Skip to main content

6 – PENGALAMAN MENYUSU ANAK



Assalamualaikum.

  • Semasa mengandung anak pertama, saya menanam niat untuk menyusukan bayi dalam kandungan. Sewaktu ditanya nurse ketika sesi check up bulanan perkara ini telah ditanya dan saya sangat confident dengan keputusan saya.

  • Sayangnya saya tidak cukup menuntut tentang ilmu penyusuan sepanjang tempoh kehamilan.

  • Hari pertama kelahiran imaan, saya dengan kekok tapi sedaya upaya cuba menyusukan imaan dan sepanjang malam pertama kami di wad, imaan kerap bangun merengek.

  • Hari pertama pulang ke rumah mak,imaan masih begitu. Semua di rumah mencadangkan keperluan penyusuan imaan ditampung dengan susu formula. Tuhan saja tahu betapa kecewanya saya ketika itu. Saya menangis dan hanya encik suami yang tahu sengsaranya saya dengan ketiadaan air susu.

  • Hari itu juga, encik suami keluar mencari pam susu demi anak dan isteri yang tengah stress. Encik suami membeli pam elektrik pureen. Sayang sekali lagi, hasil tuaian amat mengecewakan. Malah sedutan pam tersebut menyakitkan. Salah teknik ke saya pun tidak pasti. Tapi saya tetap istiqamah untuk teruskan niat menyusukan imaan

  • Beberapa hari selepas itu, susu mulai menitis dan saya terus mengepam dan direct menyusukan imaan.  Tiada lagi istilah susu formula selepas hari itu. Alhamdulillah.

  • Dalam seminggu mengepam, saya tidak selesa mengunakan pam tersebut dan kerap merasa sakit. Sekali lagi encik suami keluar lagi mendapatkan pam avent manual setelah mendapatkan beberapa pandangan kawan-kawan. Ya, ianya amat selesa digunakan. Tiada lagi rasa sakit seperti sebelum ini.

  • Selepas habis pantang, saya masih tidak menyediakan stok susu. Hasil susu tidak sebanyak mana. Saya mula risau. Maka bermula lah episode mengadu nasib dan minta pandangan kawan-kawan.

  • Atas nasihat kawan-kawan saya meneruskan usaha dengan pelbagai tips yang diberi. Sejak itu, aktiviti internet saya lebih kepada mencari maklumat tentang segala info penyusuan.

  • Sesungguhnya untuk memenuhi tuntutan sunnah dalam menyusukan anak tidak semudah ABC dan 123. Bagi bakal ibu-ibu di luar sana, penuhkanlah ilmu penyusuan sebelum melahirkan bayi khalifah.

  • Alhamdulillah pengalaman susah menyusukan anak pertama menjadi pelajaran paling bermakna untuk saya meneruskan penyusuan untuk anak kedua.

·         Maka, apakah tips penyusuan yang diberi ? Jom tengok senarai di bawah:




  1. Kerap mengosongkan payu dara. Bacalah mana-mana sumber, tips ini paling penting kerana apabila kita kerap mengosongkan payu dara, maka lebih banyak susu akan diperolehi. Bagaimana? Kerapkan menyusukan bayi/anak anda. Keluarkan susu yang ada melalui teknik manual (perahan dengan tangan) atau pam (manual/elektronik). Pandangan saya ini tidak disokong oleh kajian saintifik tetapi lebih kepada pemikiran saya semata-mata iaitu apabila kita makin kerap mengosongkan payu dara, maka ruang yang kosong akan mula dipenuhi dengan susu-susu. Jika ia dilakukan secara tetap dan berkala,sistem payu dara mula memahami kehendak badan supaya susu terus dibekal secara konsisten. Jika kita jarang-jarang mengosongkan payu dara, system di dalam mungkin telah set tiada demand, maka tidak perlukan supply. Itu pandangan saya. Saya bukan pakar laktasi tapi saya membuat andaian daripada pengalaman sendiri. 
  2. Elakkan dari memakan/minum bahan kafein/gas/sejuk/ais. Pengalaman sendiri bila minum air panas seperti milo/Horlicks terasa payu dara lebih padat dan ‘penuh’. 
  3. Kerap makan. Makanlah dengan kerap dalam kuantiti sewajarnya. Bagi saya yang tinggi kadar metabolism, saya tidak kisah untuk makan apa sahaja. Lagi banyak saya makan, terasa payu dara cepat ‘penuh’ dan seronok tengok hasil pam (untuk sesi bekerja). Hari cuti saya cuti mengepam kerana anak akan terus menyusu dengan saya. Apabila menyusukan anak, saya akan kerap lapar sebab itu saya akan selalu makan. Jika di pejabat selepas sarapan di kafe, saya akan tapau kuih untuk makan di pejabat. Malah stok biskut/coklat mesti ada di pejabat. Satu yang pasti, apabila berpuasa saya dapati kadar pengeluaran susu akan berkurang dari hari biasa.
  4. Minum air kosong dengan kerap. Bila menyusu/kerap pam kita akan cepat haus. Minumlah air mengikut keperluan badan. Kebiasaannya dalam tempoh waktu pejabat saya akan minum 1.5 liter air dan rutin tersebut akan bersambung di rumah > 1 liter air setiap hari. Ingat jangan minum bila haus sahaja tapi minumlah dengan kerap untuk keperluan badan anda. Jika kerap minum maka keraplah buang air kan. Ia lebih baik kerana dalam masa yang saya kita menyingkir toksin dalam badan melalui perkumuhan. 
  5.  Makan habatussauda’/halba/kurma. Saya tidak makan habatussauda’/halba. Tetapi saya makan kurma kerana khasiat kurma membekal energy kepada saya. 
  6. Makan supplemen untuk tubuh sendiri kerana dalam menyusukan anak kita memberi sebahagian khasiat dalam badan kepada anak kita. 
  7. Jangan stress. Kerana ini akan memberi kesan kepada otak dan badan. Relaks dan bertenang. Kalau pun susu sedikit, jangan risau teruskan kerap mengepam atau menyusukan anak.



Sebenar banyak lagi tips di luar sana tentang bagaimana memperbanyakkan susu badan. Berdasarkan pengalaman sendiri, senarai di atas adalah tindakan yang saya sendiri telah dan masih praktikkan.



Suka untuk saya kongsikan juga untuk anda mendapatkan buku ‘Hebatnya Susu Ibu’ oleh Puan Rita Rahayu,seorang  pakar laktasi. Isi kandungan buku ini amat membantu bagi bakal ibu dan ibu-ibu yang masih meneruskan penyusuan.

Comments

Popular posts from this blog

180 - PENGALAMAN: BILA ADA ULSER DALAM MULUT SOFEA

Bismillahirrahmanirrahim Baru-baru ni(Jumaat lepas) badan Sofea dedar-dedar..  Hari Sabtu pun sama. Bila malam badan jadi panas dan suhu meningkat ke 38++͎͒ Hari Ahad kami bawa ke klinik sebab beberapa kali air liur meleleh. Hari Ahad memang banyak klinik tutup maka kami tiada pilihan selain bawa ke satu klinik di Semabok.  Saya minta doktor periksa tekak sebab experience kakaknya selalu kalau demam ada tonsil di tekak. Dan kata doktor tekaknya merah sedikit. Doktor bagi ubat antibiotik. Hari Isnin saya notice ada bintik merah di dagu. Suhu badan 37 - 38 macam tu. Malam tu pulak meragam tengah malam. Tak mahu tidur atas katil. Saya perlu berdiri dan dukung bagi dia tidur. Bila saya duduk dia boleh sedar nak menangis. Dengan ayahnya pun tak mahu. Sampai 2-3 pagi tidur tak nyenyak. Minum susu pun tak mahu. Akhirnya pukul 4.00 pagi, mak saya bawa masuk tidur dalam buaian baru lena tidur. Hari Selasa saya terpaksa EL. Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. On the way  ke klinik

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula kepada pembekal. 26 keping x RM5 = RM130. Mulanya lebihan tiles ni nak pa

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah berdasarkan design yang dibuat dengan mengambil kira ukuran 22 x 40