Skip to main content

3 - ADAB MENULIS DAN MEMBACA



Assalamualaikum.

  •  Saya menjadi pembaca senyap dalam dunia blog. Kebiasaannya begitu. Jarang-jarang saya meninggalkan jejak kerana tiada keperluan pada saya. Jika ada mungkin kerana saya ingin tahu atau saya suka akan tuan blog.
  • Pada saya, apabila kita mula merancang untuk menjadi seorang blogger sama la  seperti kita membina sebuah rumah di alam maya ini. Apabila telah siap rumahnya maka kita membuka pintu blog kepada umum, oleh itu adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk BERSEDIA. Bersedia dalam erti kata kita perlu terima kritikan dan pujian dari pembaca. Pastikan rumah itu kukuh bahan binaannya supaya kita sendiri tidak leka dengan pujian atau tercela dengan kejian.

  •  Pemerhatian sebagai pembaca blog untuk beberapa tahun ini, saya melihat terdapatnya kelompok tuan blog yang alergik kepada kritikan. Dan apabila tuan blog mempunyai pengikutnya sendiri, kritikan pembaca akan dijadikan satu medan untuk bergaduh oleh tuan blog + pengikut kepada pengkritik. Kita tidak boleh expect semua orang yang datang rumah kita punya hati yang amat bersih dan suci. Kita tak boleh harap orang puji dan angkat darjat kita. Jika kritikan itu membina, terima dan ambil iktibar. Jika kritikan cuba menjatuhkan kita, cerminkan diri apa salah kita. Jika nyata dia punya niat kotor dan busuk, abaikan. Jika tidak mahu dikritik, tutup ruang komen, sekat blog anda daripada menjadi tatapan umum cukup rakan taulan sahaja yang menjadi pengunjung.

  •   Saya dah jumpa tuan blog yang anti kritikan. Atas sebab tidak boleh terima kenyataan, mereka (ya mereka sebab lebih dari 3 tuan blog+kroninya mengutuk pengkritik) menjadikan pengkritik sebagai satu bahan untuk diup keada satu entri khas. Matanglah. Jika kamu benar jangan jadi mereka yang dungu. Biarkan si luncai dengan labu-labunya.

  •   Saya juga telah menemui tuan blog yang tinggi hemahnya. Dia dikritik secara sinis di dalam satu blog. Betapa positif mindanya, dia tidak menyerah atau marah malah memuji penulis blog. Saya sebagai pembaca memberi pelbagai tanggapan kepada plaintif dan defendant dalam kes ini. Biar apapun, tahniah kepada vivy kerana kamu telah berjaya mengangkat darjat kamu dalam kelas kamu tersendiri dengan tidak mendongak dunia dan terus memandang ke bumi. Sejak itu, saya menjadi pembaca senyap proudduck.

  •  Saya tidak tahu bagaimana saya dalam dunia blog ini. Saya doakan saya positif saya menjadi cerdik menangani pelbagai attitude pembaca blog. Dan saya harap saya tidak menyakiti orang dengan keterlanjuran kata. Amin.



Nota :



Hasan bin Ali r.a bercerita : “Aku bertanya kepada pamanku Hind bin Abi Halah. Dia adalah seorang ahli dalam meriwayatkan tentang sifat Rasululah saw.

Tanyaku : Ceritakan kepadaku cara Rasulullah saw berbicara?
Pamanku menjawab : Rasulullah saw adalah seorang yang banyak mengenyam kesusahan. Baginda selalu berpikir(bahkan hampir) tidak sempat beristirahat santai.
Baginda lebih banyak diam(tidak berbicara),baginda tiada berbicara kecuali apabila perlu. Membuka  dan menutup pembicaraannya dengan menyebut nama Allah swt.

Kredit : sumber asal

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

103 - TAMAN MINI FASA 2

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Dulu saya pernah berkongsi idea di sini.  Sebenarnya takde progress sangat pun. Entah saya tidak suka dengan rumput yang ada. Sebenarnya saya tak puas hati dengan rumput tu. Kerja yang sangat ala kadar. Jika dijejak atas tanah tepi rumah kami ni memang tidak rata. Sebab diorang cuma  letak rumput atas tanah semata-mata. Suppose ratakan kot dulu tanah tu. Dah berbukit bukau berbonggol-bonggol struktur permukaan tanah rumput kami. Dan selepas nasi menjadi bubur barulah saya terajin meng explore sedikit ilmu pengetahuan tentang rumput ni. Kena admit juga salah kami yang tak kaji dulu pengetahuan berkaitan ilmu alam ni. Natijahnya, memang rasa rugi dengan hasil sebelum ini. Ada cadangan untuk tanam rumput karpet. Tapi tetiba berminat pula dengan rumput mutiara. Jadinya buat masa ini masih review pendapat umum tentang jenis kedua-dua rumput. Sedang juga mengira bajet. Kos untuk tambah tanah. Kena pastikan kualiti tanah da...

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...