Skip to main content

7 – PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA – SIRI II



Assalamualaikum.

Ini adalah lanjutan entri ini


  •  Petang selepas keluar dari labour room saya dihantar ke wad biasa.

  • Rasa letih masih terasa.
  • Keadaan wad bersalin penuh. Dua kali saya bertukar wad.

  •  Petang itu, saya memang hilang daya dengan rasa sakit selepas bersalin. Encik suami yang membawa dan salinkan saya di kamar mandi.

  •  Malam pertama bergelar seorang ibu, saya merasa sangat puas walaupun letih, hati/otak mula teringat akan anak.

  • 23/09/2011 : Encik suami datang awal untuk bawa saya ke nursery. Pertama kali saya pegang dia yang kami namakan ‘IMAAN MARYAM AFFENDI’. Saya amat kekok untuk menyusukan imaan kali pertama. Tapi saya tetap mencuba kerana niat utama anak ini akan saya susukan juga dengan apa cara sekalipun.
  • Sesudah itu, saya kembali ke wad bila mana rakan-rakan sepejabat telah memenuhi bilik wad. Pada hari itu adalah hari sambutan jamuan raya di pejabat. Sudah saya anggarkan sebelum ini saya mungkin tidak dapat menikmat jamuan tersebut.

  • Petang itu, imaan dihantar kepada saya.

  • Pada malamnya, imaan sukar untuk tidur. Kerap kali terjaga dan merengek. Pertama kali menjadi ibu saya hampir tidak tahu untuk buat apa.
  • Keletihan semalam yang masih belum pergi menyebabkan saya agak tertekan. Sampaikan nurse mengingatkan saya supaya jangan terlelap ketika bayi dalam dakapan.

  •  Saya mula rasa tidak sabar untuk pulang kerana tidak pandai menjaga imaan. Saya minta encik suami datang awal. Walaupun saya masih tidak dibenarkan pulang selagi tidak boleh membuang air besar.

  • Alhamdulillah pagi 24/09/2011, saya berjaya dan doctor memberi izin pulang selepas tengahari.

  • Dalam menunggu waktu dibenarkan pulang, seorang doctor menanyakan kepada bakal ibu sebelah katil saya sama ada beliau telah minum air selusuh. Katanya tidak. Ini kerana menurut doctor tersebut, ibu yang bakal melahirkan anak pertama tidak digalakkan minum air selusuh sehingga rasa kontraksi kerana biasanya si ibu akan susah bersalin.

  • Dash.. kena sekali pada muka saya. Saya susah bersalin. Saya minum air selusuh semasa tidak sakit. Mungkin kebetulan tapi itu yang berlaku. Tapi berat pula mulut saya untuk bertanya kenapa pada ketika itu.

  • Dan ketika si doctor bercerita tentang ibu-ibu yang meminta untuk ceaser, biasanya akan berlaku komplikasi. Sekali dash.. saya orang minta diceaser semalam. Nasib la saya boleh bersalin secara normal walaupun vacuum.

  •  Tengahari itu, saya lah paling excited untuk pulang. Encik suami telah selesai mengangkut barang ke kereta.

  • Semasa di kaunter untuk jelaskan bil dll, nurse meminta buku laporan anak. Saya tak tahu pun buku itu diperlukan untuk pendaftaran keluar. Encik suami turun semula ke kereta untuk dapatkan buku tersebut. Nasib ayah ada untuk temani saya kerana pada 23/9/2011 ayah juga dimasukkan wad kerana kemalangan kecil pada jarinya. Hari yang sama saya keluar wad, ayah pun dibenarkan pulang.

  • Semasa mahu melepasi pintu utama wad bersalin, penjaga pintu meminta pengesahan bayi dengan merujuk kepada ‘gelang’ yang diikat pada tangan bayi. Dan… gelang tersebut tiada di tangan bayi. Saya teringat pagi itu selepas bayi dimandikan, gelang tersebut telah tercabut. Saya hampir mahu buang kerana tidak tahu kepentingannya. Syukur pada masa itu saya simpankan juga kerana fikirkan ia satu kenangan. Dan ‘gelang’ itu saya campakkan ke dalam beg.

  •  Sekali lagi (setelah berkali2 turun naik) encik suami turun ke kereta untuk mencari gelang tersebut. Dalam panas dan berpeluh2 kesiannya tengok encik suami. Nasib baik berjaya ditemui dan kami dibenarkan pulang dengan gembiranya.
  • Dan ini imaan maryam affendi pada hari ketiga kelahirannya dan hari pertama di rumah mak.
  •  

Comments

Popular posts from this blog

180 - PENGALAMAN: BILA ADA ULSER DALAM MULUT SOFEA

Bismillahirrahmanirrahim Baru-baru ni(Jumaat lepas) badan Sofea dedar-dedar..  Hari Sabtu pun sama. Bila malam badan jadi panas dan suhu meningkat ke 38++͎͒ Hari Ahad kami bawa ke klinik sebab beberapa kali air liur meleleh. Hari Ahad memang banyak klinik tutup maka kami tiada pilihan selain bawa ke satu klinik di Semabok.  Saya minta doktor periksa tekak sebab experience kakaknya selalu kalau demam ada tonsil di tekak. Dan kata doktor tekaknya merah sedikit. Doktor bagi ubat antibiotik. Hari Isnin saya notice ada bintik merah di dagu. Suhu badan 37 - 38 macam tu. Malam tu pulak meragam tengah malam. Tak mahu tidur atas katil. Saya perlu berdiri dan dukung bagi dia tidur. Bila saya duduk dia boleh sedar nak menangis. Dengan ayahnya pun tak mahu. Sampai 2-3 pagi tidur tak nyenyak. Minum susu pun tak mahu. Akhirnya pukul 4.00 pagi, mak saya bawa masuk tidur dalam buaian baru lena tidur. Hari Selasa saya terpaksa EL. Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. On the way  ke klinik

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula kepada pembekal. 26 keping x RM5 = RM130. Mulanya lebihan tiles ni nak pa

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah berdasarkan design yang dibuat dengan mengambil kira ukuran 22 x 40