor bagi ubat antibiotik. Hari Isnin saya notice ada bintik merah di dagu. Suhu badan 37 - 38 macam tu. Malam tu pulak meragam tengah malam. Tak mahu tidur atas katil. Saya perlu berdiri dan dukung bagi dia tidur. Bila saya duduk dia boleh sedar nak menangis. Dengan ayahnya pun tak mahu. Sampai 2-3 pagi tidur tak nyenyak. Minum susu pun tak mahu. Akhirnya pukul 4.00 pagi, mak saya bawa masuk tidur dalam buaian baru lena tidur. Hari Selasa saya terpaksa EL. Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. On the way  ke klinik

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula kepada pembekal. 26 keping x RM5 = RM130. Mulanya lebihan tiles ni nak pa

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah berdasarkan design yang dibuat dengan mengambil kira ukuran 22 x 40